Produk Terlaris..

August 13, 2011

.::Mamat Sepah bercinta dengan Fida Ibrahim???::.

Salam 1 Malaysia..

Terkejut dengan berita ini..adakah mamat n fida betul2 bercinta??? kalau ikut statement dibawah macam bercinta jerkan..habis tu macam mane dengan kekasih mamat adda??? dah putus ke??? bila putus??? ingatkan mamat sepah still lagi dengan adda...xde dengar la pulak mamat ni putus dengan adda..tapi mereka bercinta ke?? macam wartawan la pulakkan..biarla dorang janji dorang happy....


Mamat & adda butterfly (adik rody kristal)

Bertuahnya si mamat nie..kalau ikutkan rupa paras takde la hensem mana pun tp dapat awek mantop2...comel n gebu2...bertuahnya badan..aritu dapat adda ni fida la pulak..apapun semoga bahagia selalu hendaknya...


Berikut adalah pengakuan mamat sepah dan fida ibrahim dalam ohbulan...



“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.

“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.

“Seorang kawan menghubungi saya mengenai kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam prank show tu. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, mungkin dia ada seseorang.” Bayangkan, ketika itu saya tengah shooting nak terjun dalam laut. Terasa sesuatu juga sebab tak tahu cerita, kan?”

“Kemudian saya kata pada kawan, “Nanti aku confim-kan balik dengan Fida”. Saya terus terjun dalam laut, dan terfikir, “andai kata betul Fida ada seseorang, tuhan akan balas juga”, kata Mamat dalam nada spontan melawak bersama OHBULAN! di rakaman Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi.

Mamat memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya apabila tiba masanya kelak.

“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya. sumber ohbulan..



Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, berkongsikan ciri-ciri peribadi Mamat yang membuatkannya tertarik hati kepada jejaka berkulit hitam manis itu.

“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.

“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.

OHBULAN! juga bertanya sama ada Fida & Mamat akan membawa hubungan mereka berdua ke arah seterusnya seperti pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza. - sumber ohbulan..


p/s--> pakcik amy pernah cakap muka tak hensem takpe janji ayat mau power ma..hehe..

5 Orang Pengomen Tegar..:

  1. bercintalah tue kalau cm tue statementnye..a'ahlah awek dia dulu tue cm ne..??

    ReplyDelete
  2. Hi Amy, apa khabar?..
    Lamanya akak x singgah sini n akak x tau pun Amy dh tunang..
    Congrates ya! Sorry terlambat wish..hehehe

    ReplyDelete
  3. aahhh kan, penah plak tu msk melodi pasal mamat dgn adik rudy tuu..

    siapa sangka jodoh orangkan ehehe

    comel la mamat & fida hehe

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar