Produk Terlaris Oktober!!!!!

February 21, 2013

.::Usia Kandungan 23 Minggu::.

Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah harini usia kandungan amy dah masuk 23 minggu..1 minggu je lagi nak masuk 6 bulan..wah sangat-sangat tak sabar tunggu 20 Jun 2013..nak tengok permata hati kami ni..tolong doakan baby amy ni sihat-sihat yer..

Sekarang ni Alahan dah hilang sepenuhnya..masuk 5 bulan preggy aritu alahan dah berhenti..dah takde muntah-muntah dan pening-peining..syukur sangat-sangat..balik kerja pun da boleh masak macam biasa..Alhamdulillah..cuma sekarang selalu je lapar..sikit-sikit makan sikit-sikit makan..adoiyai, harap-harap tak naik berat badan..checkup 5 bulan aritu da kena marah dekat nurse sebabnya berat amy naik 3 kg dalam masa sebulan..dia kate lepas ni boleh naik 2kg jer sebulan..huhu..

Baby da semakin aktif..selalu je gerak-gerak dalam perut ni..kalau nak tidur tu lagi aktif dia bergerak..biasanya sebelum tidur amy bacakan die doa tidur..lepastu baca al-fatihah dengan ayat qursi untuk dia..then baru lah leh tidur dengan lena..haritu, amy ada terbaca info sbelum tidur elok sedekahkah ayat-ayat quran untuk baby tu amy buat tu...moga-moga anak ibu ni sihat sentiasa... =)

 Jom kita baca perkembangan janin 23 minggu..

Ni info yang amy baca dari website Pa&Ma..


 
Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik.

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus.

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan.

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.- SUMBER..



18 Orang Pengomen Tegar..:

  1. semoga baby shat dan selamat.. amin3..^_^

    ReplyDelete
  2. hehehe jaga jaga.kalo naik banyak sgt nt kena minum air gula taw.

    ReplyDelete
  3. bestnya ada isi dalam perut ea..hehe.. semoga sihat2 selalu utk yg mengandung n yg dikandung..amin..hehe :)

    ReplyDelete
  4. wahh. semoga baby sis sihat2 je yea.. sye doakan semoga mudah n selamat time brsalin nanti. amin..^^

    ReplyDelete
  5. sis zura -> sangat2 teruja kak..nati turn akak lak..=)

    ReplyDelete
  6. cik puan rara --> mmg kena minum pun bulan depan..huhu..faktor umur..hehe

    ReplyDelete
  7. nana liena --> tula..tenkiu yer..doakan2 kami.. =)

    ReplyDelete
  8. wah ada baby sudah..thaniah la diucapkan ye... jaga kesihatan tu elok2 hehehe

    - Admins Blog 3 Dalam 1

    Jom baca Artikel Terkini: Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela - Gossip Selebriti Malaysia
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/fizz-fairuz-bohong-saya-bukan-isteri.html

    ReplyDelete
  9. salam amy..
    moga amy dan baby sihat2 hendaknya ye,take care tau.
    betul tu ustaz don kata kalu bole pagi dan petang sedekahkah al-fatihah utk anak yg kita kandung tu

    ReplyDelete
  10. mama aryan --> tu la..rasenya sy terbaca dlm page fb ustaz don.. =)

    ReplyDelete
  11. jaga kesihatan akak dgn baby baik2 ye..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. jaga kesihatan akak n baby ye...

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Tahniah bakal jadi mama. Moga baby dan mama sihat sentiasa. Amin. Btw, kalau dah ready nak ambik Takaful utk baby dan mama just PM me K. Thanks
    mardiyah79@gmail.com

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar