Produk Terlaris Julai..

November 8, 2011

.::takziah buat keluarga si kembar ahmad & muhammad di atas pemergian ibunda tercinta.. al-fatihah.. :( :.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua?? Harap semua kengkawan blogger sihat semuanya...amy cuti kerja 5 hari then arini baru masuk kerja..adoyai tak puas lagi cuti..huhu..actually amy nak ucapkan takziah buat pasangan kembar Ahmad & Muhammad di atas kematian ibunda tercinta...aritu amy pernah buat entry pasal mereka kat sini Ahmad & Muhammad tut tut malam tadi tgk berita kematian ibu mereka..sedih tapi apa boleh buat, Allah lebih menyayanginya dan harap keluarga mereka tabah hadapi dugaan ni semua...

Masa amy buat entry Ahmad & Muhammad balas jasa ibu tu ada seorang commenter yang mengaku dia anak saudara pada mak Ahmad & Muhammad komen dekat entry tu..siap bg no phone lagi..rasenya kalau kita nak ucap takziah boleh la hantar ke nombor nie..thanks CikPuanLawa..

salam kak,

mereka sepupu saya...mak dia mak usu saya ..
ahad lepas baru g melawat dia...
sekarang mak usu tak bole jalan sebab kaki dia dah mula sakit...

kalau nak no contect mak usu saya ni no dia

aisah kanda : 012 9260695 @ 019 2590883

Petikan dari Harian Metro..


SUNGAI BESAR: “Arwah adalah isteri dan ibu yang terbaik,” kata ayah pasangan kembar Ahmad dan Muhammad, 13, Rosli Abdul Rahim, 40.

Isterinya, Aisah Kanda, 35, meninggal dunia kira-kira 4 pagi semalam di Hospital Putrajaya selepas menderita kanser payudara hampir setahun.


Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor, selepas solat Zuhur, semalam.

Sebelum bacaan talkin dibaca diketuai oleh Imam Masjid Nurdiniah Parit 2 Sungai Haji Dorani, Husin Yusuf, hadirin turut mengalunkan bertakbir kerana jenazah meninggal dunia ketika umat Islam menyambut Aidiladha.


Rosli ketika ditemui menyifatkan isterinya adalah terbaik bagi dia sebagai suami serta ibu kepada lima anak iaitu kembar Ahmad dan Muhammad, Muhammad Iman, 9, Ammar Safiy, 6, dan Nurbadrisa yang berusia tiga tahun.


“Arwah isteri saya sangat tabah, tidak pernah pun mengeluh walaupun membesarkan lima anak termasuk OKU.

“Ketika isteri sakit pun, dia tak pernah nak menunjukkan kepada anak-anak supaya mereka tak susah hati. Malah, sejak dua bulan lalu arwah tak boleh bergerak dan hanya duduk di katil pun tiada keluhan didengari.


“Semalam (kelmarin) saya katakan padanya ‘Ayang, awak kena kuat, namun arwah pula yang meminta saya supaya tabah,” katanya ketika ditemui di rumah mentua di Kampung Sungai Limau, di sini, semalam.

Ditanya bagaimana penerimaan anak-anak apabila mengetahui kematian ibu mereka, Rosli berkata semua anaknya boleh menerima takdir itu namun hanya anak ketiga iaitu Muhammad Iman yang masih sukar untuk menerimanya.


“Semua boleh reda kecuali anak yang ketiga. Mereka selalu bertanyakan khabar ketika arwah dirawat di hospital. Kira-kira 1 pagi tadi (semalam) Ahmad ada menghantar SMS bertanyakan mengenai Aisah.


“Saya jawab emak dah tenat, Along (Ahmad) bacalah Yasin banyak-banyak dan dia jawab Along dengan Angah dan adik baca Yasin untuk emak,” katanya.


Rosli yang bekerja sendiri dengan membuka bengkel besi berkata, dia berazam untuk menjaga anak-anaknya sendiri lebih-lebih lagi sudah biasa dengan cubaan ketika arwah sedang sakit dia mengambil alih hampir semua urusan anak-anak. Sementara itu, Ahmad berkata, dia sebagai anak yang tua akan selalu mengingati pesan ibunya supaya jaga adik dan selalu diingatkan mengenai kerja rumah.


Ahmad dan Muhammad yang lahir bercantum menjalani pembedahan pemisahan hampir 23 jam di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002, ketika ini bersekolah dalam tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya.

kredit pada harian metro..

p/s--> semoga arwah di tempatkan di kalangan hamba-hambanya yg solehah...


2 Orang Pengomen Tegar..:

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar