Kawan kawan sejati ku sekalian, renungkanlah intipati kata-kata hikmah di bawah…insyallah….letak dan dahulukan Allah dalam apa jua keadaan…
Guide to A Better Life....
RENUNG..RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....
Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
Dalam surat beliau kepada isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.
Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita
Personaliti
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka
Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah
Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.












muhasabah diri
ReplyDeletethanks 4 sharing..sgt bermakna..=)
ReplyDeleteterbaik la sume tips ni..
ReplyDeletekalau smua amalkan, amanlah dunia ni kan :)
terima kasih kerana sudi berkongsi info nie..sangat bermanfaat..=)
ReplyDeletehidup ini indah, dan haruslah kita lalui dgn hati yg sabar & tabah~
life is too short to be so serious :>
ReplyDelete1st time baca menda ni tau kak amy, hehe. thanks share ^^
bagus. nak copy ek. insyaAllah harap dpt amalkan seperti di atas ;)
ReplyDeleteTerima kasih ats iperkongsian nfo yg bermanfaat ini. Dan sama2lah kita praktikkan dlm hidup. Mungki nmustahil utk keseluruhan tapi sebahagian pun jadilah.
ReplyDeleteterbaikk.. :)
Deletebest bce, :)
ReplyDelete