Produk Terlaris..

February 28, 2013

.::Sape nak menang dress yang direka khas ni?? Join sini::.


Salam 1 Malaysia..

 Cer tengok design kat bawah nie..acaner?? cantik tak? sape yang berminat jangan lepaskan peluang join contest nie.. =)

Keterangan lanjut boleh klik sini..semoga berjaya semua..=)

.::Tips-tips meneran semasa bersalin::.

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 


 p/s--> harap2 tips ni dapat membantu kite yer semua bakal ibu =)

February 27, 2013

.::Dapat duit free lagi..alhamdulillah =)::.

Salam 1 Malaysia..

2 hari rasenya blog tak berupdate..mud kurang sikit 2 3 hari ni..kalau mud giler datang 3 4 entry post 1 hari..hehe..ok harini amy nak share yang amy dapat cash out duit dari says.com lagi..ni kali ke 4 amy dapat cash out..yang pertama RM 56..kedua RM84 dan yang ketiga RM120..masa tu amy aktif sikit la..lagipun masa amy aktif tuk promote tu setiap orang daftar bawah nama kite akan dapat RM5..bayangkan kalau 10 orang dah RM50..terus leh cash out kan..

Sekarang ni promosi dah habis..sorang daftar kite cuma dapat RM1 je..amy da jadi malas nak promote..iklan lagi la..kalau promote kat fesbuk tu ada orang klik tengok dapat la 20sen per unit klik..tu tak semangat tu..hehe..last earning amy RM23 untuk yang keempat nie..amy da tak aktif sangat..baru-baru ni amy bukak akaun ada RM40 lebih..terkejut..cek punya cek rupanya ada orang daftar bawah amy..mungkin dia terbaca entry ni kut..Klik Sini dan Klik Sini..dah kat situ la earnings amy naik lagi..harini da cukup RM50..so boleh la amy cash out..tenkiu Allah..rezeki yang tak didugakan..Alhamdulillah.. =)

Sape berminat nak join leh la daftar sini.. http://says.com/my/fahmyliana/invite ..



Says.com ni sama macam nuffnang jugok tapinya dia punya iklan kite share kat fesbuk jer..bukan kat blog..tak boleh iklan kat blog nanti nuffnang marah..untuk blog setia pada nuffnang n churp2 jer..minggu lepas baru je deposit cek dari churp-churp..tenkiu churpchurp media sdn bhd.. =)

Nak daftar churp2?? Klik jer sini..

Sekarang ni juz tunggu BE dari nuffnang ni kredit..lepas tu terus nak cash out..hehe...

 
 Tenkiu U-Mobile =)

Nak daftar Nuffnang?? Klik sini.. =)

p/s--> Amy dah buat tutorial tu..so sape yang nak boleh la daftar... =)





February 22, 2013

.::Bacaan Surah Yasin oleh Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy::.

.::Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi::.

Salam Jumaat..


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


February 21, 2013

.::10 Makanan Paling Menggemukkan di Malaysia by Kevin Zahri::.

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

.::Surat Dari Langit Biru vs Kasih Sayang Adik dan Kakak::.

Salam 1 Malaysia.. 

 Sape kat sini yang layan drama Surat Dari Langit Biru?? minggu ni amy dengan fahmi duk layan citer nie..bila amy tengok citer ni kan..amy teringat satu kisah cerpen yang amy pernah update dalam blog amy dulu...entry tu amy update pada 2009..dah agak lama la..kalau korang layan cuba korang baca cerpen ni..mesti korang akan rase jalan citer tu lebih kurang je..cuma lain sikit la nak kasi sedap sikit..=)

Sejujurnya masa amy baca cerpen rasa cam sedih sangat-sangat..sampaikan keluar airmata nie..hehe..korang korang nak baca cerpen tu boleh klik link kat bawah nie..sangat-sangat menyusuk kalbu.. =)



:: Surat Dari Langit Biru ::

 Drama Surat Dari Langit Biru Lakonan Johan Asari, Yana Samsudin, Fizo Omar, Tania Hudson & ramai lagi...

Pengorbanan Hingga Akhirnya
“Air dicincang takkan putus”. Meskipun Zarul meninggalkan keluarganya namun hubungan dengan kakaknya, Salmi tetap utuh. Akan tetapi apabila hadirnya orang ketiga, hubungan dua saudara itu menjadi renggang. Fitnah yang ditabur menyebabkan segala pengorbanan seorang adik terhadap kakak tersayang hilang sekelip mata.

Menyusuli RUBY, nantikan buah tangan terbaru daripada pengarah berkaliber, Rashid Sibir menerusi drama bersiri SURAT DARI LANGIT BIRU di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam

Untuk baca sinopsis citer ni boleh klik link kat bawah ni... 




.::Usia Kandungan 23 Minggu::.

Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah harini usia kandungan amy dah masuk 23 minggu..1 minggu je lagi nak masuk 6 bulan..wah sangat-sangat tak sabar tunggu 20 Jun 2013..nak tengok permata hati kami ni..tolong doakan baby amy ni sihat-sihat yer..

Sekarang ni Alahan dah hilang sepenuhnya..masuk 5 bulan preggy aritu alahan dah berhenti..dah takde muntah-muntah dan pening-peining..syukur sangat-sangat..balik kerja pun da boleh masak macam biasa..Alhamdulillah..cuma sekarang selalu je lapar..sikit-sikit makan sikit-sikit makan..adoiyai, harap-harap tak naik berat badan..checkup 5 bulan aritu da kena marah dekat nurse sebabnya berat amy naik 3 kg dalam masa sebulan..dia kate lepas ni boleh naik 2kg jer sebulan..huhu..

Baby da semakin aktif..selalu je gerak-gerak dalam perut ni..kalau nak tidur tu lagi aktif dia bergerak..biasanya sebelum tidur amy bacakan die doa tidur..lepastu baca al-fatihah dengan ayat qursi untuk dia..then baru lah leh tidur dengan lena..haritu, amy ada terbaca info sbelum tidur elok sedekahkah ayat-ayat quran untuk baby tu amy buat tu...moga-moga anak ibu ni sihat sentiasa... =)

 Jom kita baca perkembangan janin 23 minggu..

Ni info yang amy baca dari website Pa&Ma..


 
Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik.

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus.

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan.

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.- SUMBER..



February 20, 2013

.::Edit blog with hubby & Ainaa Rosberry::.

Salam 1 Malaysia..
Malam tadi amy duk edit blog..edit untuk menda alah ni jer..konon da borink pakai abaout me yang style lama..lepas tu mintak tlg dgn adik aina ni buat tutorial..tengok pada tutorial dia mudah jer..tapi bila amy buat makan masa lama giler...maklumlah bab-bab coding ni lemah sangat-sangat..edit punya edit tak jadi gambar..last2 berserah dan nasib baik la Aina ni tolong ajarkan step by step..

Siap je edit gambar, nak edit lak  yang bawah2 die tu..kali ni mintak tolong incik hubby..masa tu dia tengah main game..terpaksa stop jap tolong amy..dia kecian kut tengok wife dia terkiar-kiar nak edit menda alah tu je padahal..nak lawan die mmg tak mampu la amy..keje dia memang mengadap coding je hari-hari..kadang-kadang buat keje kat umah sakit kepala amy tengok..masa dia duk edit HTML template amy tu amy da takut da..bukan takut apa takut hilang semua design amy..dah la template ni amy tempah khas..kalau hilang tak pasal melayang lagi duit..sampaikan amy pun mintak dia buat backup..hihi..dia edit-edit sikit lepas tu siap la...suke sangat bila da siap..dan inilah hasilnya..


Tapi yang paling tak tahannya, malam tadi dek kerana mengedit blog sepanjang malam sampaikan tidur mengigau pasal blog..huhu..malunya kat fahmi..dia duk gelak-gelak je bila amy tersedar..tu la excited lagi..tapi takpelah janji puas hati..=)

Thanks yer  Ena sebab tolong akak..jasamu dikenang..sape2 yang nak tengok tutorial ni boleh ke blog ena ni..AINAA ROSBERRY..tak lupa jugak buat my beloved hubby, thanks sayang coz tolong wife mu nie...lepas ni boleh la mintak tolong lagik ek..luv u so much sayang.. =)


.::Fizz Fairuz putus tunang :: tunang Fizz isteri orang::.

Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Foto
Fizz Fairuz

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Sumber :: Harian Metro Online


February 19, 2013

.::Majlis Pertunangan Adik :: 10.02.2013::.

Salam 1 Malaysia..

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni amy balik kampung..balik kampung sempena majlis pertunangan adik ipar amy nie..adik bongsu Fahmi..Namanya Farida Atira..berumur 21 tahun..sekarang ni masih lagi belajar ijazah pengurusan perniagaan kat UiTM Sri Iskandar Perak..tahun kedua..InShaa Allah tahun depan habis belajar terus diijadkabulkan..doa-doakan yer kawan-kawan..semoga dipermudahkan urusan mereka..

Majlis pertunangan diadakan pada malam hari..Hari Ahad 10 hb 2 2012.. Al-kisah disebalik pertunangan..pada mulanya family amy ni nak buat simple-simple jer..bertunang je kan..lepas tu bila dah sorang mari rumah kate cam pelik je takde tempat duduk la apa la terus kitaorang jadi panik..time dekat-dekat maghrib tu la duk sibuk nak buat pelamin bagai ..amy, adik amy ni dengan  biras amy apa lagi bertungkus lumus la pasang pelamin..pelamin ala kadar jer...kononnyer nak bagi nampak lain sikit..okey la dari takdekan..=)

Siap-siap semua make up pulak takde..nak tak nak terpaksa la amy jd mak andam..fuhhh bidang terjun betul..tak pernah-pernah tonyoh muka orang last-last terpaksa make up kan adik amy nie..jadi tak jadi da lain kire..yang penting jalankan tugas as a sister..hehe..dan akhirnya majlis berjalan dengan lancar...Alhamdulillah..

 Ira diapit kakak-kakak iparnyer..(mak-mak buyong)..tembam tak kami?? hihi

Bersama tunangnya..

Kawan-kawan die yang turut hadir majlis ni.. 

Selesai sorang ni..ada sorang lagi adik pompuan yang masih single but not available tau..hehe..harap2 cepat2 sampai jodoh..amiin...

.:Yang Mane satu ikut sunnah Rasulullah???::.

Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Sumber :: Facebook 

Petikan dari Ceramah Ustaz Azhar Idrus.. =)


Selamat Beramal =)

February 18, 2013

.::Apam Polkadot di hari minggu::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua..harap sihat-sihat semua yer..hari minggu lepas korang pergi mana? amy dengan fahmi duk umah jer..tak pergi mana-mana pun..juz rilek-rilek dan rehat-rehatkan badan..fahmi duk layan citer kartun Jepun dengan main game dota dia tu je la..amy lak kemas rumah, basuh baju sidai baju..(tang sidai baju best sb biasa hubby akan tolong..maklumlah baju tuk seminggu tu banyak kut nak kena sidai..hehe..)..lepas tu masak-masak kasi penuh fahmi punya perut..biar dia jadi gemuk gedempol..hehe..amy nak sangat fahmi tu gemuk sebabnya bila dia da gemuk, dia takkan kutuk kite gemuk lagi...haha (gelak jahat)...baru kawen 8 bulan berat dia pun da naik 8kg lebih..alhamdulillah... =p

Semalam untuk lunch fahmi suruh buat mee goreng jer..so tengah hari tu amy rase cam boring jer..amy pergi dapur pergi usha barang-barang apa yang ada..tengok-tengok barang untuk buat apam polkadot cukup..sekaya pun ada..amy pun apa lagi..ambik mixer yg tersimpan dalam bilik..kasi lap habuk-habuk sikit (menunjukkan da lama tak guna..hehe) lepas tu buat la apam ni...buat 1 acuan jer..dapatlah dalam 50 biji lebih..siap kukus semua amy pun asingkan bagi 4 bekas..1 untuk kitaorang makan n 3 lagi untuk jiran-jiran..(jiran-jiran ni mak-mak sedara jer..hehe)..

Siap-siap je amy makan 4 5 biji je kut..lepas tu amy pun masuk tidur..al maklumlah, letih jugak la duk memcotek dot dot die tu...rehat-rehatkan badan..bangun je tidur tengok dalam pinggan da licin apam tu..masa nak tidur tu tengok ada la dalam 15 biji kut..amy tanya fahmi, dia dah makan habis ke? last die jawab da habis da dia makan..kalau nak buat lagi sekali..hehe..olo2 siannyer kat laki aku ni..mesti lapar giler sb tu habis die makan..maklumlah lunch makan mee jer..amy pun sebenarnya bukan nak makan sangat pun juz rase nak buat jer..dah lepas hajat buat ni jadi la.. =)


Nak snap gambar semalam tp hp pulak problem..adoiyai..so xde la gambar apam yg semalam punya..=(
Ni gambar apam yang amy buat sebelum ni.. =)

Amy jugak pernah buat tutorial camne cara2 nak buat apam ni..kalau korang nak cuba boleh lah klik tutorial nie..selamat mencuba.. =)



.::19 Keistimewaan Wanita::.

Keistimewaan Wanita...semoga bermanfaat..

Berbahagialah Menjadi Seorang Wanita Karena diberi Keistimewaan Oleh Allah.

19 Keistimewaan Wanita


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. moga bermanfaat :)

Dipersilakan SHARE ♥

Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim


p/s--> bertuahnya kite dilahirkan seorang wanita..so pada para lelaki hargailah seorang wanita.. =)

February 16, 2013

.::Punca Almy Nadia Kunci Mulut::.




Punca Almy Nadia Kunci Mulut - PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita kerana khuatir dengan pelbagai risiko yang tidak dijangka.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia bimbang jika tersalah memberi kenyataan akan muncul pihak-pihak lain yang akan mengecamnya dan keluarga.
“Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya tahu, ada pihak-pihak tertentu sedang memerhatikan salah silap saya. Jika tersalah cakap, mungkin saya akan terima kesan buruk. Sebab itulah lebih baik saya tidak banyak memberi komen,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Kontroversi mengenai status hubungan antara Almy dan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, tercetus apabila foto majlis pertunangan pemuda itu dengan seorang wanita telah tersebar di Internet.

Majlis pertunangan mereka dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu. Dipercayai Almy yang selama ini diketahui sebagai kekasih kepada Fizz terkejut dengan hal berkenaan.

Selepas beberapa hari gagal mendapatkan Almy, akhirnya pelakon itu menjawab panggilan mStar Online selain memohon maaf sambil menjelaskan dia terlalu sibuk menjalani penggambaran Cermin Kasih Amira yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

Berikut ini adalah temu bual mStar Online bersama Almy berhubung kontroversi pertunangan Fizz.

Maafkan kami kerana bertanyakan soalan sama seperti media-media lain. Apa komen Almy mengenai pertunangan Fizz dengan seorang wanita pada Ahad lepas?
No comment.

Fizz atau Almy pernah berhubung sesama sendiri selepas pertunangan itu?
Saya tak mahu komen.

Seperti dilaporkan portal murai.com Fazli Zainal ada memberitahu yang Fizz telah memaklumkan kepadanya bahawa Almy dan Fizz sudah dua tahun putus cinta. Benar begitu?
Maafkan saya, saya tidak tahu apa-apa dan penat untuk memberi kenyataan. Lebih baik tanya Fizz kerana bukan saya yang bertunang. Putus atau tidak, saya tidak mahu bersuara selagi dia tidak memberikan kenyataan, nanti kata saya pula yang memandai-mandai.

Tertekan apabila sering disoal tentang Fizz?
Saya tak tahu nak cakap apa. Tetapi macam biasa saya jawab apa yang terdaya. Lagipun saya tak buat salah, buat apa nak lari. Lainlah kalau saya buat salah, saya larilah daripada pihak media.

Apa yang Almy takut sampaikan sikit pun tak mahu komen?
Maafkan saya sekali lagi. Tetapi saya tahu ada pihak yang sedang menunggu saya mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pertunangan Fizz dan kemudian mereka akan mengenakan saya pula.
Biarlah… dia (Fizz Fairuz) dah pun menjadi tunangan orang. Risau juga dibuatnya kalau orang datang dan cuba ugut dan kacau saya pula nanti. Dah bertambah masalah pula.

Siapa pihak (yang akan mengecam) yang dimaksudkan itu?
Saya tak boleh nak cakap.

Jadi apa yang Almy nak buat sekarang?
Saya akan pastikan tidak menjawab apa-apa langsung berkaitan dia (Fizz). Cuma saya kena pandai jawab dan tepis soalan yang boleh mengundang tidak puas hati kepada pihak lain. Jika salah cakap, saya akan dihentam pula.

Fizz sudah memulakan fasa hidupnya yang baru, Almy pula bagaimana?
Saya tak tahu. Saya dan Fizz sudah tujuh tahun (bercinta). Entahlah. Saya nak fokus kepada karier dan anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya.

Serik bercinta?
Saya tak tahu.

Apa komen keluarga Almy
Ibu sering menasihati dan menghubungi saya setiap hari, dia risau jika saya terlalu memikirkan masalah.Kalau saudara mara yang bertanya, ibu yang uruskan untuk menjelaskan perkara sebenar kepada mereka. – mStar


Alahai kesiannyer kat Almy nie..banyak-banyak bersabar yer..semoga tabah hadapi ujian ni.. =)

.::Ustaz Azhar Idrus Terbaiiikkkk::..


February 15, 2013

.::Wawa Semput Full Movie::.


Nak tengok wayang citer macam nie comfirm Incik Fahmi tak layaan..katenya nati keluar dalam u-tube tengok la..so sekarang da keluar leh la layan..hehe..jom layan sama2.. =)

.::Betul ke Fizz Fairuz langgar adat Melayu???::.

Salam 1 Malaysia...


First, amy nak ucapkan tahniah buat Fizz Fairuz yang da bertunang dengan pilihan hati die..walaupun amy agak frust pilihan hati Fizz bukan Aimy Nadia..ingatkan mereka akan bersatu suatu hari nanti tup tup dalam diam Fizz dan bertunang dengan orang lain..jodoh dari Allah sape tahukan..kita cuma mampu merancang tp Allah yg tentukan..cuma sekarang doa yang baik- baik je buat mereka...semoga cepat2 ke jinjang pelamin yer Fizz..

Amy banyak terbaca kononnya Fizz dah langgar Adat Melayu..amy rasa ada kekeliruan sedikit kat situ..sebabnya amy tengok ada 1 gambar yang kita dapat lihat kat bawah tu ada sorang wanita yang berusia sarungkan cincin kat jari manis tunang Fizz tu..mungkin wanita tu mak Fizz..
wallauhualam...



Gambar kredit buat ROTIKAYA..

Buat Aimy Nadia --> Semoga tabah dan temui pasangan yang lebih baik nanti..jodoh itu rahsia Allah..yang penting tetap minat Fizz n Aimy...peace =)

.::Rezeki pertama dari ChurpChurp :: Alhamdulillah::.

Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah..semalam cek dari churpchurp baru je sampai kat umah..amount RM99.80..masa amy cash out aritu RM100.80 tp bayaran proses RM1 so jadi la sebanyak tu..walaupun tak sebanyak blogger lain tp syukur sangat-sangat..sape nak bagikan..tenkiu Allah..

Kalau Nuffnang cuma RM50 dah boleh cash out tp Churpchurp kena tunggu earnings RM100 baru leh cash out..bagus jugak kan, sekali cash out da dapat banyak...Kalau nuffnangkan cukup je RM50 amy terus cash out..haha xmenyempat nak kumpul banyak-banyak..Sekarang ni earnings Nuffnang dah RM30 lebih..nanti da cukup syarat terus tekan butang cash out tu..hehe..papepun Alhamdulillah..

Korang da daftar churpchurp belum? kalau tak daftar lagi boleh la daftar sekarang..amy ada buat tutorial dia dulu..sape berminat boleh daftar klik link bawah ni yer..selamat mendaftar dan menjana pendaptan.. =)


February 14, 2013

.::Fasha Sandha Bersalin::.

Salam 1 Malaysia..

Fasha Sandha bersalin..bila baca tajuk tu mesti korang ingat fasha dah bersalin kan..hehe..yang sebenarnya Fasha Sandha bersalin ni sebenarnya keyword yang selalu orang singgah kat blog amy..amy tau pun daripada akaun nuffnang..hari2 tiap kali amy cek akaun nuffnang mesti yang first keywords dia tajuk ni la..Fasha Sandha Bersalin..nampaknya memang ramai peminat fasha duk tunggu2 kelahiran anak pertama fasha nie...kalau diikutkan fanpage We Love Fasha Sandha ni beliau tak bersalin lagi..papepun semoga semuanya selamat..amiin.. =)

Ni la dia buktinya =)

Berkenan sangat dengan loket fasha nie..kalau buat AmyFahmi comel jugok nie..gedixxs..=p


.::Anda seorang MUSLIM? Anda beragama ISLAM?? Say NO! Valentine ::.



 
Terdapat beberapa kisah disebalik tarikh Valentine..Jom kite baca kisah-kisahnya..

Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua  pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.

Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.
1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb.  Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjar, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepcuk surat yang terulis from you valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. Korang tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut unutk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.
So, dari semua kisah tadi, korang nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

P/S--> Renung2kanlah =)

February 8, 2013

.::Shila Amzah menangis nyanyi lagu Ombak Rindu::.


Kesian kat Shila Hamzah..mesti perit kan bila berada di tempat Shila nie..di luah mati mak..di telan mati bapak..ye la dua dua tu orang yang amat dicintai..

Sabarlah wahai Shila..tapi kita kena ingat tempat seorang anak di mana..selagi kita bukan milik die or suami kite selagi tu la dosa kite sebagai  anak perempuan ayah yang tanggung..so fikir2 kan lah..Jagalah hati mereka selagi mereka masih ada..mereka takkan dapat ditukar ganti..

Zaman percintaan memang manis semuanyer..lepas kahwin kita tak tau lagi macam manakan..harap banyak2 bersabar,,in Shaa Allah kalau da jodoh shila dengan shanaaz takkan ke mana..sebab Allah da tetapkan jodoh kite dengan sape2..dan itu adalah terbaik untuk kite..semoga kebahgiaan milik anda.. =)


p/s--> tetiba teringat lagu Patah seribu..=(

.::Senyum walau apa pun yang terjadi =)::.

Salam 1 Malaysia..

Perbanyakkan Senyum, Istighfar, Selawat & Sedekah kerana ia menghilangkan rasa resah, membuka pintu ketenangan, kebahagiaan, rezeki, rahmat, keberkatan dan redhaNya. Salam Jumaat. :) - Ustaz Don Daniyal 


Hadapi dengan senyuman =)



Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

p/s--> Senyum sokmo.. =)

February 7, 2013

.::Blog Amy berwajah baru::.

Salam 1 Malaysia..

Malam ni happy sangat2 sb blog amy da bertukar wajah..amy tak edit sendiri pun blog ni..tak reti main photoshop2 nie..kalau setakat edit download free template tu boleh la..nak edit sendiri tak reti lagi la sekarang ni blog da susah nak edit..jalan pintas die ialah tempah jer dengan orang..settle..tak mahal pun akak ni cas...lagipun duit nuffnang bagi tu boleh la buat deco kat blog kite ni kan..apadehal..nanti nuffnang bagi lagi..hehe..

Kalau korang berminat nak tempah boleh la tempah dengan Kak Shida ni...orangnyer senang bawak berbincang..korang cakap je nak design camne akak ni boleh settlekan..tak sampai 2 hari lak tu...semua kak shida editkan dalam blog amy..dapat2 da cantik da..bloglist korang dan semua gadget2 korang takkan hilang..itu yang best sebenarnya...=)

So kepada yang berniat nak tukar template blog tu korang pikir la nak pening kepala atau tidak..kalau tak nak pening tempah je senang..hehe..

p/s--> mood - semangat baru mula timbul..hehe..

February 5, 2013

.::Belimbing buloh :: petua dan khasiatnyer::.

Salam 1 Malaysia..


Kenal tak buah kat atas ni? dah tajuk besar da tulis yang tak kenal jadi kenal kan..orang tganu panggil buah ni belimbing buloh tp bila search google banyak tulis belimbing wuloh..xkisah la mane2 janji bunyinyer seakan sama..hehe..kat belakang rumah amy ada pokok belimbing nie..buahnyer boleh petik dengan tangan jer..sekarang ni musim dia berbuah..dah la berbuah time amy pregnant..adoiyai..hari2 amy duk kutip..kutip tak banyak pun, dalam 10 biji sehari lepas tu makan dengan belacan dengan garam halus..amy takde la makan hari-hari bila terasa nak makan je amy petik jela..=)

Rasanya masam sangat..tapi masam yang tersangat la best...korang try la..ambi buah yang besar-besar tau..jangan ambik yang kecik..yang kecik sedap jugak tp macam kelat sikit...kalau makan yang besar rasa cam diawang-awangan..(perasaan xleh belah kan..hehe)

Memandangkan amy selalu je makan buah ni..takut jugak effect kat baby..amy pun search la tenet..antara info yang amy jumpe mengatakan yang belimbing buloh ni baik untuk kesihatan dan banyak petua yang boleh  buat menggunakan belimbing buloh ni..antaranya jom kite tengok..

Pelbagai petua dengan belimbing buloh..

a. Selain penambah perisa pada makanan, buah Belimbing Buluh mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dijemur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika di rebus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.

b. Selain itu bagi menghilangkan batuk, ambil segenggam bunga Belimbing Buluh dan campurkan dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian, minum dengan mencampurkan sedikit madu lebah. Minum segelas, tiga kali sehari.

c. Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh, potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

d. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun Belimbing Buluh untuk meredakannya. (SUMBER)

untuk khasiat die korang boleh baca kat sini.. =) Khasiat Kepada Kesihatan Tubuh..

p/s--> boleh la petik sokmo lepas ni..hehe

February 4, 2013

.::Perkembangan janin 21 Minggu::.


Salam 1 Malaysia..

Harini usia kandungan amy da masuk 21 minggu...Alhamdulillah..sekarang da rasa baby ni gerak2..asal malam je gerak2..tak boleh lapar sikit dia nie..huhu.suka sangat time die duk gerak-gerak dalam perut ni..
 Apa yang paling amy suka sangat-sangat, amy da bebas dari simpton2 orang mengandung ni..masuk 5 bulan dah hilang alahan..dah boleh pergi shoping mall, boleh jalan2, boleh tengok wayang, boleh makan kat kedai, boleh masak dan yang penting boleh makan puas2..hehe..Alhamdulillah syukur da lepas ujian tu... =)


Tadi amy search google cari info pasal perkembangan janin 21 minggu..jom kite baca sama2.. =)

Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.

Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan.

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan. SUMBER


P/S--> Semoga anak ibu ni sentiasa aktif dan sihat yer..4 bulan je lagi..sabar ye syg.. =)

February 3, 2013

.::Cara-cara buat Keropok Lekor Terengganu versi Amy::.

Salam 1 Malaysia...

Sape kat sini suka keropok lekor Trengganu? Sila angkat tangan..hehe..yg sebenarnya keropok lekor ni mmg faveret amy..al-maklumlah org ganu kiter kan..keropok da sbati dgn jiwa..amy mmg suka buat keropok nie..lagi la bila merantau ni terpaksa la buat sendiri..kalau duk ganu start motor g beli jer..Harini amy xg mane2 so amy pun buatla keropok lekor nie..tuk santapan amy n hubby di petang hari.kejap je buat..xsampai pun 15 minit..=)

Kepada yang nak try tu, meh sini amy share resipi keropok lekor versi amy...versi amy okeh bukan versi keropok losong..kalau pandai buat sesedap keropok losong dah lama amy bukak kedai..hehe... =)

Bahan2..

Ikan Sardin (orang terengganu panggil ikan slayang)
Tepung Sagu (bukan sagu biji tu yer tp tepung sagu,,debu cm gandum)
Garam (secukup rasa)
Ajinomoto (biasa amy letak tp harini amy tak letak sb tengah pregnant kan..xbaik tuk baby..hehe)

Cara buat..

1. Ikan sardin (amy guna 3 ekor je arini untuk skali goreng)..

Mutu ikan KL tak sesegar ikan kat Tganu. =)

2. Potong Kepala n Ekor ikan serta buang kulit ikan..



3. Buang tulang ikan..ambik isinyer sahaja..


4. Ini rupa tepung sagu buat sape yang tak kenal ek.. =)

 5. Ambik isi ikan denga tepung sagu..masukkan garam sikit dan uli sapa sebati.. Cara nak sukat sagu senang jer..mak amy ajar banyak mana isi ikan tu banyak tu la tepung sagu yang kita guna..tak lebih tak kurang...
6. Uli samapi jadi camni..amy uli pakai tangan jer sb sikit..mak amy kate nak sedap tumbuk dalam lesung..
 
 7. getel la jadi panjang2 mcm ni..nak buat bulat2 pun boleh..buat bentuk luv ke..atas kretiviti korang..hehe..
8. Panaskan minyak separa panas n goreng...nak rebus pun boleh.. (kalau rebus masuk air dalam periuk, letakkan asam keping 1, garam sikit n aji sikit)..amy suka goreng jer..
 9. Last, Hidang...selamat menjamu selera... =)




 p/s--> bersungguh ambik gambar tuk wat tutorial nie..khas untuk kengkawan semua..selamat mencuba yer.. =)

p/s :: ada orang letak ais aka air batu..amy xletak..terpulang..try n error ok tgk mane yg best..hehe..


February 1, 2013

.::Tutorial Daftar Nuffnang + Cara nak pasang Nuffnang pada Blog versi baru::.

 Salam 1 Malaysia..

Seperti yang kite maklum, page nuffnang dah bertukar sekarang ni..kalau dulu cara pasang iklan die lain so sekarang ni yang baru lain la jadinyer..actually amy buat tutorial ni tuk kawan2 amy yg baru berjinak2 dengan dunia blog..nak tolong ajar kat luar susah..sorang duk tganu sorang duk kl..jadi kat blog ni je la senang nak explain serba sedikit..harap2 dapat membantu.Jom kite start yer...=)

Step pertama, korang kena daftar kat http://www.nuffnang.com.my ni dulu..nak mudah ( KLIK SINI ) jer..Page kat bawah ni akan keluar...


Kemudian, korang klik kat Join Nuffnang tu..bila korang klik akan keluar borang untuk di isi seperti di bawah ni..

Ni first borang yang akan keluar..korang kena isi semua step..ada 4 step..lepas isi yg pertama tu scroll down kemudian tekan Next..lepas tu akan keluar lagi borang korang isi dan tekan Next lagi sampai ke borang terakhir kemudian tekan Finish...

Bila dah tekan Finish tu page in akan keluar..iaitu Account Activation..


Bila da keluar page kat atas ni, korang pergi bukak email yang korang daftar tu dan klik link yang nuffnang hantar untuk mengaktifkan akaun korang..lepas tu korang boleh la login akaun nuffnang..nak mudah tekan click here macam kat anak panah tu...=)

 Sekarang korang boleh la login tuk masuk ke akaun nuffnang..page kat bawah ni akan keluar..

 Kemudian korang klik kat My Nuffnang beranak panah warna hitam tu kemudian korang klik kat Welcome to blog yg beranak panah berwarna merah..last korang klik kat  MANAGE MY BLOGS..


Page kat bawah ni akan keluar..



Lepas tu korang pergi cari tempat yg amy tanda tu, korang update survey korang..ala xsusah pun juz klik jer ikut suka hati korang..lepas tu submit..=)
CARA-CARA NAK PASANG IKLAN NUFFNANG DALAM BLOG..

Bila tekan kat manage my blogs..akan keluar page nie..


Korang cari tempat yg amy tanda tu,  LARGE REC, LEADERBOARD, SKYSCRAPER..pilih salah satu then klik jer atas link biru tu..kemudian page kat bawah ni akan keluar...


Bila da keluar page ni..korang boleh klik kat mane2 kotak korang suka untuk ambik coding iklan nuffnang..lepas klik korang scroll down then ambik coding die..


Ambik coding ni masuk dalam blog..mcm biasa pergi kat dashboard --> layout --> add a gadget --> HTML/JavaScript lepastu masukkan coding yg di copy td paste kat sini last skali save...settle...=)

Hasilnya...

|
|
|
|
V

LEADERBOARD


SKYSCRAPER


LARGE REC


















p/s--> ok sekian, selamat mencuba yer kawan2... =)

Iklan Berbayar