December 9, 2017

RESEPI PUTERI AYU BY MAHN



Puteri ayu utk cik ayu..
Oleh : Nada Ishak via Group MAHN

Puteri Ayu
Kelapa parut 1 biji (putih sahaja lg cantik)
Gaul dengan 1 SB tepung ubi + 1 SK garam halus
*kukus dlm 5 minit
Ketepikan

2 biji telur
1 cwn gula halus (gula pasir diblender)
1 SB ovalett
1 cawan susu cair/santan
1 SK esen pandan
1 SK pewarna hijau
2 cawan tepung gandum + 2 SK soda bikarbonat

*pukul telur + gula + ovalett hingga kembang,gebu putih
Step ni penting..klau x pukul bg kembang putih,apam kurang naik dan x gebu

Lepas adunan td kembang masukkan susu@santan..masukkan esen pandan dan pewarna
Pukul sebati
Masukkan tepung ..pukul sebati agak2 dlm 2 minit

Panaskan pengukus hgga air mendidih ye.
sapukan minyak pada keseluruhan acuan
Masukkan 1 SB kelapa parut,tekan2 bg mampat dlm acuan.
Tuang adunan td hgga penuh
Kukus dlm 20 minit

Tadaaa...siap
*sy guna cawan metrik
*SK (sudu kecil) tu sy guna sudu kfc

Saya guna susu cair..ganti santan.
Santan habis.😂
Kalau yang nak buat niaga tu elok guna resepi ni sbb jimat kos juga.
1 adunan boleh 35biji
Kelapa tu klau putih semua lagi cantiiik kan..

Jangan lupa LIKE page kami @Masak Apa Hari Ni - MAHN RASMI
Jom share dan Tag pada kawan-kawan👍🏽

KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
.

0 Orang Pengomen Tegar..:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar