Produk Terlaris Julai..

September 28, 2011

.::Kisah Dongeng - Stacy::.





Download sini..

Kisah Dongeng - Stacy..

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


p/s--> i like stacy...



.::4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita::.


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
By: Amirul Mujahidin

p/s--> renungan bersama..

September 25, 2011

.::Gambar Hari Raya di KIST Caw Terengganu::.

Salam satu malaysia..hari ni amy nk update gambar2 sempena sambutan merdeka raya di KIST caw Terengganu...

Ramai hadirin yang hadir pada majlis tersebut..banyak jugak la juadah yang disediakan...antaranya nasi berlauk, nasi minyak, mee kari, laksa penang, satay, ais krim roti, lemang, rendang, ketupat palas, nasi himpit, tapai, kek,makaroni,kuih raya, roti jala, dan macam2 lagi..tapi dalam banyak2 tu amy makan satay je 2 batang..bila dah masak sendiri ni jadi selera tu kurang sikit..kalau catering mmg makan habis-habisan la..pelikkan..kalau jenis amy lagi suka makan yg orang lain masak dari amy masak sendiri..huhu..


Perjalanan menuju ke jamuan raya..

Amy n Miz Nurul bersama2 CEO KISTCT..

Di Meja pendaftaran VIP, Staf dan pelajar..

Bersama-sama kawan amy...

CEO diarak bersama-sama vip..

pelajar yg buat persembahan..

Para2 staf dan pelajar kist..

Antara h indangan yang disediakan..

Roti jala..

satay pun ada..hehe


Antara pelajar nurse kist yg bertugas..

Amy nak jugak menyibuk kat sini..hehe..

p/s--> tak sabar tunggu raya haji..hehe..

.::Rewang @ KIST Caw Terengganu::.

Hari khamis baru ni Kist mengadakan jamuan hari raya..kitaoarng merewang ramai pada hari rabu..semua dah dibahagikan tugas..staf lelaki kena potong daging lembu n staf perempuan kena masak..jabatan amy kena potong ayam n rebus kerang..tuk letak dalam mee kari..senang je kan..hehe..semua ada tugas masing-masing dan kena pastikan tugas tu siap..hehehe..dah macam nak buat kenduri kahwin la pulakkan.hehe..


Semangat amy n kaksya potong ayam..hehe..

Pensyarah pun turun padang..

Tukang masak yang diimport dr lua..hehe..

tengok tu, ceo pun turun padang..baik punyer ceo..hehe





sempat lagi tu posing tengah2 masak...hehe

p/s-->Sepakat Membawa Berkat..hehe..






September 23, 2011

.::Beraya bersama geng Radio THR GEGAR PANTAI TIMUR @ KIST::.

Semalam ada sambutan hari raya kat tempat kerja amy..KIST panggil geng2 THR mai kat Kist..adalah 3 orang dari THR datang..bagi hadiah sikit2 kat student kist nie..memang meriah giler sambutan hari raya semalam..then seperti biasa amy dgn kawan amy miz nurul tak ketinggalan tuk bergambar kenangan bersama-sama kru THR nie...

Miz nurul bersama bosnya menemani kru THR makan..
Muka Happy dapat air dr kru THR..walaupun air revive jer..
Hensem kan yg sebelah amy tu..hikhik..jgn mare yg cik abg syg..hehe
Aik..mane 2 orang lagi kru THR ni??
Kenangan bersama 3 orang kru THR...tak tau nama abg2 nie..tak sempat nak berkenalan..hehe..dengarkan THR gegar pantai timur yer..kat Terengganu 106.80 yer..hihi..

p/s--> kalau de sesape n sedara mara nak masuk Kolej Islam Sains dan Teknologi leh la contact amy yer..hihi..

September 20, 2011

.::Mamat Sepah ambik gambar Fida Ibrahim tak bertudung::.

Betul ke nie???? Macam tak caya je..tapi macam betul kan..Kalau la betul, memang fida mengecewakan peminat2 dia termasuk la amy..hidup tak perlu nak hipokrit...huhu..

Syukur alhamdulillah atah penghijrahan Adda (bekas kekasih mamat sepah), Siti Nordiana, Raja Farah dan Diana Emir yang kini dah bertudung..semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik..

p/s--> selalu berdoa agar diri menjadi lebih baik untuk hari esok dari hari ini dan semalam...

September 18, 2011

.::SAYA BLOGGER PINK BERLEMAK::.

Blog pink..amy suka..hehe..actually amy baru je tukar warna blog amy ni 3 bulan yang lepas..tu pun atas bantuan cik syaza @ sutera kasih..beliau yang bertungkus lumus mencantikkan blog amy..hehe..thanks yer yann..saje2 nak join menda alah nie...harap2 terpilih la yer..hehe..

.::Kemaafan adalah dendam terindah::.

Salam Satu Malaysia..hari ni amy masuk kerja selepas dapat cuti 4 hari..Rabu Khamis Jumaat dan Sabtu..pagi ni terpaksa bangun awal sebab kul 7 pagi gerak dari rumah gong badak terus drive ke tempat kerja..1 jam perjalanan..lama tu..huhu..tp bestnya cuti lama..hihi..amy balik rumah mak ayah amy kat kat gong badak..kebetulan adik yang belajar kat kuantan ada balik..lagi la meriah..kluar jalan2 dengan family..jalan2 dengan incik tunang..wah bahagia..hehe..

Berkaitan denga tajuk..Kemaafan..memang susahkan bila kita nak maafkan seseorang..lagi2 bila melibatkan orang itu melakukan pada orang yang kita sayang..terutamanya keluarga dan pasangan kita..amy pernah berjanji dengan diri amy yang amy takkan memaafkan dirinya..sebab dia telah membuatkan orang yang amy sayang menangis dan menderita..

Masa berlaku pergaduhan tersebut..amy memang sakit hati giler dengan sikapnya..memang amy tak nak trima dia lagi..memang amy tak nak tengok muka die lagi..memang amy simpan dendam sedendamnya lah pada dia..tp siapa kita nak menghukum orang kan..bila amy pikir-pikir balik takde guna nak berdendam dengan dia..mungkin tu kesalahan yang mungkin dia tak sedar dia buat...tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik...kita sendiri juga pernah melakukan kesilapan..

"Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW"

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda” - Pesanan dari Dato Dr Fadilah Kamsah..

Apabila dia datang mintak maaf dengan amy dengan keadaan nangis2 dan mengaku semua kesalahan dia..amy hanya mampu menangis dan tak mampu berkata apa2..tiada lagi dendam tiada lagi sakit ati tiada lagi benci..bagi amy yang lepas biar la lepas..mulakan hidup baru..semoga hari2 kita akan jadi yang lebih baik dari yang sebelum nie...

p/s--> masalah yang selama ni yang menyerabutkan kepala otak amy ni akhirnya berjaya diselesaikan...

September 16, 2011

.::Bang Bang Boom Sekapur Sireh Fida Ibrahim & Zuan Melodi::.

Tetiba arini nak tengok bang bang boom bersama fida n zuan..agak ketinggalan kan..sebelum ni tak kesempatan nak tengok dalam tv3..hehe..tp takpe lah..layan la jugak...



sambungannya.....


p/s--> kalau amy kena macam ni nampak gaya tak keluar rumah la...huhuhu..

September 15, 2011

.::Kasih Alia::.

Kasih Alya..citer ni dah lama sebenarnya tapi amy baru je tengok petang tadi..agak ketinggalankan..actually amy memang kurang sikit layan citer kul 7.00 nie..sebab time dia macam tak kena jer..nak mandi lagi solat lagi..masa orang demam citer nora elina aritu pun amy tak layan jugak..tadi pun tengok sebab duk lepak dengan mak dgn abg..dorang memang layan citer nie..amy tengok jela tp xde r sampai nak follow setiap episod..hehe..

Citer dia best jugak la..tapi iqram jadi adik kepada fida macam tak sesuai jer..nampak beno iqram tu lagi tua dari fida..kalau ambik yang lagi muda contohnya fizo ke ok gak..hehe..

Amy suka dengan lagu tema citer nyanyian Fida nie..Teriakan Kalbu..wah best suara fida kan...masa citer epilog syurga cinta pun fida nyanyi jugakkan...terus amy download lagu nie...

Tiada lagi kan ku terdaya
Tak mungkin nadi berdenyut cinta
Kau pergi tanpa aku merela
Dan hadir saat duka

Menanti bayang muncul tiada
Setelah kau janjikan ku bahagia
Kau hilang tanpa aku menduga
Jiwa terhenti nokhtah

Teriakan kalbu merindukan jiwa
Mengapa akhir aku terpendamnya cinta
Dan kau tinggalkan hanya tinta
Mencoret nada hampa..


p/s--> bertuahnya mamat sepah dapat fida kan..comel je..

September 14, 2011

.::Selamat bercuti sakan::.

Salam 1 Malaysia....

16.9.2011 merupakan hari 1 Malaysia..dapat cuti umum lagi..hehe..memandangkan tempat amy kerja dah cuti pada hari jumaat jadi cuti di anjakkan pada hari sabtu...minggu ke 2 memang tempat kerja amy cuti hari khamis dan jumaat tambah lak dengan sabtu jadilah 3 hari..tapi amy tambah lak dengan cuti ganti amy pada hari rabu..jadilah 4 hari..hehe..maknanya cuti sakan la amy bermula hari ni sampai hari sabtu..4 hari tu..memang best la..hehe..p/s--> Selamat Hari 1 Malaysia....

September 10, 2011

.::Kembali berblogging selepas sekian lama bercuti raya... hehe.. ::.

Salam Aidilfitri semua..lamanya tak update blog nie..mud raya ada lagi tu jd takde masa nk blogging..camne raya korang?? harap2 semuanyer meriah yer....

Aidilfitri 2011


Hari Raya ke 3 bersama faliesha..

Hari Raya pertama bersama family..
Mak n Eddy Pasha..

Cikjaa n Effa..

My dad n my sisters...

Abanglong with anak2 buahnya..

Brother n sister bersama puteri n peteranya...

p/s--> Ni la serba sedikit gambar raya amy..hihi..

Iklan Berbayar