Produk Terlaris..

March 30, 2012

.::Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia 2012::.

Salam 1 Malaysia..
Lembaga Lebuhraya Malaysia ada mengeluarkan jawatan kosong pada Mac 2012..Kepada sesiapa yg berminat boleh la isi online kat portal LLM..Klik Sini..
 
Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia..
Sesiapa berminat boleh isi online.. http://www.llm.gov.my/e_jawatan.aspx
Jawatan :
1) Penolong Pegawai Tadbir Gred 32
2) Penolong Jurutera Gred 29
3) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred 29
4) Pelukis Pelan Gred 17
5) Pemandu Kenderaan  R3

P/S--> jom la kawan2 pakat isi ek..leh keje sesama..hehe..
 

March 28, 2012

.::Wedding :: Barang-barang Hantaran::.

Salam 1 Malaysia..apa khabar semua kengkawan  blogger..amy harap sihat2 sajer yer..kebelakangan ni amy agak sibuk sikit la..tiap2 hujung minggu kuo dengan fahmi cari barang2 hantaran kahwin..tempatnyer tak lain tak bukan sogo & alamanda jer..malas nak pergi survey banyak2 tempat..jumpe beli jer..hehe...ada sikit jer lagi barang yg tak settle..minggu ni harap2 settle semua..sb minggu depan nak hantar balik Terengganu n bg mak sdara gubah..nak tau apa barang2nyer..

Barang Hantaran Fahmi --> Amy
  • Sireh junjung (1 hari sebelum majlis)
  • Kek (1 hari sebelum majlis)
  • Buah (1 hari sebelum majlis)
  • Pulut Kuning (1 hari sebelum majlis)
  • Coklat (1 hari sebelum majlis)
  • Barang Kemas = Done
  • Duit Hantaran  = Done
  • Kasut + Handbag = Done
  • Perfume = Done
  • Baju = xbeli lg
  • Jam = xbeli lagi..

Barang Hantaran Amy --> Fahmi
  • Sireh Junjung (1 hari sebelum majlis)
  • Kek (1 hari sebelum majlis)
  • Buah (1 hari sebelum majlis)
  • Pulut Kuning (1 hari sebelum majlis)
  • Coklat (1 hari sebelum majlis)
  • Cincin = xbeli lg
  • Kasut + Stokin = Done
  • Buku ( Aku terima nikahnya)  = Done
  • Kemeja + Tile = Done
  • Perfume = Done
  • Belt + Wallet = Done
Excited nak kahwin tapi borang kahwin pun tak hantar lagi..huhu..balik kg minggu depan pun sb nak settlekan borang nikah nie..borang dah isi cuma nk test hiv n hantar kat pejabat agama..tu jer..harap2 smua berjalan dengan lancar..huhu...

p/s--> doakan kami yer..tenkiu.hihi. =)

March 21, 2012

Taktik Menculik Budak Di Pasaraya !

Taktik Menculik Budak Di Pasaraya !

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja..

Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini.

Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu...

Terima Kasih.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB.

Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang.

Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara.

Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.

Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.

Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta..

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam.

Ada sebuah beg mengandungi baju , pisau cukur , dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit !

Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah.

Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya.

5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya , apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.

Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

p/s--> kepada yg selalu bawak budak2 tu tak kiralah anak ke cucu ke anak sedara ke adik ke kita kenalah hati2 lepas nie..jgn lepas dorg walaupun sesaat..huhu

.::Cara nak tau waktu solat::.

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
:::::NAK TAHU WAKTU SOLAT::::

tugas sesama muslim.:-)

Nk tahu waktu solat? Dail 01548406384 atau nombor lain dibawah...dengan phone korang tapi jangan letak dkt telinga, korang cuma perlu perhatikan pada skrin phone je sehingga phone korang end call dengan sendiri. Kemudian display waktu solat akan keluar dkt skrin phone korang . Free of charge SHARE INFO BERMANFAAT INI DENGAN RAKAN2 ANDA [dr page ust. azhr idrus]

01548406385---area kubang pasu,kota setar,alor star,Kedah
01548406387---kangar,padang besar,arau,Perlis
01548406384---Area kuala lumpur...
01548406390---Port diskson,seremban,kuala pilah,jelebu,rembau,Negeri sembilan
01548406391---Gombak,hulu selangor,rawang,hulu langat,sepang,petaling,shah
alam,Selangor

P/S : Senang lepasni kalau nak check waktu solat. :)

.::Transfer Funds Cimb to other banks via cimbclicks:.

Transfer funds..korang pernah tak transfer duit melalui cimbclicks?? Mesti ada yang pernah n mesti ada yg tak pernah kan..ada jugak yg belum daftar cimbclicks lagi..yg belum ada akaun cimb pun ada kan..hehe..

Ok, kepada yg ada cimbclicks amy nak share sikit la..sebelum ni amy selalu transfer duit dari cimb ke cimb..amy xpernah transfer kalau cimb ke akaun lain contohnyer cimb ke maybank sbnyer amy tak tau cammana..hehe..jakun kan..sebelum ni kalau amy nk bayar barang2 yg beli online guna maybank ke bank islam ke amy terpaksa g deposit cash kat bank2 berkenaan la..

Al-kisahnya, semalam amy nak bayar duit jubah amy beli online ke akaun maybank..tp kaunter maybank jauh kat kajang nie..amy tak kenal..jalan pun jem..nak g waktu rehat mcam semput sangat..amy pun buat2 berani la kol customer service cimbclicks nie..amy tanya dia cammane kalau nak transfer duit dr cimb ke bank lain..dengan ramah mesranya dia pun ajar la amy..amy login siap2 then mintak dia ajar step by step..hehe..maklumlah xtau kan..akhirnya berjaya & tau la caranya n comfirm lepas ni cepat la duit melayang..uwaargghhh..kena delete kedai2 online pahnie..hehe..

Amy sempat jugak la sembang dengan customer service nie..amy tanya la die mengenai Tranfer funds nie..hehe..so, Amy nak share sikit ek pada yg xtau..

1) Mula2 korang login cimbclicks macam biasa...
2) Klik TRANSFER, kemudian pilih TO OTHER BANKS..


3) Page ni akan keluar..
Normal Transfer / IBG

INSTANT TRANSFER / IBFT


4) Isi form tu FROM: SELECT AN ACCOUNT, kemudian pilih samada korang nak NORMAL TRANSFER ATAU INSTANT TRANSFER..

Beza antara NORMAL TRANSFER vs INSTANT TRANSFER:

PROSES 
Normal Transfer ambik masa untuk duit masuk ke akaun penerima..biasa dalam 1 hari akan masuk..biasa transfer pagi petang inshaa Allah akan masuk dalam akaun penerima..

Instant Transfer pulak duit akan terus masuk ke akaun penerima sebaik sahaja proses berjaya.

CAS
Normal Transfer  kenakan cas 11sen sahaja sebab tu ambik masa sikit untuk cek semua baru duit masuk ke akaun penerima.

Instant Transfer kenakan cas 53sen..mahal sikit tapi duit terus masuk..so kalau urgent dan tak sabar nak tunggu boleh guna instant transfer jer..

BANK PENERIMA
Normal Transfer  ni banyak pilihan bank yang kita boleh transfer..boleh scroll je kat list tu..

Instant Transfer  tak semua bank kita boleh buat instant transfer..boleh tgk list dia..kalau takde dalam list bermakna korang tak boleh guna Instant Tranfer tp terpaksa guna Normal Transfer..

KESELAMATAN
Normal Transfer  dia akan cek dulu no akaun n nama penerima sekiranya tak match bank takkan teruskan tranksaksi.

Instant Transfer  selamat sb duit terus masuk ke akaun penerima..bila berjaya akan keluar no akaun dan nama penerima skali.

STATUS
Normal Transfer  selesai jer proses akaun keluar status ACCEPTED

Instant Transfer  selesai jer proses akan keluar status SUCCESSFUL

5) Settle semua tu korang boleh la isi form tu balik..kepada no akaun mane penama jumlah dah last skali submit macam biasa. selesai... ✔✔✔

Senang kan..so lepas ni guna je cimbclicks..tak perlu nak drive tengah2 panas terik berserta jalan jem lagi..cas pun tak sampai seringgit kan..kalau pergi ATM minyak kereta dah berapa??? so fikir-fikirkanlah..hehe..sekarang ni cuma duk depan komputer klik jer..dunia kini di hujung jari anda lagi-lagi ekonomi tengah gawat ni kenalah berjimat dari semua hal..hehehe..


p/s--> NEXT.. amy akan ajar cara tranfer dari maybank2u, bank rakyat dan jugak bank islam...siap tutorial nanti amy paste kat sini yer..selamat mencuba n tqvm sudi singgah blog amy....

jom shopping dengan amy... jgn lupa like fanpage amy yer.. KEDAI ONLINE MURAH GILER

March 19, 2012

.::Mega Sale!!!Jane Holli's Handbags from Hong Kong..Up to 70% off..Grab it now::.

Salam 1 Malaysia..

Ada sesiapa kat sini peminat setia handbag?? kalau ada cepat dapatkannya sekarang..tinggal hanya 2 HARI je lagi diskaun..cantik n bergaya..amy baru jer beli 1 baru ni..kalau tak comfirm grab 1..huhu..kepada sesape yg berminat boleh la order online kat sini yer..HiShopJh..



Handbag (medium saiz) harga asal RM999 :: harga selepas diskaun Rm300




Handbag (saiz besar) harga asal RM1199 :: harga selepas diskaun RM360



Clutch Bag ..Harga asal Rm 799 :: harga selepas diskaun Rm240


Harga asal RM599 :: Harga selepas diskaun RM300


Harga asal RM879 :: Selepas diskaun RM440


Harga asal RM829 :: Harga selepas diskaun RM 415

p/s--> kepada yg berkenan boleh order kat sini yer..HiShopJh

.::Dapatkan Jane Holli Shoes secara Online::.

Salam 1 Malaysia..

Jualan murah jualan murah..cepat2 beli kasut-kasut ni sebelum sold out..actually, dh banyak yg sold out.tinggal beberapa design je lg yg ada..sape yg berminat boleh dapatkan kat sini yer..beli online jer..hanya di hujung jari..harga mampu milik..hehe..klik sini yer tuk order..JaneHolliShoesOnline..



harga asal rm119 :: harga promosi rm71.00

Harga asal rm79.00 :: harga promosi rm47.00

Harga asal rm179 :: selepas diskaun rm71.00

Harga asal rm179 :: selepas diskaun rm54.00

Harga asal rm119 :: harga diskaun RM71.00

p/s--> murah kan..order sini..kilk jer. JaneHolliShoesOnline..)

March 18, 2012

.::We Beauty::.




Salam 1 Malaysia..korang pernah dengar tak produk we beauty ni? Amy kenal produk ni kat salon rambut dekat kondo amy duduk aritu..kat sentol..produk ni untuk kurus la kononnya..dia ada 2 kotak..D'Tone dgn D'Green..D'Green ni untuk malam D'Tone lak untuk siang..satu kotak ada 20 paket..maknanya untuk 20 hari la kan..harga die RM250 untuk 2 kotak tu..

Amy berkenan dengan produk ni sebab auntie yg kat salon rambut aritu dari saiz xxl dah jadi saiz s sekarang nie..tu yg jeles..dia kata xyah bersenam xyah jaga makan..minum jer air tu..nanti air tu akan proses kuar sisa-sisa toksin dalam badan..tapi memang betul la, kalau minum menda alah ni smua sisa2 toksin keluar..selalu nk buang air besar n kecik jer..hehe..tu yg xtahan tu..huhu..

Rase air tu memang tak best la bg amy..memang-memang tak best..rase spirulina tau2 jelakan..tp nak kurus punya pasal telan jelaa..tp amy ni pemalas..minum pun jarang2 jer..mukin sb tu tak turun berat badan kut..hehe..rugi jekan beli mahal2 tp xikut ye suruh kan..huhu..nasib baik bukan herbalife..kalau herbalife lg mahal..lagi rugi..huhu..

p/s--> nk try produk Glowz Star la pulok..hehe..

March 16, 2012

.::Ada Fesbuk & Twitter?? Jom daftar churp2 sekarang::.



Salam 1 Malaysia..arini amy nak share pasal churp2 dengan geng2 blogger..sape dekat sini yang ada facebook & twitter tp belum daftar lagi churp2? kalau ada yang belum daftar lagi better korang daftar cepat2..

Korang boleh daftar kat sini yer..www.Churp Churp.com

Actually amy dah daftar lama churpchurp nie..tp amy tak tau cara nk guna kannya..mula2 amy daftar nuffnang..nuffnang senang sebab kita daftar n letak iklan dekat sidebar, header n content blog kiter je..lepas tu dia akan keluar dgn sendirinya..alhamdulillah amy dah dapat 3 kali cek dr nuffnang..yang sekarang pun dah boleh cash out tp biar la dulu..tp 3 kali cek pun xde la mcm blogger2 femes tu amy dapat..dorang ribu riban..amynya sikit jer..tp tetap bersyukur..better than nothing org kate..tenkiu Allah, tenkiu nuffnang n tenkiu kengkawan blogger..hehe..

Berbalik pada churp2 ni, amy baru je aktif 2 hari lepa..tu pun selepas baca entry blogger Lyssa Faizureen..dia dapat rm1000 tuk churp2 sahaja..xtermasuk nuffnang lagi..hebatkan....walaupun kita xkan dapat mcm dia tapi xsalah kita usahakan..hehe...amy letak iklan2 yg ada dalam akaun amy tu kat blog..korang blh tgk kat atas tu..baru je letak 2 hari dapat earning..kira ok la tu kan, sape nak bagi duit free2 jer..heheheh..so kepada yg tak daftar lagi tu jangan lepaskan peluang keemasan ini..semoga berjaya..

Daftar Churp2 sekarang

p/s--> klik link tu then daftar..jgn lupa tgk kempen churp2 amy yer..

.::Tazkirah Jumaat :: Mata Lalat @ Mata Lebah??::.

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Subject: Tazkirah Jumaat - Mana satukah kita?

Di kalangan manusia ada 2 jenis mata , MATA LALAT & MATA LEBAH.

MATA LALAT : Cuba perhatikan jika lalat terbang di taman bunga yang indah ,
apakah yang ia perhatikan ?
Lalat walaupun di taman yang penuh dengan bunga2 & pohon yang cantik , ia
tetap akan mencari makanan yang kotor.

MATA LEBAH : Cuba perhatikan pula jika lebah terbang di kawasan pembuangan
sampah , apa yang ia cari?
Ia tetap mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.

Apa moral dari dua jenis keadaan ini ?

Apakah kita dari jenis MATA LALAT yang hanya mencari kelemahan orang lain ?
Adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor , kemudian
hinggap pula pada sajian manusia & kemudian
membawa mudarat pada yang memakannya?

Atau kita dari jenis MATA LEBAH yang sentiasa mencari kebaikan orang lain ?
Adakah kita seperti lebah yang menghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit
manusia ?

Alangkah baiknya jadi seperti lebah , hanya mencari yang elok meskipun
dalam keaadaan yang kurang elok.
Sentiasalah bersangka baik.Apabila bersangka baik , tutur kata , tindakan,
segalanya akan menjadi baik.
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri....

Pesanan ini untuk diri saya juga.

March 15, 2012

.::Bila semua orang dah tumpu kat kita jer mesti gabrakan..huhu::.

Al-kisahnya, first time meting dengan pangarah2 wat amy jd gabra tahap gaban..al-maklumlah biasa meting dengan penolong2 pengarah jer..tu pun setakat duk atas kerusi n buat2 catat nota jer sikit padahal xberapa nak ambik endah pun apa yg disampaikan selama ni..hehe..tp semalam memang buat amy kelam kabut bila amy kena masuk meting tu..meting ni sebenarnya meting rahsia a.k.a sulit kerajaan..amy masuk pun bukan kena cakap cuma amy yg bekerja sebagai kerani ni kena taip soalan2 exam direct di laptop..dorang akan bincang satu persatu yang salah terus dibetulkan kat dalam bilik tu jugak..dah la dorg sambungkan laptop dengan projector..jadi bila amy taip semua akan nampak..huhu..

Bayangan mana tak gabra, dalam 10 orang pengarah tu duk tumpu kat white board tu..jd amy jd gabra sikit la..berdebar punya pasal nak tekan a jd s nak tekan i jadi e..al-maklumlah first time..sesi pertama tu dari kul 9-12.30 pagi jer..memang betul2 gelabahlah..masuk sesi kedua dari 2.30 hingga 4.30 petang amy dah mula cool sikit..dah xde dah gabra2..hehe..syukur alhamdulillah..

Banyak lagi sesi ni akan datang..harap2 lepas ni tak gelabah macam semalam..semalam kira bersyukur sb Datuk takleh datang..kalau Datuk ada sekali memang bertambah gabra la amy..Ya Allah ya tuhanku, lindungilah hambamu ini..huhu..

p/s--> amy yg gelabah lebih padahal pengarah2 tu okey jer..hehe..

March 13, 2012

Astrid - Tentang Rasa - Vanila Coklat Ost + Lirik

Tamat sudah slot Vanila Coklat..mesti masing2 tersenyum lebar kan dengan happy ending tu..yer memang tak dinafikan memang best n tersenyum tersengih mcm kerang busuk..hehe..mmg sgt2 sweet bila bercinta lepas kahwin niekan..

Lagu ni memang best..kata2nya sweet sgt..ditujukan khas buat incik tunangku tersayang Fahmi..sesape nk download klik sini..



aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

reff:
dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

repeat reff [2x]

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

p/s--> sayang kamu selamanya..

March 10, 2012

::..SIAPA KATA..::

::..SIAPA KATA..::

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA.
p/s--> Alhamdulillah..

March 9, 2012

.::CERAMAH PERDANA (HAJI & BADAL HAJI)::.

Salam 1 Malaysia..

Hari ni ada ceramah perdana lagi..boleh dikatakan setiap petang jumaat akan ada ceramah perdana kat sini..biasanya bab2 agama, kesihatan, keselamatan n yg seangkatan dengannya la..lepas ceramah akan disajikan makanan..alhamdulillah, rezeki lagi petang ni..

Kebiasaannya, setiap hari ada kelas jam 1.00 tgh hari hingga 1.50 tengah hari..maknanya time rehat la kelas ni..kelas ni tak diwajibkan hadir cuma atas kerelaan masing2 lah nak pergi ke tak..kalau rase nak ilmu pergi kelas then kalau rase nak lemak pergi makan..amy la tu..hikhik..

Kelas yg ada waktu tengah hari biasanya kelas mengaji dan kelas bab2 agama..Kelas mengaji tu bersama dgn ustaz Tarmizi..Ustaz Tarmizi ni pemenang qari..orangnya asal dr Terengganu..tu pun kalau korang kenal la..hehe..selain kelas mengaji, ada jugak kelas bab2 agama lain..tp kelas2 ni amy jarang pergi sb time makan n solat..kalau puasa leh la pegi..amy biasa join yg petang jer..huhu..

Hari ni amy nak g dgr ceramah bab haji & umrah nie..walaupun xrezeki lagi nak ke sana tp dgr tuk tambahkan ilmu..mane tau kan kut2 nanti de rezeki leh g sana..doakan ek..amiinnn....


p/s--> tertiba ingat lagu..panggilan haji..telah tiba lagi..menunaikan ibadat..lalalalalala... =)

March 8, 2012

.::Beratnya perngorbanan seorang bergelar Wanita::.

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira...

Selamat Hari Wanita sedunia..

p/s--> Tu baru suri rumah..bagi wanita yang jadi suri rumah + berkerjaya pulak camner??? mesti double dia punya penatkan..so kepada para lelaki hargailah mereka....

March 7, 2012

.::Ceritera Kahwin::.


Cuti sekolah tiba lagi..mesti banyak giler jemputan kahwin kan..bolehla makan nasi minyak..hehe..ramai yang pilih time cuti sekolah sbnya time tu sanak saudara senang balik kampung..amy punya date nikah pun sengaja pilih cuti sekolah nanti..hehe
Tak sabar rasenya tunggu saat diijabkabulkan..kadang-kadang rasa macam mimpi jer..kadang-kadang berfikir sejenak betul ke aku ni nak kawen..ada ke patutkan..tapi takde la sampai excited giler2..huhu..

Persiapan kahwin separuh dah siap..pelamin dah tempah..amy ambik full pakej senang xyah nak pikir baju n make up semua..pakej amy ambik lak untuk lelaki & perempuan termasuk akad nikah, sanding n sambut menantu..complete..hehehe..photografer pun dah booking..hantaran baru beli separuh..kad kawen pun dah siap cuma tak jemput orang je lagi..yg lain semua bahagian mak n ayah..hihi..

Tapi......amy ada masalah besar sekarang ni, masalahnya,amy tak hantar pun lagi borang nikah kat pejabat agama..borang dah siap isi dah tp tak test hiv lagi..huhu..minggu lepas amy n fahmi balik Tganu ingatkan nak settle pasal borang nie tp hari ahad baru ni Tganu cuti umum so terpaksa la tunda buat test hiv ni kat KL..klinik pun tak tau lagi kat mane ni..kalau klinik swasta senang ni nak kerajaan pulak..adoyai..agak2 sempat tak siap nak proses nie? lagi 2 bulan lebih amy nak kawen..takut jugak tetiba kena tukar tarikh..huhu..hopefully, semua selesai secepat mungkin..

Doakan amy yer kengkawan..semoga dipermudahkan semuanya..

p/s--> kena cucuk lg..xsuka jaru..huhu.. =)

Contest Edit Gambar Paling Cool By Aznie

Anda bosan..jom join contest nie..klik banner..



Sape kat sini suka edit gambar??? Kalau de mehla kita sama2 join contest nier...


Photoshine..


Photoscape..

Photoscape..

Syarat-Syarat Penyertaan:Klik Sini (Done)..

Tag : Tengku Norazuwin
Sutera Kasih..

p/s--> luang masa lapang..gambar edit yg sedia ada jer..hehe

March 6, 2012

.::Menyayangimu::.

Saleem :: Menyayangimu..


Lirik Lagu Menyayangimu – Saleem

Bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
cintaku tulus suci

Bumi yang mana tak ditimpa hujan
lautan mana tak bergelora
begitu juga dengan kasih kita
penuh ranjau berduri

Berjanjilah oh kekasih
hanya aku bertahkta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkan la seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
luka yang pahit biarkan berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap ku sayang

Berjanjilah oh kekasih
hanya aku bertahkta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkan la seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
luka yang pahit biarkan berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap ku sayang

Bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
cintaku tulus suci….


p/s--> Sape yg suka lagu ni leh la download kat sini..Klik Sini..

.::Mud harini :: Suka & Duka::.

Salam 1 Malaysia..

Akhir2 ni amy jarang update blog..macam xde mud jer nak update..nape ek? malas kut..huhu..kalau ikutkan byk citer nak dikongsikan tapi tu la mud tu asyik larik jer..larik ke malas??? hari2 buka blog tuk bw ke blog kengkawan jer..tapi rasenya lepas ni amy akan rajin update n blog walking kut..sebabnya adalah haha amy dah tukar laptop amy dengan pc tunang amy..so sekarang mud nak online dah mali..pc punya pasal kut..pc ni skrin dia besar giler..dah la flat skrin pahtu laju lak tu..memang suker sgt..hihi..


Lenovo :: Like Like Like

Amy ada satu citer sedih..harini permata cincin tunang amy hilang..xtau la cincin ni tersangkut kat mane..sedar2 tengok permata dia dah takde..hilang tak tau jatuh kat mane..dah la permata yg paling besar.. sedihnyer..sedar jer td terus kol fahmi..ajak dia pergi letak balik permata tu hujung minggu nie..huhu..tu la sape suruh ganas sangat sampai cincin pun boleh tersangkut..huhu..


Kenangan.. ='(

p/s--> apepun terjadi tetap Senyum Sokmo..

March 2, 2012

.::Gambar anak Mawi & Ekin..Cahaya Maika::.

Akhirnya dapat jugak mawi bergelar bapa..setelah sekian lama menunggu..tahniah buat mawi n ekin..semoga dengan kehadiran orang baru ni akan memeriahkan lagi rumah tangga kalian berdua..


comelnyer ..

Semoga menjadi anak yg solehah persis namanyer..

p/s--> krdt gambar beautifulnara..

March 1, 2012

.::Proton Perdana Fuga vs Honda Insight:..

Mana satu pilihan anda???? pilih pilih pilih..Smart giler kan..xtau nak pilih yang mana..dua dua lawa..sporty..mewah...harga pun semestinya hebat..hehe..


Proton Perdana Fuga



Honda Insight..

Wah kalau dapat kete ni memang best la..ada sape2 nak bg hadiah tak??? hehehe...

p/s--> bersyukur dengan kereta sedia ada..walaupun tak mewah tp masih boleh berteduh dri hujan panas..tenkiu ayah atas hadiah itu.lov u lots.=)

Iklan Berbayar