Produk Terlaris Julai..

September 25, 2013

Gubahan Hantaran Murah kat Metro Kajang..

Salam 1 Malaysia..

Harini amy nak share 1 tempat yang ambik tempahan gubahan murah..bagi amy ni tempat paling murah amy pernah jumpa la..kalau ada lagi yang lg murah korang boleh la share yer...tahun lepas amy pergi la usha tempat2 kawin nie..usha dgn 2 orang lagi kawan..kitaorang kahwin tarikh dekat2 jd time xkeje je pegi la usha2..

Ktorang jumpa satu tempat ni kat Metro Kajang, tingkat 2 kalau tak silap..kluar je lift akan jumpa kedai nie..dia kedai cina..kalau tengok dari luar tu banyak giler barang2 hantaran yang orang tempah..comel2 lak tu..tp syaratnyer barang2 beli kat kedai die la..upah memang dorang tak ambik..so pade bakal2 pengantin n tunang tu boleh la try usha kat sini yer...semua ada, bunga telur dan semua kelengkapan perkahwinan ada kat sini..gerenti puas hati.. =)

 Contoh hantaran yang amy sempat ambik gambar..

RM45.00/pc (yg ni guna bakul besi tu..kalau kita beli asing dalam rm15 bakul ni..)
 RM38.00 seunit.. (guna gabus biasa)

 RM28.00/pc (yang ni guna bakul plastik..bakul saje dah rm10.00)



Ni la Fahmi bagi kat amy masa kawen aritu..amy pilih yang RM28.00 je seunit..
Ambik yang simple2 + murah..mahal2 rase cam rugi duit jer..guna kejap je pun..lepas guna terus simpan dalam almari..kalau lelong RM15 satu agak2 ada orang nak ke?? hehe..

Tema Pink + Turqoise + Silver =)


Yang bawah ni pulak yg amy bagi kat fahmi..yang amy tak tempah sb mak sedara tlg buatkan..huhu..rasenya buat ni lagi banyak habis duit dari tempah.barang saje beratus habis..nasib xyah upah..hehe.kalau nak tempah amynyer susah nak bawak balik kg sb ktorang balik 1 buah kreta je..fahmi punya 11 amy pulok 13..last ktorang tempah yg nak bg fahmi  je then yg amy mak sedara amy buatkan.. =)

Hitam + Merah + Putih tema amy pilih.  =)

Lupa la pulak nama kedai n no tel kedai tu kalau tak boleh share kat sini.. =)

5 Orang Pengomen Tegar..:

  1. untuk bakal pengantin tu, boleh la usha tempat ni :)

    ReplyDelete
  2. hehehe

    kak wani duduk shah alam, sanggup balik kajang sebab pegi kedai ni beli brg hiasan utk buat hantaran, beli bunga telur etc

    mmg kalau barang2 utk perhiasan hantaran kedai ni murah compared to shah alam

    beza byk

    ReplyDelete
  3. nie yang buat aku terasa macam nak kawin secepat mungkin nie..hehehe..lawa plak gubahan dia..merah plak tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Mieza dulu suka ke Semua House kat Jalan Tar.. Syok jugak kat situ, pun kedai Cina.. Tapi tak tanya pulak tempahan hantaran macam ni diorang ambil berapa.. Mieza gi sana sebab seronok tengok barang2 nak buat hantaran comel2 + cantik.. Asal dapat gaji jer terus heret housemate gi shopping barang hantaran kat sana.. Buat sendiri gak hantaran dulu.. Housemata tlg buatkan.. Kreatif dia tu.. =)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar