Produk Terlaris Julai..

October 20, 2011

.::Hai Nuffnangers :: Jom menderma untuk Rumah Aman::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua.? amy baik-baik jer..harap2 korang pun baik yer...actually amy dah lama tgk menda ni tp tak perasan pun..last2 amy terbaca entry ni kat blog Yuyu..so sekarang ni amy nak share lak dengan korang..marilah sama2 kita menderma untuk rumah aman nie..Jom kita pakat support kempen nie...kepada yang dah tu Alhamdulillah...semoga Allah membalas semua kebaikan kalian...



Caranya amat2 mudah dan cepat..

1. Login akaun nuffnang korang..atau nk mudah klik sini..http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
2. Pahtu korang akan nampak banner ni sebelah kanan korang..



Korang klik je banner tu.. pahtu page yang bawah ni akan keluar..



3. Korang cuma pilih je jumlah korang nak derma..samada RM1, RM5 atau RM10..
4. Lepas tu korang klik je petak kecik tu last sekali tekan butang submit..
5. You've done.... =)

Sedekah Jariah.

Amalan bersedekah ini amat dituntut agama dan banyak ayat al-Quran yang menganjurkan perbuatan mulia ini.

Antaranya Allah berfirman yang bermaksud:"Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya itu adalah lebih baik bagimu"(Surah al-Baqarah:ayat 271)..

"Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Apa saja harta yang baik kamu nafkahkan nescaya akan diberi pahala yang cukup sedang kamu tidak sedikit pun akan dianiaya (dirugikan)"(Surah al-Baqarah:ayat 272)

Maka apabila seseorang itu bersedekah dengan ikhlas sewaktu hidupnya, pahala itu akan diperoleh walaupun walaupun selepas meninggal dunia.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

sumber : Halaqah..

p/s--> Semoga Allah balas semua kebaikan
Nuffnangers...

3 Orang Pengomen Tegar..:

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar