Produk Terlaris..

July 31, 2012

.::Pajeri Nenas Kuning versi Mak Mertua Amy::.

Salam 1 Malaysia..

Harini amy nak share resipi masakan mak mertua amy..mudah n sangat2 ringkas..xsampai 5 minit dah masak dah..ma masak pajeri nenas ni masa hari pertama bukak puasa masa ktorang balik kampung aritu..tengok simple je tapi sedap sangat..

Masa nak balik kajang aritu, abah fahmi bagi nenas so amy buat la pajeri nenas nie..nasib baik jadi..hehe..meh sini amy share resipinyer..

Bahan-bahan
Nenas sebiji..
Kulit kayu manis, bunga cengkih, ketumbar (ala yang orang jual dalam plastik tu..50sen 1 kut)
Garam, Gula, Kunyit
Minyak Masak
Air

Mula2 panaskan minyak masak dalam kuali..
Lepastu tumis kulit kayu manis,ketumbar,bunga cengkih n dhe geng tu..
Masukkan sedikit air..tp kalau nak kuah banyak letak banyak yer..
Pahtu masukkan kunyit debu, garam n gula secukuprasa..
Nak pedas letak cili padi..
Kacau n hidang...siap =)


Hasilnyer macam ni la..tp ni gambar ihsan cik google..yg ktorang buat lupa nk snap..hehe..

p/s--> simplekan..yummy2..selamat mencuba..sodaaappp.. =)

July 30, 2012

.::Mae Nak & The Dark Knight Rises biasa2 ajer::.

Salam 1 Malaysia..

Hari sabtu baru ni amy n fahmi g tengok citer Mae Nak ni..ktorang tengok kat alamanda, Putrajaya..mula2 fahmi nak tengok Batman tu tp amy nak tengok Mae Nak nie..tengok macam seram jer..hantu thailand kan..last2 tengok hampa la..tak seperti amy jangkakan..ngepek fahmi katenya tak best langsung..huhu..tp memang bagi amy citer ni langsung xbest..kalau di bagi bintang rasanya takde bintang kut..tp pada pendapat korang xtau la kan..pendapat masing2..



Walaupun hantu banyak kali keluar tapi xde rase takut sangat..biasa2 jer..jangan pandang belakang lagi best kut..hehe..tp siyes la, sekali tengok pelakon thailand ni macam fasha sandha..comel sangat... =)



Hari ahad (semalam) amy n fahmi g tengok citer ni..The dark Knight Rises..amy panggil batman 2012 je la senang..kitorang g tengok kat The Mines..siap naik bot bagai lagi tu nak ke The Mines..hihi..bagi amy citer ni pun macam kureng sikit la..xtau la nape..dah la lama citer dia dekat 3 jam..huhu..kalau korang nak tau citer dia best ke tak korang pergi la tengok..tapi td amy baca paper cakap citer batman yg ni ramai orang kurang suka..spiderman aritu wlaupun kureng tapi best dari citer ni la..huhu..

p/s--> cintailah filem tempatan..hehe..

.::Header Baru :: Dulu Single Sekarang Double.. =)::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua..smoga semua sihat yer..2 hari tak bukak blog..biasalah kan wife weekend..hari minggu jumpa hubby la..sedih..huhu..tp lepas ni tak jd wife weekend doh sebab dah jumpa rumah sewa..minggu depan kami boleh duk sama-sama..alhamdulillah.. =)

Mulai harini blog amy berheader baru..dulu kan single sekarang double..so amy tukar la header amy..baru semangat sikit nak berblog..alasan semata2..hehe..



Ni la dia header baru amy..amy tak buat sendiri tau sb amy bukan yg jenis kreatif..amy tempah dengan blogger jugak..blogger Myravea..header yang lepas pun amy tempah dengan myra ni jugak..hehe..sb amy suka design die..sesape nak tempah leh g kat fb dia..Myravea..murah..RM15 jer (ala, guna duit nuffnang bagi tu..hehe)..



Header lama...Tinggal kenangan... =)

p/s--> nanti dah de anak nanti agak2 kena tukar pulok header nie..hihi..

July 27, 2012

.::shopping raya kat kenanga wholesale city::.

Salam 1 Malaysia..

Camne pose arini? dah tinggal belum? hehe..soklan cepu emas..tadi amy n d geng pergila shoping kat KWC nie.first time pergi sana..tu pun nasib baik pergi anjuran opis n naik bas opis..kalau tak xdenya amy nak sampai sini sb tak kenal jalan..tapi memang betul la kate orang..pergi sana otak jadi giler..giler nak membeli..hehe..memang murah2 giler baju kat sana..tapi kalau beli borong lagi murah..kalau tak caya pergila sekali kat sana..

Ktorang bertolak dari opis kul 11.30..dalam 12 lebih sampai kat KWC..kul 2.15 petang kena ada dekat bas balik..maknanya dalam 2 jam je la masa tuk ktorang borong baju..amy jalan dengan sarah n wan..masing2 duk kalut pilih baju kurung..amy pun sama..amy beli untuk adik2 jer sepasang sorang..untuk mak n ma beli kain pasang je la..nanti mak boleh jahit sendiri..hehe..

Amy sampai je KWC amy ambik duit RM500..tu bajet tuk beli baju raya 3 orang adik perempuan amy,tuk mak n ma skali..lepas tu, amy beli baju kurung yg dah siap jahit 4 pasang..jubah 1 pasang dan 1 handbag..bilang2 duit balance ada dalam purse RM300 lagi..lepastu amy kira la duit habis dalam RM220.00 jer..bayangkan murah tak murah kan...jimat duit amy..hehe..

Kepada yang nak buat bisness online tu boleh la beli barang kat sini..sebabnya kalau kat sini harga dia lagi banyak lagi murah giler die bagi..contoh td ada baju kurung (baju kurung kain siffon lining bersiap manik leher n lengan n berkain duyong)..harga dia rm120 sepasang, kalau beli borong (3 pasang) harga jadi RM180..ni bermakna sepasang jatuh harga RM60 je..jimat kan..so korang pegi la 3 orang..beli satu sorang..leh harga borong..hehe..

Untuk handbag pulok, kalau korang beli satu harga RM40.00 tapi kalau beli borong (12 biji) jatuh harga RM18.00 sebiji..untung tak?? kalau korang minat bisness online leh la borong kat sini...tadi kawan amy beli borong tuk jual online pahtu amy beli la satu tumpang yg kawan amy punya...so dapat la dengan harga RM18 tuk handbag ni...murah kan..rembat jela..tp bukan nk buat raya yer cik hubby..raya nak yg lain..hehe..contoh handbag amy beli tadi tp warna je lain..

Beg amy warna coklat..

Kalau korang nak jual purse kan, ala yg biasa korang tengok kat uptown RM10 tu..harga borong dia jatuh RM6.50 je sebiji tp kena beli borong la dalam 12 biji..bayangkan setengah kedai jual harga RM15 sebiji..untung berapa kat situ kan..memang untung giler la..Adik amy bukak kedai eksosori perempuan & lelaki kat kampung, nanti leh la amy suruh dia mai beli barang2 kat sini..=)

Kitaorang sampai opis kul 2.45..ngam2 habis waktu rehat..kul 3 terus kitaorang ke bilik Auditorium..dengan ceramah bulan ramadhan bersama Ustaz Iman Muda Ashyraf sampai kul 5..then punch card balik umah.. =)

p/s--> hati dah tenang bila baju raya adik2 dah beli.. =)

July 26, 2012

.::Lycra Maxi Dress koleksi amy::.

Bila duk main facebook..macam2 menda la orang nak tag kan..tag baju la..kuih la..kuali ajaib la..ubat kurus la n macam2 lagi..bulan lepas orang duk tag baju maxi dress nie..lama2 orang taq jadi berkenan lak kat 2 helai nie..dah sekarang kedai kat hujung jari jer so amy pun bukak cimbclicks order 2 ni n tunggu posmen hantar jer..kalau ikutkan banyak lagi yang berkenan tapi kerana kengkangan wang..hikhikhik..cukup la 2 je kan..lagipun fahmi kate jubah lagi cantik dari maxi dress ni..so lepas ni beli jubah jela kut..hihi..



Ni lah dia maxi dress koleksi amy.. =)

Harganya murah jer..RM70 sekali dengan postage..kalau nak beli boleh ke link ni.. Airisya..

p/s--> kalau xnak seksa diri..kena block semua yg jual baju nie..huhu

.::Shopping @ Kenanga Wholesale City (KWC)::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua..harap baik2 semua yer..korang pernah dengar tak Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur? dengar kate kat situ baju murah-murah..tapi kalau beli borong la..tak kisah la mahal ke murah ke, janji pergi cuci2 mata dulu..manela tau kut2 ada yang berkenan kan..leh la terus beli..

Esok insya Allah amy n geng2 naik bas opis pergi shopping sana..dalam 20 orang..insya Allah..plannya dalam kul 11.30 pagi bertolak pergi sana..balik tak tau la tu..esok kan hari jumaat..waktu rehat 2 jam 30 minit..hehe..Kalau diikutkan senarai nama amy tak dapat pergi..sebab amy lambat daftar nama..pendaftaran ditutup sebab penuh..sebuah bas tu muat 20 orang jer..tapi nasib amy baik sb kawan amy si yana ni xboleh pergi..yana ada kerja sikit jadi dia offer la kat amy..so boleh la amy g sana esok..insya Allah..

Memandangkan semalam dah dapat gaji dan tambah pulak kerajaan dah umum nak bagi bonus raya separuh gaji jadi esok boleh la shopping sikit2..baju raya untuk diri sendiri xbeli lagi..untuk suami..mak..ayah..ma..abah..adik2..anak2 sedara..adoyai..ramai tu tp xpela skali setahunkan..apa yang penting tengok dorang happy..=)

Amy google nama tempat tu ini dia bangunan dia..betul ke? tunggu jela esok amy.. =)

p/s--> tak sabar nak raya tahun ni..al-maklumla, tahun pertama raya bergelar isteri..=)

July 25, 2012

.::Penjawat awam dapat bonus setengah gaji..Rezeki Allah sape tau kan..alhamdulillah::.




p/s--> Alhamdulillah...dapat gok merasa..tenkiu Allah...

.::Kadar Zakat Fitrah 2012 | 1433 H ::.



p/s--> jangan lupa bazar zakat yer..kalau dulu amy tiap-tiap tahun ayah yang bayarkan sekarang ni dah jadi tanggungjawab suami... =)

July 24, 2012

.::Video Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) ::.



Bertuahnya budak 2 orang ni kan..muda2 lagi dah sampai jodoh mereka..tahniah buat syafiq dan yana..semoga menjadi suami isteri yg soleh solehah dan berkekalan ke akhir hayat...amiin...



p/s--> Tengok video ni ingat masa buat outdoor aritu..ambik gambar kat celah2 pokok..sweet memori.. =)

♥ ♥ Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥♥

♥ Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

From Facebook
Fahmi Hijazi
about an hour ago



p/s--> msg dari incik suami..hihi..memang bertuah menjadi seorang wanita..

July 20, 2012

.::Jom kita niat puasa untuk sebulan terus::.



p/s--> untuk mengelakkan lupa baca niat puasa..better kita baca niat untuk sebulan terus..selamat berpuasa. =)

July 19, 2012

.::Alahai, Bapak Mertuaku::.

Salam 1 Malaysia..

Tengah mengaji tadi dengar bunyi tepon...amy pun ambik la henpon yg duk kat tepi amy pahtu baca jap..nak tengok sape yang hantar msg..ingatkan suamiku rupa-rupanya bapak mertuaku..hihihi..

Mesej Abah : Abah taruh cepedok ke mi, mi dok balik ko? translate kut KL (abah simpan buah cempedak ni, mi tak balik ke?

Mesej Amy balas : Abah taruh cepedok? Ok, malam esok mi balik.. =)

Tergelak amy baca msg tu..terharu pun ada gak..sweet je kan..sebenarnya, abah tau amy suka makan buah cempedak..so dia simpan la kut..padahal rindu kat menantu dia ni kut sb tu mesej tanya balik ke tak tu padahal 2 minggu lepas baru jumpa..(perasan kan..kikiki) xpe skali skala nk perasan sendiri..


my beloved father in law..

Incik Suami :: Bapak Mertua :: Abg Ipar.. =)

Kalau ikutkan amy n fahmi taknak balik kampung pun awal ramadhan nie..takde plan pun..lagilah akhir2 bulan ni kan..ingatkan nuzur quran nanti cuti 3 hari baru nak balik puasa kat kampung..last2 petang tadi fahmi kate nak balik ganu malam esok..amy apa lagi..happy la..sebut balik kampung kan..wah tak sabarnya nak balik kampung..tak sabar tunggu esok..nanti boleh la buka puasa dengan family family amy..=)

p/s--> terus menghitung waktu...lambatnye malam esok..tak sabar dah nk balik ganu kiter ni..

.::Jom jahit baju kurung::.

Ramadhan kian menjelma n pasti diikuti dengan Syawal..apa lagi, baju raya la kan...hehehe..jom belajar jahit baju kurung..senang jer..atas rajin dgn malas jer..hehe..

Amy dulu pernah la jugak jahit baju kurung tuk sepupu2 amy yang kecik2 tu..masa tu emak amy ajar amy jahit baju..nak kate pro tu tak lah tp boleh la n nampak la rupa baju kurung tu..cuma amy tak selalu praktik n xberani nak ambik upah..

Asal-asalnya moyang amy tukang jahit..turun ke nenek amy n sekarang mak amy tukang jahit, mak amy nak ajar kat amy tp amy malas sikit..hehe..tp skrang ada gak angan2 nak belajar lebih lg dalam bidang jahitan nie..insya Allah satu hari nanti...setakat ni pun amy reti baju kurung dgn seluar jer..baju melayu xbelaja lg dengan mak..harap2 1 hari nanti dapat la belajar..boleh wat bisnez..hihi..

Jom belajar jahit baju sama2..

1) Mula, cantumkan bahagian lubang leher dan badan baju
2) Kekek dicantumkan dengan pesak..kalukan seperti diatas
3) Cantumkan bahagian pesak dengan lengan
4) Cantumkan pesak ke badan..seterusnya hahit di bahagian hadapan dan belakan baju kurung..(kalau nak senang..ambik dari atah bahu n terus ke bawah..)

siap....mudah bukan..selamat mencuba=)

p/s--> mak tgh jahit baju amy 5 pasang kat kg tu..bukan wat raya tp kerja..hadiah dr sedaramara masa kawen aritu =)

.::Relevankah "handset" di sekolah?::.


sumber google..

p/s--> boleh jadik jugakkan.. =)

.::Program Ramadhan kat opis::.

Salam 1 Malaysia..

Sekarang ni selalu je hujan,.balik kerja n pergi kerja mesti hujan..hujan nak sambut ramadhan kut nie..=)..tadi amy godek2 email..pahtu nampak email dari biro agama tempat kerja amy ni hantar program pada bulan ramadhan nanti..

1) Program Tadarus Al-Quran :: Setiap hari bermula jam 12.45 tengahari sehingga 1.45 petang (kecuali hari Jumaat)

Insya Allah, harap2 dapat join tadarus al-quran nie..lagi2 la di bulan yg berkat ni kan..

2) Program Ceramah Ramadhan..

27 Julai 12 ceramah bersama Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan bertajuk Rahmat Ramadhan.

3 ogos 12 ceramah bersama Ustaz Salahuddin Mohammad dari Dewan Bahasa & Pustaka bertajuk Keberkatan Ramadhan.

10 ogos 12 ceramah bersama Ustaz Johari Abdul Wahab dari JAKIM bertajuk hukum hakam ibadah puasa..


p/s--> di bulan yang mulia nanti..sama2lah kita cari keberkatan dari-Nya..

July 18, 2012

.::Di I-City 4 MAJLIS PELANCARAN KIBARKAN JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR::.

Salam 1 Malaysia..

Malam tadi amy n 9 lagi kawan opis amy kena g i-city tuk MAJLIS PELANCARAN KIBARKAN JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR....kiranya ktorang pergi sana ni wakil dari LLM la..tuk memeriahkan majlis katenya..dan jugak dikira kursus tahunan..huhu..kul 7.30 ktorang dah gerak ke shah alam..naik van LLM..kitaorang sampai je sana ambik tempat duduk dan tiap sorang satu dapat bendera Malaysia..bendera tu dah siap2 ada atas kerusi thats mean tuk kita la kan..=)..bila Datuk Sri Noh Omar tu sampai je ktorang pun nyanyi la lagu Negaraku, 1 Malaysia n Jalur Gemilang sambil kibar bendera tu..semangat 1 Malaysia la katakan..

Lepas tu ktorang pun g ronda2 sambil2 cari makan..kat majlis tu ada sediakan makanan tp ktorang malas nak berebut dengan orang awam walaupun tak ramai mane malam tadi..lgpun tengok menu dia bihun goreng n sanwich jer kut(xpasti sb tgk dari jauh)..

Ni kali ke 3 amy ke i-city..dah banyak perubahan dah..aritu masa amy pergi xde permainan, snowwalk n sbgainya la..sekarang ni macam2 ada..kalau dah de anak tu leh la bawak jalan2 sini..lepaskan stress org kate..

Pahtu, amy dengan sarah naik kereta yg pusing i-city..apa tah nama die..1 pusingan rm20 tuk 2 orang..nampak macam best je naik menda alah tu..tu yg ktorang naik..naik2 je rase macam duk korea (bak kate aida) , sbnya lalulu tu ikut celah2 lampu pokok..dlm kete tu pulak pasang lagu korea..lagilah suasana tu terasa..

Lepas main tu kitorang pun g la makan kat KFC 4 orang..pekena snate plat dulu baru puah hati..hehe..odw balik tu, kawan2 lain yg tak makan lagi kat i-city ajak singgah bistro kat shah alam..amy minum teh tarik jer..g bayar harga dia rm2.50..bapak mahal tuk secawan teh tarik..pahtu tu gerak balik..kul 12 malam baru sampai rumah..

Nak letak gambar tapinya, sampai je sana bateri hanphone amy habis..adoi..frust..tp xpela..still ada gmbar dgn kawan2 yg lain.. =)


Kenangan di I-City 26.6.2010 bersama incik hubby.. =)

p/s--> gambar 2 tahun lepas..kurus cikit kut..hehe..

.::Wordless Wednesday#1::.







p/s--> Sweet Memories..first time buat ww..=)

July 17, 2012

.::.::Sedekahkan senyuman mulia pada Ramadhan ini::.

Senyuman itu sedekah..senyuman anda akan membawa keceriaan kepada seseorang..bagaimana..??? Jawapannya..


Selanjutnya.. klik sini.. Temui mereka di sini..

p/s--> Semurni, Senyuman, Seikhlas Hati..

.::Tahniah Ganu Kiter..Juara Sukma ke-15, Ahad cuti umum di Terengganu..jelez2::.




proud to be Anak Terengganu..

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan Ahad ini, 22 Julai 2012, sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan kontinjen negeri itu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, malam tadi. selanjutnya..

Wah bestnya orang-orang Ganu boleh cuti umum..kami ni rakyat Ganu yang kerja kat luar dari Ganu xleh cuti gok ker? huhu jeleznya..tapi takpe lah yang penting Terengganu Juara..tahniah tahniah tahniah..ganu hebak ganu nelang..

p/s-->Teringat lak masa tengok perlawanan akhir bola sepak sukma tahun berapa entah kat stadium Sultan Zainal Abidin..masa tu stadium ni tak runtuh lagi..alhamdulillah juara jugak..hehe...masa tu pun pergi tgk dgn fahmi & the geng..

.::The Amazing Spider-Man 3D::.

Salam 1 Malaysia..

Hujung minggu baru ni, amy tengok citer spiderman ni dgn hubby amy..ktorang tengok kat alamanda jer..pawagam paling dekat dgn rumah amy..kitorang tengok yg 3D punya..actually, tu first time amy tgk movie yg 3D..kena pakai spek bagai..adoi sangat la tak suka..berat mata..tapi bila pakai tu dia punya gambar ok la..macam real jer..ada beberapa babak tu rase cm menda tu betul2 datang depan muka kita..terkezut..gelak je hubby amy..jakun kan..tp mungkin tu yg pertama n last amy akan tgk movie yg pakai spek tu..dah la sakit mata..mahal lak tu..lepas ni tengok yang biasa2 suda.. =)



Bagi amy citer ni ok la..nak kate best giler tu xla kut..mael lambung lagi best dari citer nie..bagi amy la...hehe..pendapat masing2 kan..dalam citer spiderman ni, ada 3 part sedih kut smpai amy kuo airmata tp nasib ada spek beso tu..leh la cover..haha..sape2 yg minat spiderman tu leh la g tengok yer..selamat menonton..

p/s--> Mael Lambong terbaeekk.. =)

July 12, 2012

.::Tutorial Daftar Churp Churp::.

Salam 2 Malaysia..

Malam ni amy rase cm nak buat tutorial pasal churp2..so kepada yang belum daftar tu boleh la daftar sekarang..

Korang perasan tak iklan churp2 amy dalam kotak kat bawah ni ada dlm blog amy?? cer tengok cer tengok..hehe..



Ni la dia kotak iklan churp2 amy... setiap orang klik kita akan dapat duit..sama jugak fungsi mcm nuffnang..biasanya 20 sen per klik..best jgk tu kan.. =)

Korang dah daftar belum?? kalau belum lagi boleh daftar sekarang kat bawah ni..

Meh sini, amy ajar step by step...

Mula2, Klik CHURP2 SIGN UP NI..page di bawah ni akan keluar..



Kemudian, masukkan email n password korang..kalau sama dgn nuffnang lagi bagus..lepas tu tekan sign up..then, page kat bawah tu akan keluar..



Pahtu korang masukkan kod configuration tu lepas tu tekan sign up skali lagi..page kat bawah ni akan keluar..



Bila page ni yang keluar ni bermakna korang dah berjaya daftar churp2..tapi selepas tu korang kena buka email yang korang guna tu tuk klik link verification..(kalau guna gmail bukan gmail kalau guna yahoo bukak kat yahoo)..kalau korang tak bukak korang tak boleh nk login churp2..kat bawah tu amy letak gambar tuk korang leh tgk contoh..



Sekarang, korang klik je link kat atas tu..



Bila page ni keluar bermakna korang dah berjaya daftar churp2 nie..Kepada yang ada twitter boleh follow ikut twitter jgk..mcm amy ada fb jer so ikut fb je la...kalau ada 22 lagi bagus..untuk login, korang boleh klik kat anak panah amy tunjuk kat atah tu..so tunggu apa lagi..login sekarang..bila korang login je, page kat bawah tu akan keluar..




Korang klik kat anak panah kecik kat atah tu..ia akan keluar seperti gambar di bawah..


Kemudian, korang klik ruangan profile n manage account..selesai isi form semua korang pun tekan button update dan save..alhamdulillah, selesai untuk pendaftaran churp2....

Nanti amy buat tutorial camne nak guna iklan churp2 ni kat blog n facebook..pahtu tutorial tuk pasang churp2 macam dalam blog amy..sekarang ni dah penat..nak rehat dulu..hehe..selamat mendaftar.. =)

p/s--> pendapatan churp2 amy takla sebanyak nuffnang tapi xtau kenapa tetiba rase nk buat tutorial nie..papepun, sharing is caring is loving is sweet yunk...


July 10, 2012

.::Selesema & Batuk::.

Salam 1 Malaysia..

Balik je dari jenjalan hujung minggu baru ni terus dapat demam..selesema dan batuk..pakej terus..adoyai..mukim cuasa kat cameron sejuk sangat kut..tambah lak naik feri malam2..duk tengah laut..rase skarang sungguh tak larat..nak ambik mc tapi takut xcukup staf..sbnya, ramai staf wakil LLM pergi men sukan kat Terengganu..dorang bertolak semalam n Insya Allah ahad ni bertolak balik..amy xterlibat dengan sukan so xlehlah ikut dorang pergi Terengganu..xpelah, smoga kalian berjaya bawak balik emas yer..



Minggu ni amy kena jaga kaunter depan..sebab staf yg bertugas terlibat dengan sukan..dengan keadaan hidung xberapa nk ok ni duk depan kaunter..korang bayangkan lah..sikit2 bersin..habis tisu amy guna..mula2 guna tisu kat kaunter tp tak cukup..pergi ambik dalam kereta lak..bertapa seksanyer..huhu..orang kate kalau nak cepat baik selesema makan aiskrim tp amy lupa lak nk beli td..nanti nak try la..doakan amy cepat sembuh yer..

p/s--> dalam keadaan xberapa sihat ni pun rajin nk update blog..tau tak knapa??? sebabnya amy dapat lg 1 BE..so skrg 5 BE duk running..murah rezeki..jemput singgah blog amy yer.. =p


July 9, 2012

.::Honeymoon ke???::.

Salam 1 Malaysia..

Apah habaq? harap baik2 ajer yer..amy baru je balik dari utara malam td..tu kena ckp utara sikit...poyo je kan..hihi

Hujung minggu lepas, parents fahmi nak ke perak, penang n kedah..ke perak utk ambik adik dia kat uitm perak..penang jumpa adik dia kerja kat penang n kedah hantar kakak ipar fahmi masuk belajar sem baru kat kuin, alor setar kedah..

Al-kisahnya, amy n fahmi nak join sama la..cuma parents dia tolak dari terengganu then ktorang tolak dari kl..ktoang janji dengan parents dia tuk jumpa kat perak jer..even dorang tolak awal pagi n ktorang lak tolak tgh hari, ktorang sama sampai je kat perak tu..hehe..apa yg best parents fahmi bawak ktorang keropok lekor, buah manggis n buah nenas.. =)

Petang sabtu tu ktorang gerak pulak ke penang..g hantar buah tangan kat adik fahmi yg sorang lagi..parents dia nk singgah sekejap je sbnya nk gerak terus ke kedah..bermulalah drama kat situ di mana fahmi taknak pergi kedah..katenya pergi kedah semata2 hantar kak ipar dia pahtu balik..amy duk pujuk2 dia xnak pergi jgk..parents dia pergi dengan abang n kakak ipar dia je la..frustrated..huhu..

Fahmi ajak tido hotel kat penang..dia ajak jenjalan kat penang jer..katenya naik feri ke jalan mane2 ke sb dia letih nk drive..amy kate biar amy drive tp dia xnk pergi jgk..nk tak nk terpaksa r ikut..walaupun masa tu dh mmg muka catung giler (merajuk la konon) hehe..pahtu pergi jalan2 kat jusco sberang perai penang,amy jalan sorang je kat belakang..tanda protes la konon..hehe..

Tengah2 muka masam amy pun tuntut dgn fahmi yg katenya nak naik feri..fahmi pun bawak la amy n adik dia yg perak n penang tu naik feri kat penang tu..naik feri pun nk seberang pulau tu jer..hehe..best giler walaupun sekejap..masa tu muka dah senyum ke telinga dah..apa tak nya, duk tepi feri tu angin kuat tambah tengok air laut kat bawah..best giler suasana tu.. =)

Balik je dari naik feri tu kotarng pun g makan pahtu baru cari hotel..pg ahad tu dah bersiap untuk hantar adik fahmi ke perak then baru ktorang balik kl..odw nak hantar adik fahmi tu, ktorang singgah kat cameron sekejap..pergilah kami 3 orang ke sana..pergi tanpa dirancang..melawat taman teh n strawberry n taman bunga jer..hehe..

Ni la gmbar kat cameron semalam.. =)










gemuk kan amy skarang..jgn salah faham,xpregnant lg ok..

adik ipar amy..ira =)

Lepas maghrib semalam ktorang pun gerak balik ke perak..sampai kajang kul1 pagi td..amat2 letih tapi enjoy..huhu..

p/s--> tuk my hubby, i luv u sgt2..thanks coz sudi layan isterimu yg ngada2 ni..hehe..nanti bawak jenjalan lagi ye syg.. =)

July 6, 2012

.::Ketam masak lemak cili api & Daging masak kunyit menu buat si suami malam ni::.

Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah..Hari minggu muncul lagi..macam biasa fahmi akan mai ambik amy malam nie..esok nk g jenjalan..plannyer ke banyak tempat jgkla..insya Allah kalau jadi pergi la..orang kate spend masa dengan suami sebaik2baiknya..beginilah nasib jd wife & hubby weekend..huhu..

Malam ni amy masak lauk kegemaran fahmi..daging goreng kunyit & ketam masak lemak cili api..masakan yg simple2 jer..janji fahmi suka.. =)

Daging goreng kunyit...

gambar ni ihsan incik google..

Senang jer..potong daging bentuk dadu..gaulkan dgn garam n kunyit..kemudian panaskan kuali..masukkan daging tadi..tambah air sikit..tunggu biar daging empuk..lepastu bila air dah kering sikit masukkan minyak sikit..pahtu masukkan bawah besar yg dimayang n lada besar yg dimayang jugak..masukkan sikit sos tiram & kicap...siapppp...very easy rite..hehe..selamat mencuba..

Ketam masak lemak cili api..

gambar ni ihsan incik google..

Untuk ketam masak lemak cili api..tumbuk bawang merah 4 biji, bawang putih 2 biji, cili padi 5 biji dan kunyit hidup sedikit..tumbuk sampai lumat...Kemudian, ambik periuk, masukkan santan,lepas tu masukkan bahan yg ditumbuk td..masukkan serai 3 batang, masukkan 2 keping asam gelugur dan last skali masukkan ketam..gaul santan td sampai masak.masukkan garam secukup rasa...siapppppp.. =)

Ok skarang kena bersiap2 tunggu incik suami datang ambik =)

p/s--> nak masuk gambar sendiri tp hanphone xde kabel..huhu..

July 5, 2012

.::Buffered Earning muncul lagi selepas dapat cek ke 5 dari nuffnang..tenkiu nuffnang::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua..harap2 baik2 yer..akhir2 ni mud nk blogging sangat2 la kureng..bab kate najwa latif kosong kosong kosong..buka blog sekadar buka jer..blog walking sikit2..blog walking pun sekadar baca entry kawan2..nak tekan button comment tu punya la malas..huhu..

Baru2 ni amy dapat cek dari nuffnang..cek yang ke 5..amount dia xdelah ratus2 n riban2 tp alhamdulillah la dari xdapat langsung kan..padahal dah jarang update tp korang still masuk blog amy..tenkiu kengkawan..kalau tak kerana korang xkan dapat duit tu kan..hihi..


dah 3 minggu sampai kat tangan tp xg masuk bank pun lg..huhu

Memandangkan jarang sangat2 update blog..amy pun malas la nak cek akaun nuffnang amy..lagila lepas cash out aritu earning jd RM0.00 balik tp hari ni macam gatal2 je tangan nak cek..cek punya cek tengok earning ada RM2.50 pahtu yang lagi best tengok ada buffered earning..bukan 1 bukan 2 bukan 3 tapi ada 4 buffered earning sedang running..hehe..earning untuk buffered earning skarang pun dah RM7 lebih..ok la tu kan..hehe..rezeki Allah..bila dh tengok buffered earning ni terus ada mud nk update blog..hehe..ni la BE yg tengah beroperasi di blog amy..jemput singgah ye kengkawan..tiba2 rasa cm nak aktif balik..hihi =)

U Mobile Unlimited Mobile Internet
INTI Local Campaign (Working Adults)
Thursday Plantation
Unilever AXE Island..

p/s --> insya Allah lepas ni blog amy akan berwajah baru.. =)

Iklan Berbayar