Produk Terlaris Ogos..

September 10, 2016

(RESEPI LENGKAP) = Nasi Lemak Kukus Ayam Rempah



(RESEPI LENGKAP) = Nasi Lemak Kukus Ayam Rempah
Bahan-bahan: (Nasi Lemak Kukus)
5 cawan beras
Santan pekat
3 helai daun pandan
Sedikit Garam
Daun pisang
Bahan-bahan : (Sambal Ikan Bilis)
2 Mangkuk kecik ikan bilis (Siap kopek & basuh)
1 biji bawang bombay (Di blend)
5 sudu cili giling
8-10 bawang merah (Dihiris)
1 Inci belacan bakar
1/2 sudu gula
100ml air asam jawa
Sedikit minyak
Sedikit garam
Bahan-bahan : (Ayam Goreng Rempah)
1 ekor ayam (Potong 8)
1 biji telur
2 inci halia**
2 biji bawang besar**
6 ulas bawang putih**
7 batang serai**
1 1/2 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk)
1 1/2 sudu besar jintan manis (disangai dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari
1 sudu gula
3 sudu kecil garam
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah kari ayam
sedikit kunyit
Bahan-bahan : (Sampingan)
100g kacang tanah
4 biji telur rebus
1 biji timun
Cara-caranya
1) Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam. Didihkan air dalam pengukus. lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus.(jangan besar, nanti beras terkeluar). Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
2) Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
3) Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.
4) Bersihkan ayam. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air. kisar hingga serai hancur. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur. Satukan semuanya bahan rempah. telur, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula. Gaul ayam bersama aduan dan perap selama 1 jam (Lagi lama perap, lagi sedap).
5) Panaskan minyak dengan api sederhana. (Pastikan minyak banyak supaya goreng sekata). Masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan warna keperangan. Toskan dan diletakkan ke dalam pinggan.
6) Panaskan minyak didalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan apabila masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili giling bersama-sama belacan dan bawang blend sehingga cili giling itu masak. Masukkan bawang yang dihiris bersama air asam jawa dan masak seketika. Letakkan sedikit gula dan garam untuk menambah rasa. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sekata sehingga masak dan pekat.
7) Siap
Note : Lebih enak masak ayam ketika hendak dihidangkan supaya ayam dalam keadaan panas

0 Orang Pengomen Tegar..:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar