Produk Terlaris Julai..

February 19, 2013

.:Yang Mane satu ikut sunnah Rasulullah???::.

Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Sumber :: Facebook 

Petikan dari Ceramah Ustaz Azhar Idrus.. =)


Selamat Beramal =)

13 Orang Pengomen Tegar..:

  1. oh.. baru tahu..huhu..selama ni masa kecil2 dimomokkan oleh mak n kawan kalau tunjuk jri gitu nanti kena potong jari..huh..sbb tak sopan.. ^^

    ReplyDelete
  2. tulah confuse..sb ms akk kje kt klia kami bhgn front liner mmg disuruh buat mc yg A tu .sbb nmpk hormat,kalau B mcm x hormat huhu.tq 4 this sharing ye :)

    ReplyDelete
  3. huhuhu dari kecik kite mmg diajar utk guna lambang A tu

    ReplyDelete
  4. subhanaAllah!!!!!!! ena pun suka tunjuk sedemikian.. hurmmmm.... tambah2 time marah, memang byk kita ni terpengaruh denga budaya luar.. hurmmm

    ReplyDelete
  5. dulu sy lebih minat buat seperti lambang A seolah-olah, lebih sopan, rupanya ada maksud tersirat disebalik lambang itu ! thanx for sharing :)

    ReplyDelete
  6. yup..ade terbaca gak tadi kat facebook..sy sendiri kadang2 masih cuma membiasakan diri untuk sentiasa gunakan lambang B..dulu selalu gak tunjuk kat orang macam lambang A..hikhik

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. tq sebb share,,ehehe,,esok nk tya ustzah tntg ni,,nk test ustazah tau x tntg ni,,ehehehr,,*ketwa mengilai

    ReplyDelete
  8. mashaallah.. dah terbalik jadinya.. nauzubillah.. btw tq for sharing sis.. ^^

    ReplyDelete
  9. .kesimpulan 1 afdal guna jari telunjuk untuk tunjuk 2 guna ibu jari untuk tunjuk x salah xde kaitan ngn sunah yahdi.. ;'] harap maklum..ambil apa y baik k

    ReplyDelete
  10. oo baru tahu..tenq amy share.dapat ciksu ilmu pagi ni.
    in shaa ALLAH akan cuba

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar