Produk Terlaris Julai..

December 6, 2011

.::6.12.2011 bersamaan 10 Muharram..Peristiwa di sebalik 10 Muharram::.


10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram

berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :


1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram


12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram

13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram

14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya
selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram

16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.

19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Sumber..


Kelebihan Berpuasa pada 10 Muharram..

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". Sumber..

p/s--> sharing is caring..semoga amalan kite diterima oleh Allah s.w.t..amiin.....

4 Orang Pengomen Tegar..:

  1. banyak kisah yang kita tak pernah tahu sebenarnya sebelum ini..

    tq for sharing twins.. :)

    ReplyDelete
  2. byk kejadian bersejarah pada 10 muharram ni...tq dear..share info ni

    ReplyDelete
  3. saya tag anda di sini..jom join!

    http://chantekmath.blogspot.com/2011/12/contest-im-just-beautiful-me-by-aimie.html


    :)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar