Produk Terlaris Julai..

October 3, 2011

.::Kunci Syurga::.

Seorang pemuda melanjutkan pelajaran di America Syarikat menyambung PHD. Setibanya disana beliau tidak mempunyai kawan melayu dan beliau telah berkawan dengan warga america. Beliau dan rakanya sungguh baik dan kemana saja beliau pergi mesti bersama. Sepanjang beliau berkawan, tidak pernah keseorangan tanpa kawanya. Termasuklah pergi kuliah dan sebagainya.

Satu hari ketika yang melayu yang sambung PHd ini cuba menarik warga america ini untuk memeluk agama islam dan menunjukan peribadi yang baik. Warga america ini juga sedang sedaya upaya menarik kawannya memeluk agama kristian. Dua-dua cuba manarik satu sama lain untuk memeluk agama masing-masing.

Pada satu hari, warga america ini ingin pergi ke gereja dan diteamani oleh orang melayu ini untuk sembayang. Yang melayu ini serba salah kerana warga america ini kawan baiknya lalu ia pergi menemani warga america ini sembayang.

Bila sampai saja tempat gereja tadi, semua tempat duduk dipenuhi oleh orang. lalu ada satu bangku kosong di hujung sudut, lalu 2 orang sabahat ini duduk di sana. Sedang beberapa minit, tiba-tiba paderi datang bila naik saja paderi atas dan lalu ia berkata " saya tidak akan memberi ucapan, sehinggalah seorang orang asing keluar dari dewan ini."Semua dalam dewan itu terpinga-pinga, siapakah orang asing itu dan mencari-cari siapakah orang asing itu.

Kemudian paderi itu berkata, saya tidak akan memberi ucapan selagi orang asing tidak keluar. Semua terpinga-pinga dan warga america dengan orang melayu ini buat tak kisah macam tiada apa yag berlaku. Saya tidak akan memberi ucapan selagi orang muslim tidak keluar dari dewan ini. Lalu dia fokus pada melayu ini yang beragama Islam tersebut. Lalu orang melayu tadi bertanya, sama ada saya perlu duduk disini atau saya keluar, Warga america kata awak duduk saja disini.

Lalu si paderi tadi turun dari meja, lalu dia menuju ke arah orang muslim tadi. Dia berkata " awak muslim dan awak boleh keluar". Lalu bangun orang melayu ini, kenapa saya dia arah keluar dari dewan ini. Paderi tu berkata " kerana kamu muslim dan kamu tidak layak duduk disini". Melayu ini kata saya nak duduk juga. Kalau kamu ingin duduk dalam dewan ini kamu kena jawab 30 soalan dari saya. Lalu melayu ini sanggup menjawab dan sampai lah solan ke 30. Semua soalan melayu ini dapat menjawab. Paderi tu kata " kamu boleh duduk disini. Melayu itu duduk dengan syarat bapak paderi menjawab 1 soalan dari saya. Paderi itu rasa bersalah hendak jawab atau tidak. Tetapi orang dalam dewan itu menyuruh paderi menjawab. Lalu paderi tu setuju. Melayu itu berkata " Apakah kunci syurga??". Muka paderi tadi merah padam. Dia senyap dan orang dalam dewan suruh menjawab juga. Paderi itu berkata "kalau saya jawab kalian akan marah pada saya". lalu semua orang dalam dewan bangun, kalau paderi tak boleh jawab kami akan bantu paderi. Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhaduallaa Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. " Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

p/s--> Allahu Akbar..

3 Orang Pengomen Tegar..:

  1. tapi sekarang susah kan nak jumpa yang macam nie..

    ReplyDelete
  2. perlu keimanan dan ketakwaan yg teguh serta ilmu penuh di dada utk berhadapan dgn musuh2 Allah.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar