Produk Terlaris..

October 30, 2012

.::First Check Up @ Klinik Ibu dan Anak Salak Salatan::.

Salam 1 Malaysia..

Tadi amy pergi buat buku pink kat klinik..amy punya first check up..appointment kul 2 petang..so amy keje sparuh hari je la arini..mintak pelepasan balik awal..

Kul 1 amy pun balik rumah..sampai je rumah terus muntah..tetiba rase loya tekak..dari opis lagi tak sedap badan tp nasib boleh tahan sampai ke rumah..selama amy pregnant ni la kali pertama amy muntah..huhu..

Amy pergi sorang je check up..tak ajak hubby pun..fahmi punya tempat kerja jauh..lagipun rasenya xperlu kut berteman bagai..berdikari la konon..hehe..

Fisrt sampai tu amy pun buat la check up..semua budak praktikal yang buat..budak2 praktikal tu dari Windfield International College..first tu dia mintak ic amy dengan kad kahwin jer..dia isi semua2 yg berkaitan kat buku tu then mai lagi sorang budak praktikal ukur tinggi dan berat badan amy..alhamdulillah BMI amy normal..pahtu dia ambik darah kat hujung jari..katenya nak cek hb..amy terus tanya result..dia cakap normal jugak..alhamdulillah..last skali dia suruh amy pergi buat urine test..nak cek tahap glukosa n protein rasenya..amy pun terus tanya result lepastu dia pun jawab normal..alhamdulillah...

Tapi normal normal pun amy tetap dapat sticker hijau kat buku pink tu sebabnya amy ada sakit asma..sejak kecik lagi memang amy de asma..so nak tak nak dapat la sticker hijau tu..tp alhamdulillah yang lain semua normal..


Next appointment minggu depan..katenya nak ambik darah kat lengan..pahtu cek gigi..huhu..rumit gak ek bila da pregnant nie..tp terpaksalakan nak anak punya pasal.. =)

pergi klinik swasta scan cakap due date amy 16.6.2013
pergi klinik gov buat buku cakap due date 22.5.2013
yg mane satu nak pakai ek..huhu..

p/s--> doakan semuanya berjalan lancar yer.. =)

October 29, 2012

.::Perjalanan 5 jam jadi 12 jam::.

Salam 1 Malaysia..

Rasanya belum terlambat lagi amy nak ucapkan selamat hari raya aidiladha pada semua umat Islam..amy nak cerita kisah perjalanan amy balik kampung dari terengganu ke kl semalam..biasanya dari kl ke terengganu cuma 5 jam je kalau lalu kut LPT tu tp semalam lebih 12 jam..jem start dari highway bukit besi sampai la ke KL..amy drive jap dr highway bukit besi tu sampai dekat R&R Muktafibillah lepas tu bagi kat fahmi terus ke KL..tak sanggup amy nak drive dalam keadaan jem giler2 tu..

Bayangkan, amy n fahmi berhenti makan kat R&R Gambang, 5 6 kali pusing cari tempat duduk kosong tp takde..yang tempat orang dah nak habis sikit2 pun dah de orang tunggu..sebab takut lapar nak redah jem ke temerloh tu, amy n fahmi bungkus je nasi lemak..lepas tu makan kat parking kereta..sedih kan tp nak wat camner..terpaksa..huhu..

Start dari Temerloh jalan terus jem sampai KL..ada yang tak bertanggungjawab main lalu je ikut laluan kecemasan..depa2 ni la buat jalan bertambah jem..huhu..tengok2 jam dah kul 12 malam..mata amy dah tak tahan sangat dah..terus terlelap sampai kat kl..tengok2 jam dah 3 lebih..balik rumah terus mandi then tido...

Bangun subuh tu rasa tak larat sangat..msg pegawai amy cakap nak mc arini..sbnya memang betul2 tak larat..huhu..

p/s--> sape yang balik pantai timur malam td tau la jem die cmne..huhu.serik rase nak balik time2 cmtu..tp alhamdulillah semuanya selamat..huhu

October 24, 2012

.::Jalan2 dekat The Mines::.

Semalam amy, fahmi n adik ktorang fakri pergi jalan-jalan kat The Mines..saje fahmi nak bawak fakri jalan-jalan..sbnya die da nak balik kampung esok..pergilah kami bertiga selepas solat maghrib..odw pergi tu kitaorang sesat 2 kali..silap masuk lorong..terpaksa u-turn jauh giler..biasanya kalau amy pergi denga fahmi, fahmi lagi suka parking kereta kat bot then naik bot yang bayar rm2 tu..hehe..tapi malam tadi nak parking kat the mines sebab takut balik lambat..

Sampai je sana, kitaorang terus pergi makan dekat The Chicken Rice Shop..pekena nasi ayam dulu..nak makan fast food fahmi tak bagi..pregnant katenya..huhu..Lepas tu. ingat nak pergi tengok wayang..tengok-tengok citer takde yang berkenan..jadi ktorang pun pergi la tempat games tu kejap..tujuan utama ialah nak bergambar..hehe..dari rumah lagi fahmi pujuk amy ajak pergi the mines katenya nak jalan2 lepas tu nak ambik gambar..actually amy tak berapa sihat tapi pergi jela..kesian lak..lagipun memang da lapar giler kut..huhu..siap bergambar 2 orang tu duk sibuk main kereta lumba..aduh sakit perut amy duk gelakkan dorang..rasenya kalau pregnant 9 bulan da terberanak kat situ kut..hehe..Tapi takpe lah, apa yang penting orang2 yang kite sayang happy..=)

 Ni lah hasilnya.. =)
Fahmi :: Muka excited bergambar..
Amy :: ada rupa orang pregnant n demam tak?? hehe
Fakhri ::Malu2 pada asalnya last2 buat jugak peace.. =) 


p/s--> tak sabar nak posing dengan baby lak.. =)

October 23, 2012

.::Burger Bakar tukar Nasi Kerabu Ayam Percik::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam amy tengok gambar burger ni kat facebook..sape tah yang post..nampak cam sedap giler kan..pahtu amy cakap kat fahmi nak makan burger nie..pahtu fahmi kate malam ni kite makan (malam tadi)..balik kerja tak  yah masakla..hati happy giler la konon nak makan burger nie..

Lepas maghrib tu fahmi terus ajak pergi sana..skali dgn adik ipar amy..on d way nak p sana, tiba2 perut berdenyut kencang..lapar yang teramat sangat..terus amy tukar fikiran taknak makan burger ni..takut makan2 tak kenyang..perut macam nak nasi jer...

Fahmi pun ajak la pergi satu kedai ni..namanya kedai Hayaki..dekat danau kota, setapak..pergilah kami bertiga makan kat sana..nama kedai macam jepun tp rasenya owner dia kelantan..masakan die pun ala kampung..sangat2 menyelerakan..amy makan Nasi Kerabu Ayam Percik..sedap giler..Fahmi lak makan Nasi Lemak Ayam Goreng..Adik amy makan Nasi Ulam..Nasi ulam ni siap dengan budu lagi..memang bestla.harga pun berpatutan..makan 3 orang baru RM36..sape nak try boleh la g sana.. =)

 
 Gambar ehsan incik google..tp ni la nasi kerabu ayam percik Hayaki..sedapkan.. =)

p/s--> janganla post makanan sedap2 kat fesbuk yer..huhu..


October 22, 2012

.::Nak duit free camni? meh sini nak ajar::.

Salam 1 Malaysia..

Korang daf daftar churpchurp? kalau belum lagi jangan tunggu lama-lama..tak jeles ke tengok amy dapat duit free2 jer camtu..hehe..kalau nak boleh daftar sini..



senang jer..juz promote iklan kat fesbuk jer..ada rezeki ada..yang penting usaha..=)

Lagi satu leh daftar says.com kalau nak tambah pendapatan..yang ni pun free..amy da dalam RM300 selepas 3 bulan join..berminat?? boleh daftar sini..KLIK SINI..yg ni lg best..sign up je terus korang dapat RM5..amy baru je dapat earnings ke 3 sebanyak  RM125 tuk says.com ni minggu lepas.. =)

p/s--> Rezeki jangan di tolak =)

.::Anmum Materna Coklat::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua..harap baik2 ajer yer..semalam amy duk sembang2 dengan kawan2 amy yg tengah pregnant jugak..cakap la pasal susu ibu..amy sekarang ni tak rase pape pun..badan langsung tak rasa cam orang pregnant..xde sakit2 apa pun..xde pening xde muntah..badan kuat jer..jadi amy tak fikir la nak minum susu ke apa..amy juz makan ubat asid folic jer..

Sejak dulu lagi amy memang tak suka susu tepung tapi atas nasihat kawan2, amy pun pergilah beli susu tepung ni..Anmum Materna Coklat pilihan amy...siap dapat sample 2 bungkus..hehehe..amy beli yang kecik jer..saje nak test takut beli yg besar tekak takleh trima buat rugi jer..balik tu terus minum, alhamdulillah tekak amy boleh trima..

Korang minum susu apa, share2 la dengan amy ek..mane tau leh try lepas habis yg nie..=)

p/s--> doakan semoga anak amy membesar dgn sihat yer.. =)

October 19, 2012

.::Jom Belajar Menaip dengan Betul dan Laju (Part 1)::.

Salam 1 Malaysia..

Haritu amy ada pergi kursus kat UTMSPACE 2 hari untuk kursus touch typing..sekarang ni amy nak share dengan kawan2 yang berminat nak belajar menaip dengan betul dan laju.. =)

Actually, cara diorang ajar dengan apa yang amy belajar kat sekolah teknik tu sama jer... =)

First, korang kena pastikan tangan korang duduk atas HOME KEY..

contoh kedudukan tangan yang betul..

Kalau korang nak lebih alert lagi, korang boleh rasa dengan jari korang dekat kedua-dua jari telunjuk ada tanda..jd maknanya kalau korang tutup mata pun dah boleh letak tangan kat HOME KEY..

Sekarang ni kita belajar button ASDF & JKL; 

asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj 
asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj 
asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj 
asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj 

tangan letak dekat home key..hanya gerakkan jari yang betul untuk menekan kekunci yg kita nak taip..kemudian jari tu duduk di tempat asal..iaitu HOME KEY..

Nota :: Masa korang taip huruf2 tu jangan tengok kat keyboard..juz tengok kat monitor then hafal dalam kepala sampai otak korang boleh ingat jari mane untuk huruf2 tersebut...

Lepas dah betul2 ingat kedudukan jari tu korang buat latihan ni pulak yer..

asas sasa dada sada fasa lada kada jada kala dasa
asas sasa dada sada fasa lada kada jada kala dasa
asas sasa dada sada fasa lada kada jada kala dasa
asas sasa dada sada fasa lada kada jada kala dasa

*ingat :: jangan tengok keyboard..kalau tak suruh org sebelah tu ketuk tangan.. =)

Bila korang da yakin korang da betul2 ingat huruf2 tu, korang boleh test korang punya skill kat sini.


p/s--> sambungan part 2 akan datang..selamat mencuba..

.::Sepanjang majlis Konvensyen KIK peringkat Kem.Kerja Raya 18.10.12::.

Salam 1 Malaysia..

Hari ni amy nak share pertandingan konvensyen yg amy sertai semalam kat kementerian kerja raya..gambar ni pun amy ambik daripada facebook Kementerian Kerja Raya..hehe..

Ketibaan dif terhormat Yang Bahagia Datuk Himmat Singh..orang kuat KKR..

Yang kiri ni pulak ketua kami..hehe..Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia iaitu Yg Bahagia Dato' Ir. Haji Ismail bin Md Salleh..

Bila tetamu terhormat datang, kitaorang semua berdiri n kumpulan koir dari KKR pun nyanyi lagu Negaraku, KKR dan Malaysia Inovatif (xsure tajuk) =) ktorang pun kena nyanyi skali la.. hehe

 Datuk memrasmikan majlis.. Walaupun datuk ni bukan orang melayu tapi beliau cakap melayu perfect..tabik spring la.. =)

 
Nila group amy..2 orang perempuan 8 lagi lelaki..nama group Skynet. semua ada 7 group..group amy ke 2 present..ada 3 wakil dari LLM..4 lagi wakil dari JKR Bentong, JKR Perak, JKR Ukur Bahan Terengganu, satu lagi amy xingat..hehe..

Antara ahli group yang jaga slide kat bawah manakala amy n 3 lagi kat atas pentas.Perasaan amy masa kat pentas tu sangat2 berdebar..

Antara panel juri =)

 
 Majlis di tutup oleh Yang Bahagia Puan Sri Dato' Zaiton bt Mhad Ali..

Last skali, pembahagian sijil kepada semua ahli..dan bergambar kenangan..cuba cari amy yg mane?? of cos la yg gemuk kan..hehehe..

Keputusan Pertandingan ini akan diumumkan 1 November 2012 pada Hari Inovasi KKR..doakan group amy berjaya yer kawan2..tenkiu.. =)

p/s---> alhamdulillah..akhirnya selesai.. =)


October 17, 2012

.::Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi::.

Jom praktikkan..sharing is caring.. =)

p/s--> biasa setiap hari jumaat amy akan potong kuku amy n hubby..tapi ikut dan je potong..sekarang ni dah tau leh la praktik.. =)

.::Minggu yang sangat sibuk n mencabar::.

Salam 1 Malaysia..

Minggu ni adalah minggu yg sangat sibuk dan mencabar bagi amy..sebabnya..sepanjang hari ada aktiviti..cuma hari jumaat je free..

Hari Isnin dan Selasa amy pergi kursus kat UTMSPACE..alhamdulillah dengan jayanya dapat sijil..lulus tak lulus pun memang dapat sijil ok..hehe..

Hari Rabu amy de rehersel tuk pertandingan KIK (Konvensyen Inovatif Kreatif) peringkat Kementerian Kerja Raya..

Hari Khamis lak hari kejadian pertandingan tu kat Kementerian Kerja Raya, K.Lumpur..aduh takutnya, dahlah amy dan 3 lagi wakil dari group amy kena cakap atah pentas tu..adoiyai jangan la mai darah gemuroh..dahla orang2 atas yang tengok..penonton2 dari KKR lagi dari jabatan lain lagi..ya Allah takutnya..korang tlg doakan amy yer.. =)

p/s--> Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah perjalanan kami n harap2 rezeki berpihak pada kami.. =)

October 15, 2012

.::Bila orang dah benci::.

Saleem - Bila orang dah benci::.

 
cuba dengar..mood jiwang..hehe..amy selalu dengar lagu ni kat radio suria..tu terus cari dalam u tube..jom layan sesama.. =)

p/s--> amy memang peminat setia lagu2 saleem.. =)


October 14, 2012

.::Alhamdulillah amy da pregnant..tenkiu Allah::.

Salam 1 Malaysia..

Amy ada good news..amy dah pregnant..hehe..alhamdulillah syukur pada Allah..akhirnya doa amy termakbul jugak..

Tadi amy mesej dengan kawan amy namanya aja..amy citer kat die yang amy lewat period kat sebulan..last period masa bulan puasa aritu..lepastu aja nasihatkan amy pergi jumpa doktor..pada awalnya amy malas nak pergi sebab simpton2 orang mengandung takde langsung kat amy..cuma 2 3 hari ni rase cam breast sakit jer..lagi satu amy dah cek dengan pregnancy test 3 4 hari lepas result dia negatif..thats why la amy taknak jumpa doktor..

Aja pun citer kisah dia kat amy..dia pun mengalami menda yg sama dengan amy..lambat datang period..dia cek guna upt pun negatif..malah pergi scan kat klinik pun tak nampak..sampailah dia mengalami keguguran..dan doktor sahkan dia da pregnant 3 bulan masa tu..huhu..

Amy pun jadi takut..amy pun ajak la fahmi pergi klinik kat Pusat Rawatan Islam Al-Zahrah kat bangi..masuk2 jumpa doktor, doktor pun tanya sakit apa..amy cakap kat doktor yang breast amy sakit..nak cek..pahtu doktor tanya amy bila last uzur..amy cakap la yang last 15.8 aritu..pahtu doktor kate nak kena buat urine test..amy pun pergi la buat..lepas tu nurse tu suruh tunggu kat luar..

Amy pun tunggu la..pahtu nurse tu senyum-senyum je then cakap tahniah puan pregnant..masa tu amy confius betul ke amy pregnant macam tak caya jer.huhu..doktor pun ajak amy masuk bilik scan..scan2 je doktor kate tak nampak lagi..mukin baru beberapa minggu..then doktor mintak amy datang lagi 2 minggu.. =) Doktor juz bagi ubat asid folic untuk makan..

Hari rabu tu kan amy da cek dgn pregnancy test tu tapi negatif..amy dengan fahmi macam caya tak caya je cakap doktor tu..terus balik dari klinik pergi beli lagi 1 pregnancy test..nak tengok sendiri result dia..balik umah tu terus test dan ternyata positif..Alhamdulillah..tenkiu Allah..Syukur pada anugerah-Mu ya Allah..smoga Kau pelihara kandunganku ini..amiin..

gambar sekadar hiasan.ihsan incik google.. =)

p/s--> Amy nak nasihatkan pada kawan2 yang datang period lambat lu cepat2 la pergi jumpa doktor..sekarang ni pregnancy test tu xberapa nak detect sebabnya pemakanan kita sekarang ni.. =)

.::Kerana Burger Zinger Double Down::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam lepas makan nasi amy tengok gambar burger zinger double down nie..tetiba rase nak makan..terus ajak hubby pergi beli..ktorang pun pergi la KFC kat sungai besi..beratur punya beratur, last-last sampai kat kaunter dia cakap burger tu da habis..uwaarggh sedihnya..amy pun terus belah..tak beli pape pun...lepas tu cakap kat fahmi dah habis..fahmi kate habis tu nak wat camne, nape tak beli menda lain..amy cakap taknak sb nak burger tu jugak.. =(

Lepas tu amy ajak fahmi pergi KFC kat TBS pulok, fahmi tunggu dalam kreta..amy sanggup jalan kaki sorang-sorang kut semata2 nak  beli burger tu..sampai je kat kaunter cakap burger tu dah habis jugak..uwaarrggh nape susah sangat nak dapat ni..dia cakap tinggal ayam jer..amy pun xde pilihan lain beli la snack plate tu..huhu dengan hati yang kecewa balik umah..

Agak2 bila la dapat rasa burger ni..=(

p/s--> harap2 arini de rezeki nak rase burger ni.. =)

October 13, 2012

.::Touch Typing::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam amy  tanya kat mane UTMSPACE kan, alhamdulillah dan terima kasih yang bagitau kat mane lokasi tu..tp sekarang ni amy da lega sebabnya pada asalmya amy nak drive sendiri tp last skali kereta opis ada 1 bijik..1 bijik lg husband kakak opis amy nak hantar..alhamdulillah lega..2 hari berkursus kat sana wah tak sabarnya..

Touch Typing ni kursus menaip dengan betul dan laju..actually amy dah boleh menaip tanpa tengok keyboard dan jugak monitor..juz tengok note n taip jer..sebabnya masa amy form 5 kat sekolah teknik aritu amy ambik subjek Asas Pemprosesan Maklumat..di mana guru kelas amy yang mengajar subjek tu..kami semua tidak dibenarkan tengok monitor semasa menaip..keyboard pun tak boleh tengok..kena tengok nota jer yang diletakkan di tepi  sebelah kanan..yang penting kedudukan jadi kena betul...cik Mat Yazaz seorang cikgu yang sangat garang jd ktorang pun takut la nak curi2 tengok monitor..kan tak pasal2 kenal rotan dengan pembaris..tapi Alhamdulillah jasa tunjuk ajar cikgu mat Yazaz geng2 ktorang dapat A1 exam spm =)

Alhamdulillah jugak berkat ilmu cikgu Mat Yazaz tu la amy dapat menaip dengan betul sampai sekarang..boleh praktik masa belajar dulu dan juga tuk kerja sekarang ni..amy pergi kursus ni pun semata2 nak dapatkan sijil jer..kalau korang nak tau bukan murah kursus ni tau..sorang pun dekat RM800..tp xpelah opis yang bayar..kalau nak pergi sendiri takde maknanya nak kursus beratus untuk 2 hari jer..hehe..

Insya Allah, nati apa yang amy belajar kat UTMSPACE tu amy ajarkan kat sini yer..mane tau kut2 boleh tambah ilmu kita..=)

kedudukan jari yang betul.. =)


p/s--> kena bawak gula2 byk2 tuk kursus nati... =)

October 12, 2012

.::Hitung tasbih cara Rasulullah s.a.w::.


p/s--> ilmu di hari Jumaat.. =)

.::Kat Mane UTMSPACE???::.

Hari isnin & selasa ni amy & 5 lagi kawan amy ada kursus kat UTMSPACE nie..kursus touch typing..dari kul 8 pagi hingga 5 petang..yang jadi masalah sekarang ni, kereta opis takde..semua dah fully booked tuk event2 lain..adoiyai kena pergi sendiri la jawabnya..amy tak berapa yakin nak drive kalau tempat yang nak pergi tu xkenal..tau2 je la jalan KL nie..silap masuk cabang habis la..dah la nak kena sampai on time..

Ade sape2 yang kenal tak kat mane UTMSPACE ni? ada lrt tak nak pergi sana..kalau de LRT leh pergi dengan LRT jer..
School of Professional and Continuing Education (UTMSPACE)
Bangunan UTMSPACE,
No. 195A, Jalan Tun Razak,
40450 Kuala Lumpur 

p/s--> ya Allah ya Tuhanku..Permudahkanlah urusan kami..=(

October 11, 2012

.::KFC Zinger Double Down..mesti cuba baru tau::.

Nampak cam sedap kan..nak kena try ni..


Info lanjut klik sini.. KFC Zinger Double Down

p/s--> bila agaknya leh try ni..huhu

October 10, 2012

.::Apo Kono Eh Jang versi Fida Ibrahim Feat Ac Mizal::.

Amy selalu dengar lagu ni kat radio..ingatkan perempuan yang nyanyi tu penyanyi asal lagu nie..rupanya fida ibrahim..ke memang lagu asal fida yang nyanyi?? confius sebab suaranya seakan-akan..memang kelas la fida n ac...best giler kut..


Jom layan...sangat best..

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko lalalalalalala =)

p/s--> nak download la..leh dengar acap kali =)

.::Masakan pertama si dia::.


Salam 1 Malaysia..

Harini amy nak tunjuk masakan pertama dari hubby amy untuk amy..nasi goreng jer..hehe..hubby amy bukan chef tp alhamdulillah sb dapat jugak rase masakan die..sebelum ni memang amy ingat fahmi langsung tak pandai masak sebab sebelum ni kalau nak masak megi pun dia kol amy tanya camne nak masak..last2 lepas kawin tau pulak masaknya..siap buat ayam berempah lagi..alhamdulillah dapat jugak merasa..=)

Nasi goreng ni fahmi buat masa awal2 ktorang duk rumah sewa..siap dengan goreng keropok keping lagi..kire da lama la cuma baru nak buat entry..xpekan sb xtau nak update apa..=)

 p/s--> rasenya sedap sgt..ikhlas..lepas ni boleh la masak lagi yer suamiku..luv u lots =)

 

  Alhamdulillah..cash out kedua dah complete..tengah tunggu cash out yang ketiga..sekarang masa tuk kumpul cash out ke empat..alhamdulillah...

Sape yang nak join says.com ni boleh la daftar sini..totally free.. 
Atau tuk keterangan lanjut leh add amy kat fesbuk.. http://www.facebook.com/amyliana.ramlan
Tak rugi kalau korang join.. =)

October 8, 2012

.::Baju Nabila Huda sama dengan Belinda Chee??::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam kecoh kat blog2 hiburan yang mengatakan Nabila Huda berpakaian seksi di Anugerah Blockbuster..amy tak ambik kesah sangat sebabnya menda tak gempak mane..lainla kalau Siti Nurhaliza berpakaian macam tu mesti orang herankan..cuma nak dijadikan cerita tadi amy duk belek2 paper TheStar nie..pahtu tertengok model dari Marie France Bodyline ni..Belinda Chee..cuba korang tengok baju dorang..sama tak?? lebih kurangkan,,.suratan tau kebetulan?? ecehh.. =)


p/s--> tp sejujurnya walau seseksi manapun nabila huda..amy tetap suka dia berlokon..sebab lakonan dia real..



Alhamdulillah..Harini earnings amy naik lagi..so cepat kawan2..daftar says.com.. klik sini jer.. http://says.com/my/fahmyliana/invite 

selanjutnya boleh klik sini

October 6, 2012

.::Berjalan sakan dengan duit earnings dari says.com::.

Alhamdulillah..
Cuba korang tengok entry sebelum ni?? amy post ari jumaat malam sabtu aritu..sebanyak RM145 kan..sekarang ni amy nak tunjuk earnings amy sekarang.. =) 

 
Tengok tu, rm175...alhamdulillah..rezeki dari-Nya.. =)

Sape nak daftar leh la daftar sini.. http://says.com/my/fahmyliana/invite 

Free jer.. kalau nak tau langkah seterusnya tengok entry sebelum ni...atau boleh add amy kat facebook amy.. http://www.facebook.com/amyliana.ramlan

Jumaat aritukan amy dapat earnings dari says ni sebanyak RM84..pahtu amy ajak hubby pergi jalan2..kitaorang pergi time square..berbekalkan RM84 tu amy belanja hubby amy..nak belanja sape lagi kan..enjoy dengan duit free je..=)

Pahtu kitorang pergi lah kat tempat game tu..pergi main game yg nak ambik patung..tapi 4 kali ktorang main langsung tak dapat..1 kali main RM1..4 kali main jadi la RM4.. =)

Pahtu ktorang pergi lak kat studio ambik2 gambar..beli token RM12..skali ambik gambar RM12..gambar 6 keping..siap boleh edit lagi..first time..sangat2 la jakun tp happy sangat2..bak kate fahmi, lain kali boleh ambik gambar lagi..=)

 

 Lepas tu ktorang pergi makan dekat food court..kalau dulu kat tingkat atas tapi sekarang ni dah kat LG..makan pulok kena topup kad..dah macam TBS dah..bertapa lamanya ktorang tak pergi time square sapaikan salah naik tingkat atas nak pergi makan..hehe..fahmi makan beef steak..amy lak makan chicken chop..habis dekat RM40.. =) gambar tak sempat nak ambik sebabnya henpon bateri low..uwarrgghh... 

Penat pusing2 time square ktorang pun balik...sebelum tu singgah kedai jap beli barang2 dapur...

Bestkan, jalan2 dengan duit free jer..so kepada sesape yang nak daftar tu daftar la sekarang..tak rugi korang daftar..semuanya terpulang kepada diri masing-masing..cuma ingat satu, rezeki takkan datang bergolek dan usaha tangga kejayaan..

p/s--> dapat duit cash out yg ke 3 leh pergi jalan-jalan pulok.. =)


October 5, 2012

.::Nak duit free tak?? kalau nak meh sini::.

Salam 1 Malaysia..

Harini amy buat gatal tangan nak bukak cimbclicks..bukak-bukak jer tengok eh nape ada duit banyak padahal sebelum ni tak sebanyaknya..cek-cek kat kalendar tu rupanya duit tu adalah duit dari says.com yang masukkan...sebanyak RM84.00..free2 je dapat duit..esok pulok hari minggu, jadi bolehla wat belanja hubby amy.. =)

FYI, amy dah dapat 2 kali cash out daripada says.com ni..
Cash out pertama pada 13/9/2012 sebanyak RM56 (selepas 3 hari daftar says.com)
Cash out kedua pada 4/10/2012 sebanyak RM84

Sekarang ni ada lagi di dalam akaun says..boleh cash out untuk kali ketiga n secara tak langsung tuk dapat duit bulan November pulok.. =)

Berminat nak DAFTAR????


Step dia senang jer..korang klik link kat atas tu atau boleh klik sini http://says.com/my/fahmyliana/invite ..lepas tu, korang bukak email yang korang gunakan semasa daftar kat says.com tu..

Lepas tu, cari email yang SAYS hantar..bukak email tu, klik link untuk pengesahan..(kalau tak klik kat email tu korang takkan dapat earnings sebabnya akaun korang tak aktif)..bila aktif jer akaun korang tu, korang akan dapat RM5..bestnya dapat free2 jer..dulu xdenya dapat RM5 tu..kirenya korang bertuahla..

Ok, lastly, bukak akaun says.com boleh la mula promote..

Senang jer, korang promote ikut fesbuk jer..jangan promote ikut blog yer nanti nuffnang marah.. =)

Selamat Menjana Pendapatan..

p/s--> amy punya nuffnang pun dah boleh cash out..hoyeehhh Alhamdulillah..tapi biar la dulu, tak nak cash out lg..cek earning yg nuffnang bagi selama tempoh berblog ni dah hampir RM300..Alhamdulillah...rezeki Allah..tenkiu Allah...

.::Kek persis Ustaz Don::.

Cantik tak kek nie? bila amy tengok kek ni rase cam waw cantikknya..cantik sangat-sangat..macam ustaz don jer..rupa-rupanya ni kek sempena ulang tahun pertama 30 minit bersama ustaz don...

Amy suka tengok citer ni..sebab ustaz don banyak ajar cara-cara solat dengan betul..kadang-kadang kita rase apa yang kita buat tu betul tapi rupanya sebaliknya..itulah hikmahnya bila kita tengok temubual dan bicara bab agama ni..

p/s--> tak sanggup nak makan..sweet sgt2... =)

October 1, 2012

.::Pasang UNIFI dapat percuma COKLAT dr RIDOMA CHOCOLICOUS::.

Salam 1 Malaysia...

Apa khabar semua..harap baik-baik yer..2 minggu lepas rumah amy dah pasang UNIFI..ambik pakej yang paling murah sekali..RM149 sebulan..untuk amy dengan fahmi je pakai..tak perlu yang mahal2kan..yang ni pun dah cukup laju dah..=)

Actually, amy tengok iklan ni dekat facebook RIDOMA pahtu tengok link BLOG beliau....menawarkan pasang unifi free kemudian dapat percuma homemade coklat..coklat keluaran dia..amy dgn fahmi memang niat dah nak pasang unifi..then bila tengok iklan tu terus amy call fahmi..fahmi kate ok amy pun msg la ridoma..malam tu jugak dia ajak jumpa untuk isi borang..ktorang pun pergi la jumpa dekat TBS (Terminal Bas Selatan)..

Tak sampai seminggu lepas tu datanglah 2 orang dari wakil TM tuk pasang unifi kat umah amy..;epas tu terus guna..mula2 pasang tak kena cas 1 sen pun..hehe..suka sangat guna unifi ni sebab laju sangat-sangat..yang paling best tengok you tube langsung tak sangkut n tak yah tunggu loading lama-lama..

Seperti yang dijanjikan, pasang unifi dengan Ridoma akan dapat hadiah percuma dari Ridoma Chocolicous..actually dia hantar melalui post pahtu masa posmen hantar tu takde orang kat rumah..jadi posmen tu tinggal la kad n kena g ambik bungkusan tu kat pejabat pos sungai besi...excited nak g ambik..bangun je tido terus pergi pejabat pos..

Nak tengok bungkusannya??? ini dia..

Yang tak tahan tu dia tulis Amy Liana Blogger..haha..mesti posmen ingat ayah amy nama blogger.. =)


 
Tu la coklatnya..siyesly amy nak bgtau korang yang coklat dia sangat2 la sedap..bukan puji sedap sebab dapat free tp memang betul2 sedap..ada pelbagai inti kat dalam..apa yang paling best inti badam hancur..sedap sangat macam makan feriroroce.. =)

Ok la, sesiapa yang berminat nak pasang unifi boleh la contact ridoma ni kat fesbuk dia..RIDOMA..nanti boleh la makan coklat free..FYI jugak, ridoma jugak terima tempahan coklat untuk majlis2 perkahwinan, pertunangan dan sebagainya..  =)

p/s--> k r nak layan you tube lok..tadaaa.. =)

Iklan Berbayar