Produk Terlaris Julai..

February 5, 2013

.::Belimbing buloh :: petua dan khasiatnyer::.

Salam 1 Malaysia..


Kenal tak buah kat atas ni? dah tajuk besar da tulis yang tak kenal jadi kenal kan..orang tganu panggil buah ni belimbing buloh tp bila search google banyak tulis belimbing wuloh..xkisah la mane2 janji bunyinyer seakan sama..hehe..kat belakang rumah amy ada pokok belimbing nie..buahnyer boleh petik dengan tangan jer..sekarang ni musim dia berbuah..dah la berbuah time amy pregnant..adoiyai..hari2 amy duk kutip..kutip tak banyak pun, dalam 10 biji sehari lepas tu makan dengan belacan dengan garam halus..amy takde la makan hari-hari bila terasa nak makan je amy petik jela..=)

Rasanya masam sangat..tapi masam yang tersangat la best...korang try la..ambi buah yang besar-besar tau..jangan ambik yang kecik..yang kecik sedap jugak tp macam kelat sikit...kalau makan yang besar rasa cam diawang-awangan..(perasaan xleh belah kan..hehe)

Memandangkan amy selalu je makan buah ni..takut jugak effect kat baby..amy pun search la tenet..antara info yang amy jumpe mengatakan yang belimbing buloh ni baik untuk kesihatan dan banyak petua yang boleh  buat menggunakan belimbing buloh ni..antaranya jom kite tengok..

Pelbagai petua dengan belimbing buloh..

a. Selain penambah perisa pada makanan, buah Belimbing Buluh mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dijemur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika di rebus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.

b. Selain itu bagi menghilangkan batuk, ambil segenggam bunga Belimbing Buluh dan campurkan dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian, minum dengan mencampurkan sedikit madu lebah. Minum segelas, tiga kali sehari.

c. Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh, potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

d. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun Belimbing Buluh untuk meredakannya. (SUMBER)

untuk khasiat die korang boleh baca kat sini.. =) Khasiat Kepada Kesihatan Tubuh..

p/s--> boleh la petik sokmo lepas ni..hehe

11 Orang Pengomen Tegar..:

  1. erkk...kecur air lior nurul mbace.. adehh.. masam kot amy.. huhu

    ReplyDelete
  2. akak kurang minat tapi bila dah buat sambal kering tuu .. mak aihh .. sedapp betul ! ;)

    ReplyDelete
  3. wah bayank rupanya kegunaan belimbing buluh nie ye..
    sy baru tau pasal petua nie...
    selama nie cuma guna utk mausk dlm masakkan jer..huhu..
    thanks btw...:)

    ReplyDelete
  4. tak minat makan dan tak reti nak makan camne.. tapikan, my mom ambil yg masak warna kuning tu.. then basuk tembaga2, memang sangat berkesan.. berkilat jadinya

    ReplyDelete
  5. masam sangat.. kadang mak guna buat masak..tpi klau makan macam tu je masam yang amat.. huhu

    ReplyDelete
  6. Panduan SEO Versi Melayu, Teknik Jana 6000 Trafik Sehari Di Blog Anda - Tips SEO Terbaik
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    Cara Lajukan Internet Di Rumah – Teknologi
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    Jomlah Sertai Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    ReplyDelete
  7. slm kenal.owh teringat memori kecil temankan nenek cr belimbing buluh,makan dgn sambal belacan yummy.x tw lak byk btl khasiatnya :)

    ReplyDelete
  8. kecur air liur akak dibuatnya,kalu buat sambal hitam pahang sedap nih

    ReplyDelete
  9. byk khasiatnya kan..
    dulu ada pokok kat kg.skrg dah tak ada

    ReplyDelete
  10. bole order online kalo nak...cari spicos sambal hitam di fb..

    ReplyDelete
  11. Tq info yg menarik.bole sy share.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar