Produk Terlaris Julai..

August 12, 2011

.::Shuib Sepah & Siti Sarah :: pilih nama Uwais Alqarni untuk anak sulongnya:.

Siti Sarah Raisuddin & Shuib daripada kumpulan lawak Sepah kini gembira dengan kehadiran anak lelaki yang dijangka akan dilahirkan sekitar bulan November 2011. Kehamilan yang kini berusia 6 bulan disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi Shuib sememangnya menginginkan anak lelaki.

“Saya terlalu gembira apabila doktor mengesahkan anak lelaki yang dikandung oleh isteri dalam keadaan sihat. Saya amat teruja menjadi seorang bapa, tak tahu nak gambarkan macam mana,” kata Shuib kepada pihak media.

Ahmad Didad atau Uwais Alqarni dipilih sebagai nama-nama pilihan untuk anak sulung mereka. Menurut Shuib, Ahmad Didad merupakan nama seorang pendebat Islam yang bijak, manakala nama Uwais Alqarni merupakan nama seorang lelaki yang amat taat pada ibunya sehinggakan semua doa dimakbulkan tuhan.

Setelah berbincang, Shuib & Siti Sarah memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung mereka.

“Kami berdua memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni kerana ketaatan lelaki tersebut terhadap ibunya sehingga setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan,” kata Siti Sarah yang ditemui di Melodi Raya, PWTC, Rabu.

kredit ohbulan..

p/s--> pandai dorang pilih nama..berdasrkan tokoh2 Islam..

9 Orang Pengomen Tegar..:

  1. dua2 bagus maksud namanya itu kan?
    semoga menjadi anak yg soleh!

    siti sarah bukanke dulu tunang dgn mat salleh kan? bila dia kawinn ni? tak tahu pun? alahaiii, ketinggalan info yg terlalu banyak nii...:(

    ReplyDelete
  2. dua-dua sedap nama tu :) :) sekali keluar baby girl ..kadang2 walaupun da scan bley je tersalah :P :P

    ReplyDelete
  3. Wah nama anak dia best ! :D
    semoga kandungan Siti Sarah takde masalah, Amin :)

    ReplyDelete
  4. nama yg baik menjadi doa setiap hari. jadi, pilihlah nama terbaik buat anak2 kita nanti kan? :)

    ReplyDelete
  5. hwaa!!!! name tu same cam de baby ibu kak rose bele..tpi namenye "uwaish al-qorni bin aweztqrni" pelik cket tpi babynye..sangat2x mendengar kate..senang jek nak jage..suke lak senyum.. hope baby depa pun jd cmtu anti.. amin... :)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar