Produk Terlaris..

February 4, 2013

.::Perkembangan janin 21 Minggu::.


Salam 1 Malaysia..

Harini usia kandungan amy da masuk 21 minggu...Alhamdulillah..sekarang da rasa baby ni gerak2..asal malam je gerak2..tak boleh lapar sikit dia nie..huhu.suka sangat time die duk gerak-gerak dalam perut ni..
 Apa yang paling amy suka sangat-sangat, amy da bebas dari simpton2 orang mengandung ni..masuk 5 bulan dah hilang alahan..dah boleh pergi shoping mall, boleh jalan2, boleh tengok wayang, boleh makan kat kedai, boleh masak dan yang penting boleh makan puas2..hehe..Alhamdulillah syukur da lepas ujian tu... =)


Tadi amy search google cari info pasal perkembangan janin 21 minggu..jom kite baca sama2.. =)

Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.

Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan.

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan. SUMBER


P/S--> Semoga anak ibu ni sentiasa aktif dan sihat yer..4 bulan je lagi..sabar ye syg.. =)

12 Orang Pengomen Tegar..:

  1. Semoga baby & ibu baby sihat2 selalu.. =)

    ReplyDelete
  2. alahai..tahniah tahniah,,,dah follow blog ni
    dvafashionistaboutique.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kita dulu awal2 preganant pun alah teruk sampai tak leh masak..kandungan 6 bulan baru leh masak....

    ReplyDelete
  4. as-salam.baru hari ni buka blog.kata key el.cuti.so, tuan blog pon bercuti..hihi

    alhamdulillah,jaga diri ye amy :D

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dik
    jaga diri baik2 ok ..
    insyaallahh akan dipermudahkan ;)

    ReplyDelete
  6. Allah..
    bahagianya ku membaca ini..
    moga baby & ibu to be sehat endaknya..
    :)

    ReplyDelete
  7. wah tahniah..tak sabar nak tengok baby..hehee

    ReplyDelete
  8. Panduan SEO Versi Melayu, Teknik Jana 6000 Trafik Sehari Di Blog Anda - Tips SEO Terbaik
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    Cara Lajukan Internet Di Rumah – Teknologi
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    Jomlah Sertai Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    ReplyDelete
  9. and benda2 ni ena tengah belajar sekarang.. terbakar juga otak, byk enzyme dan hormone kena baca ketika pregnancy ni.. huaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. tahniah..saya pun preggy 21 minggu dah..follow ye..jemput singgah blog sy jg.. :)

    http://firira89.blogspot.com/

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar