Produk Terlaris Julai..

March 8, 2012

.::Beratnya perngorbanan seorang bergelar Wanita::.

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira...

Selamat Hari Wanita sedunia..

p/s--> Tu baru suri rumah..bagi wanita yang jadi suri rumah + berkerjaya pulak camner??? mesti double dia punya penatkan..so kepada para lelaki hargailah mereka....

17 Orang Pengomen Tegar..:

  1. Replies
    1. tu la kan..bakal2 suami kite kena pkr la..hehe

      Delete
  2. terbaik..
    wanita seharusnya dirai atas penst lelah kerja siang mlm..

    hihihi

    ReplyDelete
  3. Isteri WuMing juga seorang suri rumah... Kerana masa bercinta dulu pernah berjanji tak akan bagi dia bekerja... WuMing Akan berusaha untuk sara dia dan anak-anak..

    Namun WuMing tak pernah anggap dia duduk saja...Kerana dia bekerja sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak..

    Itulah pekerjaan/tanggungjawab yang paling berat bagi manusia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..wuming betul3 hebat..ssh nk cari yg permikiran die mcm ni skrg nie..bertuah isteri wuming...bertuah dr jutaan wanita...

      Delete
  4. Ada lagi seorang Wanita yang paling bertuah yang WuMing kenal...

    Iaitu Mak WuMing.... Masa ayah masih ada dulu... Dia juga jaga Mak WuMing sangat baik..

    Tak pernah WuMing dengar ayah dan mak gadoh pasal ayah gatai dengan perempuan lain...

    Gadoh pasal lain tu ada laaa... Itu biasa laaa kan??.. Kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuah la..dh keturunan cmtu kan..xpela..hargai isteri yg ada..hehe

      Delete
  5. Nice blog ! Btw..Da Follow blog ni..Follow , like , n vote la blog yg xseberape cute ni plk.. http://mynameishafizah.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
  6. wanita ni nmpk je lemah..tp sbnrny insan yg sgt kuat..hrgailah mereka :)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar