Produk Terlaris Julai..

August 11, 2011

.::6 Kerajaan Negeri Umum Bayar Bonus Raya::.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan enam kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta, menurut Bernama.

Di Kuantan, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.

Di Kota Bahru, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para persara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Langkah itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kerajaan negeri bagi membuat persediaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Rabu.

Husam berkata mesyuarat itu turut meluluskan cadangan menswastakan projek pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu sejauh 69 kilometer dengan kos RM1.4 bilion.

Di Ipoh, kerajaan negeri Perak hari ini juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

“Semua kakitangan termasuk yang berkhidmat dengan agensi milik kerajaan negeri akan menikmati bonus itu. Kita juga akan minta pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bonus kepada kakitangan mereka,” katanya.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula dalam pada itu berkata, kerajaan negeri yang dipimpin beliau menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3.2 juta untuk membayar bonus kepada penjawat awam negeri itu.

Baru-baru ini, kerajaan Persekutuan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

kredit --> mynewshub


p/s--> Bertuahlah pada semua yang kerja kerajaan tu..tp kami yang swasta ni nak jugak..huhu..


10 Orang Pengomen Tegar..:

  1. apa yang amy faham tntag statemen MB kita tu??kak na kompius...maring bahas ngan budak2 opis pasal ni...deme kata dapat bonus hok najib umum tu jela...

    ReplyDelete
  2. dapat bonus selain najib bagi ke? kalau camtu..best la..negeri lain tak dpt ke? huhu...

    salam kenal...

    ReplyDelete
  3. pada fahaman Mawar,

    B4 this yang Najib umumkan tu bonus untuk kerajaan persekutuan (maknanya yang dilantik melalui SPA) ...tak termasuk kerajaan Negeri (yang dilantik sendiri oleh kerajaan negeri) so tu yang menteri besar negeri yang terlibat nak bagi bonus jugak untuk yang penjawat awam negeri :) :) betoi dak Cheqna ???

    ReplyDelete
  4. hehe..bestla dah keje dpt bonus.xde bnuc utk pljr ke.hehe

    ReplyDelete
  5. sarawak belum umum so far... errmmm.....

    ReplyDelete
  6. eloklah bg bonus..brg pun byk yg naik..

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar