Produk Terlaris Ogos..

July 13, 2013

.:: Breastpump Snow Bear :: Ayat Al-Quran memperbanyakkan susu ibu ::.

Salam 1 Malaysia..

First, amy nak ucap ribuan terima kasih yg mendoakan amy dan baby adam dan juga bagi kata2 semangat tuk amy bersalin secara czer aritu..walaupun kite sekadar kawan di alam maya tp korang semua tetap prihatin..tq so much..

Alhamdulillah, amy selamat melahirkan baby boy sebulan yg lepas..iaitu 11.06.2013..tarikh amy bersalin sama dengan tarikh pertunangan amy dgn fahmi..tak pilih pun tarikh tuk dibedah tp lepas bersalin baru ingat date tu.. =)

Amy nak share 2 benda hari ni. 
1. Doa untuk perbanyakkan susu ibu
2. Breastpump

Doa untuk perbanyakkan susu ibu..

Jom para2 ibu kita amalkan doa ni..moga2 susu kita sentiasa cukup untuk anak-anak kita..inshaa Allah..
 
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Dan Kami berfirman "Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.


 BREASTPUMP

Breastpump yg ramai giler orang pakai sekarang nie..rata-rata testimoni amy baca semua berpuas hati dgn pump nie..so mommies semua leh la cuba..harganya rm199 (breastpump+cooler bag)..harga mampu milik orang kate..guna pun senang..breast pun tak sakit..boleh guna elektrik dan juga bateri..so senang la kalau nak pump dlm kreta ke (malam boleh la..hehe)..kawan2 amy ramai yg guna yg ni tu amy pun try..


Last, nak selitkan 1 gambar Adam yang da sebulan... =)

Muhammad Izz Adam bin Mohd Fahmi Hijazi

sayang anak mama.. =)

9 Orang Pengomen Tegar..:

  1. kite pakai breastpump jenis fiffy je, haha! tp so far ok je lagi :)

    ReplyDelete
  2. as-salam amy
    dah besalin ye.

    tahniah :)

    ciksu lambat tahu la.

    ReplyDelete
  3. Ya ALlah, tarikh yang memang sweet la kan... Alhamdulillah, seronok tengok kwn2 blogger ena satu persatu dah jadi ibu.. jeles!

    ReplyDelete
  4. Comelnya adam.. Pejam celik pejam celik dah sebulan dah usia adam ye.. Apa perasaan bergelar ibu ni Amy? =)
    So far okay ke bf baby? Bulan puasa ni cabaran sikit bagi ibu berpuasa yang bf baby kan? =)

    ReplyDelete
  5. comelnya adam. tahniah u. selamat berpantang ye. tak puasa la kan? hee

    ReplyDelete
  6. dah lam tinggalkan dunia mengepam nie ... rinduu pula ;)

    semoga muhammad izz adam sihat dengan susu ibu yg sejati ;)

    ReplyDelete
  7. bagus amy share ayat al-quran ni.akak pun taktau sebelum ni..tq amy

    ReplyDelete
  8. amy... amy beli kat ner eh snow bear pump ni? ada website online tak..

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar