Produk Terlaris..

September 18, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17)



Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya
Malaysia:-

1. (a) Jawatan : Juruteknik Komputer (FT17)

(b) Taraf Jawatan : Kontrak

(c) Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

(d) Gred dan Jadual Gaji : FT17    RM 952.66 – RM 3,299.86

(e) Syarat Lantikan :-

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-

i) Warganegara Malaysia ;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
iii) a) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh kerajaan; atau xx
(Gaji permulaan pada RM 952.66)

b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan pada RM 1,010.77)

c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan pada RM 1,068.89)

d) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan pada RM 1,243.24)

e) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada RM 1,417.59)

(vi) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my mulai 17.09.2013 (Selasa) hingga 30.09.2013 (Isnin).

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1.10.2013 (Selasa).

4. PERMOHONAN DITOLAK

Permohonan akan ditolak sekiranya:
i) Tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam
iklan; dan
iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan.


p/s --> Good Luck pada yang apply... =)

4 Orang Pengomen Tegar..:

  1. insyallah sy akan panjangkan kepada kawan2 jika ada yang berminat.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Tak berkelayakan lah pulak.. Huhu.. Gudluck pada memohon! ^^,
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  3. Tak layak.sapa yg layak cepat la apply.. thanks share..

    PS..Amy,nanti ciksu nak buat n3 share pasai link cara buat kepok lekor tu ye... thanks tau gtau :)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar