Produk Terlaris Julai..

February 27, 2012

.::Kisah Menarik mengenai Loo Jo Yee binti Abdullah::.


Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Untuk tahu lebih lanjut kisah Loo Jo Yee, boleh download di link ini :

http://hotfile.com/dl/142475124/8f765fc/4.Hijrah.4.Hidayah.3.Loo.Jo.Yee.2011.SDTVRip.ZealotDownload.avi.html

11 Orang Pengomen Tegar..:

  1. alhamdulillah
    kuasa Allah takdok piye leh takwir..

    ReplyDelete
  2. Yo Jee cantik..
    insyaAllah pasti byk hikmah dr perjalanan hidupnya.. ^^

    ReplyDelete
  3. indah kan Islam ni ;)
    daripada niat nak bawa org masuk kristian...terus Allah buka pintu hidayah dgn mgkaji AL-QURAN dan terus masuk islam ..:)

    lagi2 dia menutup aurat dgn sempurna daripada gadis2 islam yg lain ... bangga lah ..Subhanallah.. hihi ^_^

    ReplyDelete
  4. Jo Yee ni kawan adik saya..

    memang masa dulu-dulu dia suka berdebat tentang Islam dan Kristian..
    dan die suka berkawan dengan orang Islam.

    ReplyDelete
  5. kalau tak silap, tukar nama ayah kepada Abdullah pun cuma budaya sini je.. tak tukar pun tak pe.. lagi elok sebenarnya.. risau-risau terkawen dengan adik beradik sendiri yang dah lama tak jumpa ke.. =)

    ReplyDelete
  6. kisahnya wajar dijadikan contoh tauladan buat para remaja..

    ReplyDelete
  7. nama ayah tu tak perlu tukar pun tak apa kan :>

    ana sangat suka bc kisah muallaf mcm ni :>
    buat kita nmpak, hebatnya islam tu.
    dan pd masa yg sama, muhasabah dri kita balik bila tgok mualaf lagi menjaga batas2 mereka berbanding kita yg sejak azali lagi dah mmg islam ;(

    ReplyDelete
  8. Kat negara China, takde pun chinese muslim yang berbin atau binti Abdullah.. Walaupun ramai ulama yang menegur amalan menbin kepada Abdullah dengan hujah2 yang kukuh, malang sekali masih ramai ulama yang tetap berpegang dengan amalan nenek moyang.. kesian mualaf yang terpaksa menukar nama hanya kerana kejumudan sebahagian org2 pejabat agama.. Walau apapun islam agama kebenaran, bila mengkaji Al-Quran mereka akan jumpa kebenaran. Yang baik2 datangnya dari Allah menerusi ajaran Nabi Muhammad, yang buruk2 tu datang dari kejahatan dan kelemahan sebahagian ulama nenek moyang.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar