Produk Terlaris Julai..

August 15, 2011

.::SEORANG IMAM DAN 20 SEN..

Assalamualaikum..Salam Ramadhan.

Perkongsian...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Syukran..Semoga setiap sesuatu yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada-Nya..Insyaallah.

p/s--> Sumber Email..

16 Orang Pengomen Tegar..:

  1. betul2..
    insyaallah...setiap kebaikan yang kita buat pasti ada ganjarannya kan..

    ReplyDelete
  2. fuhhh..betul2.. mcm tu la org bukan islam pndg kita skrg.. klau org islam sendiri buat perkara tak senonoh, same je cm org bukan islam, xkan la org bkn islam nak ikut islam kan?

    ReplyDelete
  3. kerana kita orang islam..jadi perlulah bersikap sebagai seorang islam :)

    ReplyDelete
  4. walau sesen, kalo ia bukan milik kita, tak boleh ambik huhu

    ReplyDelete
  5. sebuah cerita yang cukup pengajaran.. jadi lah Islam yang baik..

    ReplyDelete
  6. ada masa saya follow awak kembali ye.. tak jumpa butang follower sini.. intenet slow... loading lembab sangat..

    ReplyDelete
  7. yup..sentiasala jujur..

    ps:blog kamu pom best..huhu

    ReplyDelete
  8. honest is a best policy...
    biler2 mase, d maner2 saje kan.. :)

    ReplyDelete
  9. subhanallah...iman seorg imam pun diuji apatah lagi kita insan biasa ni..

    salam dear, tengs drop ur comment, awat tak follow sekali? huhu..

    saya dah follow tau...

    ReplyDelete
  10. nice entry..smoga menjai pengajaran buat smau..=)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar