Produk Terlaris Ogos..

September 4, 2016

Orang Kampung Tongkat Ali 50's


ORANG KAMPUNG TONGKAT ALI 50'S
HARGA: RM23.00 (POS RM7SEM RM11SS)
Orang Kampung - Tongkat Ali
KHUSUS UNTUK LELAKI
Indikasi:
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran badan dan untuk mengurangkan rasa penat.
Dos:
1 kapsul (2 kapsul sehari)
- Selepas makan tengahari dan makan malam bersama segelas air suam.
Jauhkan dari kanak-kanak. Jika masalah berlarutan sila dapatkan nasihat doktor. Simpan ditempat kering.
KELEBIHAN TONGKAT ALI ?
Tongkat Ali  juga di kenali (Radix Eurycoma Longifolia) juga dikenali sebagai 'Long Jack'.  Tempat asal tumbuhan ini ialah di hutan belantara tropika Borneo. Manfaat manfaat rawatan tumbuhan Tongkat Ali kebanyakan didapati dari bahagian akarnya. Rasanya pahit, namun bahan nutriennya adalah yang terunggul sekali untuk menormalkan tekanan darah, mengatasi masalah artritis, ceret darah (disenteri), penyakit kuning, mengelakkan demam, kegatalan kulit, bawasir (hemoroid) luaran, sakit kepala dan menguatkan daya seks.
Tongkat Ali juga amat berguna untuk menyihatkan buah pinggang di mana ia dapat menjernihkan bahan toksin di dalamnya serta menggiatkan fungsinya. Pada masa yang sama, herba ini juga sanggup memperkuatkan tenaga batin si lelaki. Pengambilan jangkamasa panjang Tongkat Ali dijangka berkesan untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi (hipertension), kencing manis dan mengurangkan asid urik. Itulah sebabnya herba ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia.
Sejak dahulu lagi, penduduk-penduduk asli di rantau Asia Tenggara telah menikmati herba Tongkat Ali ini kerana nilai perubatannya yang cukup tinggi sekali. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana ramuan yang mengandungi Eurycoma Longifolia bertindak, tapi mereka yang pernah mencubanya mengakui keberkesanannya yang memang menakjubkan. Di Malaysia, herba ini lebih popular dikenali sebagai Tongkat Ali yang membawa maksud Tongkat Si Ali atau Zakar Si Ali.
Populariti Tongkat Ali di kalangan rakyat tempatan amat berkait dengan ciriciri afrodisiaknya (penggiat daya seksual). Akar-akar ia digunakan sebagai bahan utama penyediaan jamu dan tonik dalam perubatan tradisional Melayu. Kadangkala ia juga dirujuk sebagai 'Ginseng Malaysia'. Ekstrak air Tongkat Ali dipercayai dapat menambah daya seksual lelaki.
Kegunaannya Dalam Bidang Perubatan
Tumbuhan ini secara tradisionalnya adalah tonik am, atau tonik yang diminum selepas bersalin, sebagai pemberangsang daya seksual, penawar (antidot), mengelakkan tekanan darah tinggi, mengelakkan panas badan (anti-piretik), batuk kering, bisa, cacing usus dan melegakan rasa panas.
Ia juga amat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit di tulang, gatal-gatal, mengelakkan penyakit kuning, kembung air (dropsi), kakeksia, demam, ceret-beret, senak, lumbago dan disenteri. Akar Tongkat Ali terkenal di kalangan berbagai kumpulan etnik untuk mengelakkan berbagai jenis penyakit dan menyihatkan badan.

Farmakologi
Tumbuhan ini dilaporkan mempunyai keberkesanan mengelakkan histamin, malaria, tumor, ulser (pasakbumin A dan B), virus dan sitotoksik. Kajian  biologikal menunjukkan butanol, kloroform, metanol dan ekstrak air akar Tongkat Ali mempunyai ciri-ciri anti-malaria dan ciri-ciri afrodisiak (bahan penggiat daya seksual). Akar herba ini juga mempunyai aktiviti sitotoksik.
Ekstrak etanol dari daunnya mengandungi unsur-unsur poten rencatan tumbesaran tumbuhan. Kloroform dan ekstrak air akarnya mempunyai akarnya mempunyai aktiviti anti-piretik.

