Produk Terlaris..

August 29, 2012

.::Sape nak duit lebih???3 hari jer dapat RM50 lebih::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam amy ada buat entry pasal says.com ni kan..mula2 sekali amy nak tunjuk 1 gambar kat korang..


my earnings

Kalau nak tau, ni hasil 3 hari amy daftar says..xpayah pun..juz sign up..FREE JE..lepas tu bg kawan2 rapat klik..ajak kawan2 rapat tu join skali then klik mengelik..bantu membantu..ala tak banyak pun..sehari dalam 3 iklan jer..hehe..jom sign up sekarang..

SIGN UP HERE

jangan lupa klik iklan amy yer.. =p







p/s--> terima kasih kerana sudi menderma.. =)

August 28, 2012

.::Jom kita pakat daftar says.com::.

Salam 1 Malaysia..

Lama blog xberupdate rasenya..mud kurang sikit..kalau mud meroyan mai mesti 3 4 entry dalam sehari..hehe..ok hari ni amy nak share something dengan kengkawan blog..sebelum tu amy nak tanya korang dah daftar says.com ni ke belum? kalau belum daftar leh la sign up sekarang kat sini..



Amy baru je join says ni 3 hari termasuk arini..join pun sebab kawan amy si mama nina ashhaiqal ni la selalu duk share link kat fesbuk..says ni lebih kurang nuffnang jugak la..cuma says ni kita boleh share kat fesbuk..nuffnang lak kat blog..2 hari amy join says amy dah dapat earning RM35.40..dia sama jugak dengan nuffnang..bila earning dah cukup RM50 baru dia akan bank in kat kite..

Caranye mudah jer..kita juz daftar kat sini..lepastu, aktifkan link yang dia hantar kat email kita tu..then login akaun says..pergi kat recomendation tu..korang akan nampak kotak iklan kecik2..jangan ambik yg tulis complete kat bawah kotak tu sb iklan tu dah habis..korang ambik kotak yang ada tulis RM dan berapa Hari lagi tu jer..Klik kat kotak iklan yg still running lepastu share it..ambik link yg dia bagi juz copy paste kat wall fesbuk kita..mudahkan..

Tapi says ni ada limit..contoh 1 iklan limit untuk kita RM10 jer..maknanya kalau iklan yang 20sen perklik hanya 50 orang klik je diambik kira..ada jugak iklan yg 40sen perklik..kalau 100 orang tolong klik pun korang xkan dapat lebih..dapat setakat yg dia limit tu jela..kalau nak lebih better korang sign up churp-churp..yg tu unlimited..=)

Cara cepat nak dapat duit..setiap iklan ada limit kan..ada yg bg kita 1 iklan RM5..RM10 n RM30 n dll..korang mintak je kenalan rapat korang klik..contohnya mintak adik abang kakak ke sedara mara tok nenek moyang ke klik baru cepat naik earning..hehe..earning di update dari semasa ke semasa..boleh kate sejam sekali kut..

Jangan lupa klik iklan2 amy ni yer..toce2..nati amy banje makan ais krim MALAYSIA.. =P









p/s--> orang memberi kita menerima..rezeki jangan di tolak..usaha tangga kejayaan..tak susah nak susah tak senang nak senang..peace.. =p









August 23, 2012

Salam Aidilfitri 2012..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..untuk raya taun ni amy pilih warna biru..sedondon dengan hubby..first time beraya dengan suami..sebelum ni kalau raya boleh wish selamat hari raya ikut mesej je kan so sekarang dah boleh beraya bersama-sama..bermaaf-maafan..bersalam-salaman..happy sesangat.. =)


Snap dulu sebelum ke rumah sedara mara kat besut.


Sedondon jgk dengan adik ipar. =)

Fakhri & Fahmi..

Kepada kengkawan blogger n kengkawan yg kenal diri ini, selamat hari raya amy ucapkan dan maafkan amy andai ada salah silap dan terkasar bahasa..amy susun sepuluh jari memohon keampunan dari hujung rambut ke hujung kaki..selamat hari raya maaf zahir dan batin..


p/s--> hari ni dah masuk kerja..mud kerja tersangatlah kosong..uwaarggh sedihnya tengok orang tak sampai separuh pun kat opis nie..huhu..nk g usha suasana raya korang jap.. =)

August 17, 2012

.::Selamat Hari Raya Aidilfitri :: Maaf Zahir & Batin::.

Salam 1 Malaysia..

Hari ni last kerja..malam ni baru gerak balik kampung..orang lain semua dah balik kampung tp amy still duk opis lagi..huhu.. amy xleh ambik cuti lama sebabnya dah ambik banyak masa cuti kawen aritu..raya kelima dah kena masuk keje..uwaarggh sedihnyer sb hubby cuti seminggu.. =(

Di kesempatan ini amy & fahmi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin..mohon ampun segala salah silap dari kami..manelah tau kut ada terkasar bahasa selama kenal dalam dunia maya nie kan...semoga raya kalian tahun ni lebih meriah dari sebelum2 nie..insya Allah..


Kenangan Sambutan hari raya di opis tahun 2009

p/s--> blog ni pun akan bercuti raya.. =)


August 16, 2012

.::Perangkap Had Laju terbaru di Lebuhraya::.



Inilah PERANGKAP LAJU terbaru yg dipasang di besi penghadang jalan di lebuhraya. Ianya diletakkan kamera perangkap laju tersembunyi…..

Senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita mestilah memandu dengan berhati-hati… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

PLUS Arah Utara
■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/ Utara
■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/ Shah Alam exit
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■ Under the overhead restaurant at USJ/ Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h NKVE Arah Timur/Utara
■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,80km/h
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan
■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesa – Klang
■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only

Leburaya Pantai Timur
■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end. Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction
— with Oryza Toms.

p/s--> info ni ambik dari rakan facebook..so kat berwarna merah tu kena sruh fahmi slow la =)

.::Tutorial :: Anyam ketupat::.



Korang pandai buat?? sejujurnya amy xpandai anyam daun nie..dah banyak kali belajar dengan mak tp tetap tak pandai..adoiyai..baru jumpe gambar ni dalam fb td..so boleh la cuba slow2 pahni..manela tau kut2 jd kan..hehe..

p/s--> nasib dah de ketupat segera sekarang ni..rebus n hidang.. =)

August 14, 2012

.::Diskaun hebat Kadar Tol Raya Aidilfitri + Merdeka::.

Salam 1 Malaysia..

Bila korang balik kampung?? amy balik 18 hb..dalam kul 12 tengah malam tu kut..hubby xnak balik terus lepas balik kerja..katanya jalan masa tu jem giler..letih katenyer..huhu..korang tau tak tol ada bg diskaun musim perayaan n kemerdekaan? meh kita tengok diskaun tol kat destinasi korang..amy punya destinasi Terengganu..amy balik 18 hb so ada diskaun tol la..hehe..biasanya kalau balik Terengganu duit untuk tol saje dalam RM30 kut..kat gombak RM5..tol kat Karak RM3 pahtu tol kat jabur RM21.. =)

Destinasi amy 30% kut..banyak tu..tapi kalau bg free mesti lagi bestkan..hehe..ni la orang kate..bagi betis nak peha..hehe..papepun yg penting semoga kawan2 semua selamat sampai ke kampung halaman masing2.. =)



p/s--> 30%?? banyak tu diskaun.. =)


August 13, 2012

.:satu malam yg sunyi::.

Tajuk xleh belah kan..hehe..saje wat gempak..alkisahnya, malam tu amy dengan fahmi balik dari uptown dana kota..pahtu fahmi berhenti la singgah nak beli makanan untuk buat sahur..masa tu dalam kul 12 malam kut..fahmi pun parking kereta kat depan kedai makan kat rumah ktorang tu..parking betul2 depan rumah orang..amy tak ikut fahmi keluar sebab amy ngantuk sangat kononnya nak tidur dalam kereta..sian hubby...=)

Fahmi pun tunggulah makanan kat kedai..sedar tak sedar amy terlelap dalam kereta..tengoh sedap2 tidur tiba2 amy dengar orang ketuk pintu..kejut tiba2..ingatkan fahmi ketuk nak masuk dalam kereta rupanya ada sorang perempuan ketuk pintu..biasanya tiap kali fahmi tinggal amy dalam kereta dia pesan suruh kunci pintu sb tu amy ingatkan dia ketuk nak masuk kereta..huhu..amy pun bukak la pintu tu sb ingatkan tuan rumah yg amy parking kereta tu..manelah tau kut2 nk buat keluar kereta kan..bukak je pintu tanya dia kenapa, last2 dia tanya amy ada duit rm2 tak..nak buat telepon katenya..amy pun suruh tunggu kejap pahtu cepat2 tutup pintu n kunci..tengok macam orang tak betul je takut jugok amy..tapi nak kate tak betul siap ada anak lagi..tahlah...kunci pintu terus panggil fahmi..perempuan tu still lagi tercegak kat sebelah pintu amy..perasaan takut giler..fahmi pun mai kat kereta pahtu bagi duit kat dia then dia pun lari..selamat...=(

p/s-->pengajaran lepas ni kena ikut je hubby g mane2 n taknak duk dalam kete sorang2 lg..takut..huhu..

August 10, 2012

.::Ustaz Don nak kahwin::.

Salam 1 Malaysia..

Hari ni ari jumaat so waktu rehat yg teramat panjang blog walking je la..baca punya baca terbaca pasal kad kahwin ustaz don dengan tunangnya yg bernama Husna Zahry Rafie..

Tahniah buat Ustaz don n tunang..semoga majlis berjalan lancar..mengikut info yg amy baca. mereka akan kahwin 25 Ogos 2012 di Penang dan di Kajang pada 1 September 2012..wallahualam..kita tunggu jela pengumuman dari Ustaz pemes nie.. =)



p/s--> Lelaki baik hanya untuk perempuan2 yang baik.. =)

August 8, 2012

.::Rumahku Syurgaku::.

Salam 1 Malaysia..

Harini dah masuk 2 hari amy duk bersama fahmi..rumah still kelam kabut..kain baju tak tersusun pun lagi..huhu..semalam amy kemas kat dapur..susun pinggan mangkuk..gantung sodek2 periuk kuali..boleh kate dah settle la sikit bahagian dapur..cuma tong gas tak beli lagi..ada tong gas nanti leh la main masak2 pulok..hehe.. =)

Plan malam ni pulak nak gantung langsir..mak ai macam nak raya lak kan..padahal naik rumah baru..xpela 2 dalam 1..hehe..ingatkan malam td nak gantung langsir tp tak boleh..sebabnya besi yang gantung langsir tu dia buat 1 line jer..maknanya untuk belah luar jela leh gantung kat besi tu..tuk kain langsir yang dalam terpaksa pakai dawai..so kena tunggu fahmi beli dawai dulu la baru leh gantung langsir tu..(langsir tema purple..curik omak punya..jimat..hehe)

Letih memang letih bila nak naik rumah baru nie..bayangkan nak angkat barang ke tingkat 15..nak naik turun lift lagi..huhu..tapi xpelah..letih skali ni jer..yang penting dah duk bersama suami tercinta..turun kerja skali walaupun gerak asing2..boleh salam sebelum kerja..solat berjemaah (leh jadi iman laki aku upanya..Alhamdulillah syukur..)..pergi bazar sama-sama then boleh bukak puasa n sahur skali..banyak hikmah dia..2 bulan lepas kahwin baru leh duk serumah..huhu..apapun alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan kami..


Keluarga Bahgia..Insya Allah..

p/s--> nanti boleh la datang beraya rumah amy yer.. =)

August 7, 2012

.::Baskin Robbins : Free Ice-Cream on 8th August 2012 from 8pm-10pm::.::.


.::Penat::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua? harap baik2 yer..3 hari cuti n 3 hari jgk blog ni xberupdate..balik kampung punya pasal..hehe..bila duk kat kampung mud tuk blogging terus hilang..hari jumaat balik terengganu n isnin bertolak balik kolumpur..semalam jugak kitaorang naik rumah baru..sekarang ni amy n suami dah pindah kat sungai besi so sekarng xperlulah jadi wife n hubby weekend lagi sb dah duk serumah..alhamdulillah...malam tadi sampai je rumah baru ktorang angkat barang..mula2 angkat barang dalam kereta fahmi lepas tu angkat dalam kereta amy..bayangkan angkat ke tingkat 15..adoyai memang letih giler..dekat kul1 pagi baru nak settle..padahal xde prabot pun..xtau la nape yg banyak sangat..tp tak kisah la janji dah leh duk bersama..=)



p/s--> rase cam nak sambung cuti jer tp cuti dh hbs..huhu..

August 3, 2012

.:: Alhamdulillah..Abby Abadi & Memey Suhaiza dah berbaik..::.



Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila mereka mahu menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini. Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.

“Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.

“Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.

“Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit ‘yeay! Mummy dan mama dah baik!”. Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini,” ceritanya ketika dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Tambah Norman, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak dan bersyukur kerana doanya untuk melihat bekas isteri dan Memey menghapuskan sengketa terlaksana dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.

“Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ‘ ini rahsia perempuan’.

“Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.

Menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

“Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.

“Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama,” tuturnya.

Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, pelakon itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.

“Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.

“Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

“Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan,” katanya.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. – Mstar sumber

p/s--> Alhamdulillah..berbaik jugak akhirnya..bulan baik ni..nanti boleh la beraya bersama2..hehe..mane tau kut2 jodoh abby masih kuat lagi dengan norman kan..doa2kanlah..=)

August 2, 2012

.::Eren :: Pergi Tanpa Alasan::.



Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi

Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku luksikan cinta di hati tak terbatas lagi
Cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku
Hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

p/s--> lagu yang berulang2 kali dengar kat suria.fm..nasib sedap lagu nie.. =)


.::Cara-cara buat cili or lada jeruk::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam amy baca paper..lepas tu terbaca la cara-cara buat lada jeruk nie..senang sangat2..emak amy selalu buat tp amy xpernah lak tanya camne..rupanya mudah jer..kalau beli mee goreng kawah kat pasar malam tu selalu dorang letak cili jeruk ni kan..sbnya tersangatlah sedap..jom kita buat sama2..mudah jer..

1) Pilih cili daripada jenis pendek dan gemuk. cili camni lebih pedas dan lebih memikat selera..Basuh cili dan keringkan..

2) Hiris cili bila cili tersebut benar-benar kering..Buang biji, tapis cili yang sudah dipotong bagi buang bijinya..Semakin kurang cili semakin tahan lama jeruk tu..(ayat hipotesis..hehe)


4) Pilih Botol kaca..masukkan cili ke dalam botol kaca..Jika botol plastik, cuka akan bertindak balas denga plastik. Kemudian, masukksan satu sudu gula pasir.Pastikan cuka menenggelamkan seluruh cili.



6) Siap.. selepas 3 jam, cili jeruk ini boleh dinikmati..


Yummy2..makan dengan mee sup, mee goreng, maggi n segala mee n kue teow sedap nie =)

p/s--> gambar semua ihsan incik google.tq incik google. =)

August 1, 2012

.::Selamat hari jadi Ayah::.

Salam 1 Malaysia..

Ogos muncul kembali..ramai orang yg amy sayang lahir pada bulan ogos nie..antaranya, Suami amy 18 ogos, ayah 1 ogos, adik (nieja) 17 ogos, adik (ayie) 19 ogos dan amy sendiri 8 ogos...anak2 leo.. =)

Bersamaan 1 ogos ni amy nak ucapkan selamat hari jadi yg ke 50 tahun untuk ayah amy ..

Semoga sihat selalu..
Semoga dimurahkan rezeki..
Semoga bahagia di dunia akhirat..
dan yg penting semoga dirahmati Allah selalu....Amiin...


Ayah di malam akad nikah amy & fahmi..

Gamabr raya Aidilfitri taun lepas..Ayah dengan adik2 amy n anak buah amy..

p/s--> luv u so much.........

Iklan Berbayar