Ke Arah Penghasilan Secara Komersil
Sejak dahulu lagi, ramuan dari tumbuhan ini mempunyai pasaran tempatan yang luas sekali. Hari ini, sudah terdapat kira-kira 200 jenis produk Tongkat Ali yang diketahui. Kebanyakan pengguna masih cenderung kepada keberkesanannya yang boleh menggiatkan daya seksual. Tongkat Ali juga digunakan untuk mengatasi masalah artritis, reumatisme, kembung perut dan juga sebagai tonik herba. Produksi secara komersil herba ini masih dalam peringkat awal dan kebanyakan bahan mentahnya yang digunakan dalam penyediaan herbal adalah dikumpul dari hutan liar.

Kajian Saintifik
Seawal tahun 1968, kajian saintifik dijalankan atas Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Pada masa itu, para saintis sedang mencari bahan kimia semulajadinya dan mengenal pasti komponen fitokimia yang boleh diekstrak menjadi sebatian organic seperti metanol, diklorometana atau klorofom : stigmasterol, quassinoid, dihidroksieurycomanone, dan sebagainya.

Ekstrak larut airnya terdiri secara asas dengan komponen finolik, tannin, polisakarida berat molekular tinggi, glikoprotin dan mukopolisakarida. Ia dipercayai bahawa komponen ekstrak larut air adalah aktif secara biologi dalam pemerhatian. Kini, komponen-komponen ini dikelaskan dan kajian intensif dalam sifat-sifat komponen sedang giat dikaji oleh para saintis Malaysia, Jepun dan Amerika.
Tingkatkan Tenaga Anda Sebanyak 60%

Kesan-kesan Tongkat Ali dalam meningkatkan tenaga dan kekuatan badan berbeza berbanding peningkat syahwat jenis lain. Digunakan secara tradisional oleh Orang Asli dan Malaysian sebagai tonik untuk meningkatkan daya tahan badan, stamina dan kekuatan. Tonik ini amat bernilai di kalangan negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam dan Indonesia atas nilai perubatannya.

* Kajian-kajian saintifik terkini telah membuktikan kepercayaan ini.
* Tenaga dalam badan kita disimpan dalam bentuk ATP (adenosin trifosfat), molekul-molekul bertenaga tinggi yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang memerlukan tenaga. Kajian-kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali berupaya meningkatkan penghasilan ATP sebanyak 60% melalui pengoksidaan phosphorylation. Untuk tujuan ini, Tongkat Ali boleh diambil untuk meningkatkan paras tenaga, mengatasi tekanan dan kelesuan.
* Selain meningkatkan system tenaga, Tongkat Ali juga dilihat dapat meningkatkan kadar metobolik individu dan menggalakan pengaliran darah. Faktor-faktor ini adalah atas sifat termogenik Tongkat Ali. Seterusnya, ia menjadikan badan kita sihat, kuat dan bertenaga.

Hormon Lelaki : Testosteron
Testosteron adalah androgen semulajadi paling berpotensi di kalangan lelaki. Ia mungkin merupakan faktor utama yang mencetuskan kesan penggiatan daya seksual. Oleh kerana paras testosteron didapati akan bertambah dengan adanya di-bahan Eurycoma longifolia, maka dapat dirumuskan bahawa ekstrak Tongkat Ali mempunyai ciri-ciri afrodisiak (bahan penggiat daya seksual).

Fakta-fakta yang Perlu Lelaki Tahu Tentang Hormon Lelaki Mereka :
Fungsi Testosteron
Testosteron merupakan pewakilan terpenting dalam hormone seks lelaki yang dikenali sebagai androgen yang dihasilkan oleh gonad. Perembesannya merangsang pembezaan organ pembiakan jantan di embrio iaitu testis dalam skrotum, perkembangan organ pembiakan dan zakat semasa akil baligh dan pematangan sperma. Ia juga bertanggung jawab dalam perkembangan sifat-sifat seks menengah seperti pertumbuhan misaim, janggut, pembesaran larinks (suara garau) dan peningkatan penghasilan kelenjar rembesan yang mana berkaitan dengan sifat kejantanan. Testosteron juga memainkan peranan dalam perkembangan dan pemuliharaan syahwat jantan (nafsu seks) dan perangai seksual.
Testosteron mempunyai peranan 'bukan seksual' : ia menyumbang kepada fungsi penting biosintesis protin dalam mempercepat pertumbuhan otot, meningkatkan formasi sel darah merah, mempercepat pertumbuhan semula dan masa pemulihan selepas kecederaan atau penyakit. Ia merangsang seluruh aktiviti metabolic terutamanya dalam metabolisma tenaga dan pembakaran lemak badan.
Paras Testosteron Menurun Mengikut Umur
Jika anda bertanya kepada golongan tua tentang daya tahan dan nafsu seks - jawapannya akan diperoleh adalah negative. Apakah puncanya ? Penuaan ? Jawapan tentulan 'Ya' ! Tetapi bagaimanakan penuaan bertanggung jawab terhadap sindrom ini ? Jawapan ternyata di sebalik tabir paras testosteron yang menurun apabila umur meningkat. Kajian menunjukkan bahawa semasa akil baligh, parasnya memuncak. Parasnya berada di paras tertinggi pada umur 25 dan seterusnya menurun berkadar dengan umur. Sesetengah kajian klinikal menyatakan bahawa secara umumnya, paras testosteron jatuh sebanyak 2 peratus setiap tahun selepas umur 30.
Kadar penurunan ini merupakan faktor kehidupan seharian. Individu yang kerap bersenam mempunyai kadar penurunan yang lebih lambat. Ini kerana bersenam sehingga tahap tertentu dapat memanjangkan rangsangan hormon rembesan. Penurunan yang lebih ketara dapat dilihat pada individu yang merupakan penghisap rokok dan kaki botol.
Risiko Paras Testosteron yang Rendah
Kajian perubatan telah menujukkan bahawa paras testosteron yang rendah mendorong kepada :
1  Serangan Sakit Jantung dan Penyumbatan Otot Kardiak
2  Angin Ahmar dan Penyakit Saluran Darah
3  Penurunan metabolisma lemak badan
4  Penggumpulan lemak dalam badan
5  Penyakit Alzheimer
6  Osteoporosis dan Patah Pinggul

Akan tetapi, anda boleh mencegah penurunan paras testosterone Kembalikan tenaga dan kekuatan badan
Nilai Peningkat Syahwat Nafsu Bukan sekadar peningkat syahwat !
Sejak 1994, pelbagai pihak telah menjalankan pelbagai eksperimen saintifik dalam mengkaji sifat peningkat syahwat Tongkat Ali. Institusi Sains Farmaseutikal, Universiti Sains Malaysia telah melaporkan bahawa ujian-ujian yang dijalankan dalam makmal menyatakan bahawa Tongkat Ali mempunyai kesan peningkat syahwat dalam eksperimen ke atas haiwan. Ia dapat meningkatkan bilangan kali dan jangka masa persetubuhan dalam pemerhatian haiwan kajian.
Lebih laporan-laporan kajian tetang sifat biologi ekstrak larut air yang dilaporkan dalam Prosiding Seminar Sebatian Kimia Semulajadi ke-13 FRIM 1997 ;
Persidangan Persatuan Biokimia dan Biologi Molekular Malaysia ke-22 1997 ;
Prosiding Konvensyen Kebangsaan Tumbuhan Ubatan FRIM 1995 ;
Prosiding Persidangan Persatuan Biokimia dan Biologi Molekular ke-19 1994 dan sesetengah penerbitan lain.
Eksperimen yang dijalankan oleh sepasukan saintis di Universiti Malaya menunjukkan bahawa ekstrak larut air dari Tongkat Ali mempunyai kesan-kesan berikut :
Ujian in-vitro dalam tisu testis homogenats manusia menunjukkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali meningkatkan formasi testosterone (hormone seks lelaki) sebanyak 4.4 kali ganda.
Kajian yang dijalankan ke atas haiwan menunjukkan perubahan signifikan dalam nisbah peranakan lelaki : perempuan, contoh 3:1 dalam kumpulan dirawat berbanding nisbah 1 : 1 dalam kumpulan tidak dirawat.
Eksperimen yang dijalankan juga menunjukkan bahawa ekstrak larut air ini juga berupaya meningkatkan konsentrasi sperma, peratusan progresif sperma dan kadar mobiliti. Keputusan yang diperolehi mencadangkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma dan seterusnya meningkatkan kadar kesuburan.
Ekstrak larut air Tongkat Ali mempunyai potensi untuk meningkatkan kesuburan dan juga meningkatkan saiz buangan.
Rujukan :
[ Buletin Farmaseutikal dan Biologikal 21 (2) 1998 153-155; Perolehan
Kajian Farmakal ( Seoul ), 20 (6). 1997 . 656-658 ; Jurnal Farmakognosi
Antarabangsa, 35 (2) .1997.144-46; Haiwan Kajian (Tokyo),
46(4). 1997.287-90 ]
Petikan daripada 'The New Straits Times' 28 JUNE 2004

PERHATIAN: Jangan bimbang,anda berurusan dengan orang yang menjalankan perniagaan internet sepenuh masa dan profesional,
100% di jamin barang akan selamat sampai ke tempat anda.

UNTUK PERTANYAAN BOLEH CALL / SMS / WHATSAPP KAMI 


013-9111693  /  013-9501806



UNTUK PEMBELIAN Anda Boleh Membuat Bayaran Di Akaun

Acc Cimb :  7048764345 (Amy Liana bt Ramlan)

Acc Bank Islam : 13017021445354 (Amy Liana bt Ramlan)

Acc Maybank : 163019674763 (Mohd Fahmi Hijazi bin Mat Ghani)

Sila bank in secukupnya atau lebih (kerana ATM tidak menerima nilai wang kecil : baki akan dipulangkan). Selepas bank in sila Attach BUKTI / SLIP Pembayaran terus ke Whatsapp / FB Bersama Details yang diperlukan.  Sekiranya membuat bayaran melalui online contoh Cimbclicks, Maybank2u, Bank Islam sila masukkan email amyliana8886@gmail.com.

Details Penghantaran yg Diperlukan 
--------------------------------------
Nama : 
Alamat : 
Phone No : 
Payment Via : 
Date / Time : 
Product / Quantity :

SMS kepada kami maklumat yang diberikan bersama bukti Pembayaran ke Hotline kami, 
013-9111693 / 013-9501806

Contoh WHATSAPP

NAMA : Muhammad Izz Adam
ALAMAT : No 1158, Kg Sungai Lerek, 21450 Setiu, Terengganu
PHONE NO : 013-914 5319
PAYMENT VIA : CIMB - RM200.00
DATE / TIME : 1 SEPT, 11:32PM
PRODUCT / QUANTITY : Maxman x 1 pc

p/s : Sila jangan Whatsapp detail peribadi sebelum bayaran dibuat.

Kami akan menyemak pembayaran anda dan pengesahan akan dibuat secepat mungkin. Pengeposan hanya akan dibuat apabila pembayaran disahkan dan maklumat lengkap diterima. Sila simpan bukti pembayaran yang anda lakukan untuk semakan semula jika berlaku sebarang kekeliruan. No. tracking pengeposan boleh disemak di blog ini sebaik sahaja produk sudah dipos ataupun pihak kami akan terus Whatsapp anda bagi memudahkan pihak anda untuk check.. Sekian, Terima Kasih.


0 Orang Pengomen Tegar..:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar