Produk Terlaris Julai..

August 29, 2011

.::Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011::.

salam aidilfitri Pictures, Images and Photos
* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
/______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...

...**Ikhlas Dari Amy, tunang tersayang Fahmi & Keluarga tercinta**
★Kami Ingin Memohon Maaf Jika Kami Ada ★

✎ TERkasar bahasa
✎ TERmengumpat
✎ TERsilap bicara
✎ TERmarah yang tak kena
✎ TERtanya yang tak tentu hala
✎ TERsasul yang tak sengaja
✎ TERpinjam harta benda

★ Semoga Dimaafkan Kerana Awak Semua adalah Kawan Saya Dunia Akhirat★
♥ SALAM LEBARAN DARI KAMI SEKELUARGA :))
salam aidilfitri Pictures, Images and Photos


August 25, 2011

.::Allah Maha Besar::.

Kadang-kadang… ALLAH sembunyikan matahari.. ALLAH turunkan hujan dan kilat…kita tertanya-tanya.. mana perginya matahari?.. rupa-rupanya ALLAH ingin berikan kita pelangi… semua perkara pasti ada hikmahnya yang penting kita kena yakin dengan ALLAH…

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

p/s--> muhasabah diri...

August 23, 2011

.::Harga Diri::.


Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Reff:
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Semalam dan hari ni duk layan lagu nie jer...padahal dh lama dgr lagu nie tp akhir2 rase cam best je layan..masuk kerja sampai balik kerja duk layan lagu nie..agak2 sampai nak muntah baru layan lagu lain lak..hehe...

p/s--> sape nak join amy layan lagu nie leh download kat sini...

August 22, 2011

.::Takziah buat Amirul Azlan a.k.a. Amir Na C::.

Salam semua...malam tadi sepupu amy meninggal dunia akibat kemalangan..kejadian berlaku sebelum bukak puasa..arwah meninggal di tempat kejadian sb kecederaan amat teruk...huhu..

Dugaan betul nak raya nie..tinggal seminggu je lagi nak raya..sedih teramat sangat sb amy rapat dengan arwah..dulu arwah selalu msg amy tp skrg kurang sb amy busy dgn kerja...Tak sangka arwah pergi mengejut camtu..dari sihat last2 tau2 je takde..arwah jugak la yg selalu baiki motorsikal amy dulu...

Amy rapat jugak dengan amir ni sebab arwah selalu lepak rumah pakcik amy..kitorang pergi makan sama2..berkelah sama2..teringat balik saat2 tu...macam tak percaya jer bila dapat tau berita nie..

Amy sempat ziarah amir malam tadi kat rumahnya..terbujur jenazah amir depan mata..ya Allah sedih sangat2 bila orang yang pernah kita rapat pergi tinggalkan kita..tapi Allah lebih menyayanginya...Semoga roh di cucuri rahmat....


20.06.1990 - 21.08.2011 (dalam kenangan)..

Semoga amir ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh...amiin...

Al-Fatihah..


p/s--> ku pasti merinduimu...doaku untukmu..semoga amir tenang di sana...

August 21, 2011

.::Kembar siam :: Ahmad & Muhammad Balas jasa ibu::.

Sebelum ni terfikir2 cam mane keadaan kembar siam Ahmad dan Muhammad nie..akhirnya keluar jugak berita tentang mereka..




KUALA LUMPUR: “Jika dulu ibu dan ayah berjaga siang malam kerana bimbangkan kesihatan kami, sekarang giliran kami pula menggalas tanggungjawab menjaga ibu yang menderita penyakit barah payudara,” kata pasangan kembar siam popular negara, Ahmad dan Muhammad Rosli, 13.

Kedua-duanya yang ditemui di kediaman mereka di Puchong, dekat sini, Khamis lalu, melayan ibu mereka yang terbaring di atas katil di ruang tamu rumah.


Pasangan kembar itu yang juga anak sulung pasangan Rosli Abdul Rahim, 40, dan Aisah Kanda, 35, mengakui sedih melihat keadaan ibu, yang dulu aktif bergerak, kini tidak mampu melakukan kerja rumah.

Menurut Ahmad, bagi meringankan penderitaan ditanggung ibunya, dia sebagai abang paling tua sentiasa memantau aktiviti empat lagi adiknya berusia tiga hingga sembilan tahun.


Memiliki adik perempuan bongsu yang sangat rapat dengan ibunya, Ahmad yang mesra dengan panggilan Along terpaksa menjaga Nur Batrisia, 3, dan memantau pergerakan aktifnya bagi menghalang mendekati ibu yang sakit.


“Kami kasihankan emak kerana dia hanya mampu duduk di tilam. Ayah pula sibuk menyiapkan kerja di bengkel serta menumpukan perhatian dengan kerja rumah, termasuk memasak dan mengemas, di samping memastikan persekolahan saya dan adik berjalan lancar.

“Saya tidak tahu apa hendak dilakukan untuk mengurangkan penderitaan emak. “Selepas balik dari sekolah dan berbuka, saya memicit badan emak bila dia mengadu lenguh atau sakit,” katanya yang bercita-cita menjadi pelukis.


Sementara itu, Muhammad atau lebih mesra disapa Angah turut mengakui sedih melihat penderitaan ditanggung ibunya.

Mengerti kesukaran dialami ibu bapanya dan menggalas tanggungjawab terhadap adiknya, Ahmad dan Muhammad turut ringan tulang membantu menyediakan sajian berbuka puasa, termasuk pinggan mangkuk serta gelas minuman untuk kegunaan bersama.


Mengimbau kenangan ketika menjalani rawatan pemisahan kembar siam di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002, Muhammad berkata, walaupun masih kecil, dia mampu mengingati peristiwa bersejarah itu.


“Kalau dulu, ibu dan ayah sentiasa di sisi dan memberi harapan kepada kami berdua yang dirawat selama 23 jam, kini sampai masa kami pula menjaga emak pada saat dia sakit,” katanya.


Muhammad yang petah bersama kembarnya belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ23, Puchong, Selangor selepas menerima keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, mengakui kesihatan mereka kini beransur pulih.


Bercita-cita bergelar arkitek, dia mengakui terpaksa ponteng sekolah apabila ke hospital bagi merawati masalah ususnya, terutama lubang najis yang ditebuk di bahagian perut memerlukan penjagaan rapi.


Menurut Muhammad, selain ayahnya yang bertanggungjawab menukarkan beg najis, kembarnya turut membantu.


Ditanya mengenai kaki palsu yang sering dipakai sebelum ini, dia berkata, kurang selesa memakainya kerana pernah terjatuh hingga mendatangkan kesakitan fizikal, manakala Ahmad pula pernah tersadung hingga menyebabkan giginya patah akibat terlalu pantas berjalan.


“Namun itu tidak mematahkan semangat kami berdua untuk ke sekolah biarpun terpaksa menanggung kesakitan,” katanya.

p/s--> kredit harian metro...

August 20, 2011

.::I'm Tired::.

Penat...Letih n macam2 perasaan ada masa nie...semalam hari jumaat amy cuti..then amy ikut mak pergi berniaga kat Pahang..on the way balik tu waterpam kereta bocor dekat2 nak masuk highway..air kering..adoyai..dari jam 3 petang hingga 10.30 malam..baru settle baiki semua..

Nasib baik sedar dekat bengkel dan terus ke bengkel tuk baiki..nasib baik pomen tu nak baiki sb kedai sepatutnya dah nak tutup..nasib baik jugak bengkel orang melayu cas pun hanya rm135 (barang 65 upah 70)..murah kan..nasib baik jugak sebelah bengkel ada kedai makan, boleh bukak puasa kat kedai tu..

Balik rumah sampai dalam pukul 2 pagi...terus sahur then tidur..kul 8 pagi masuk opis lak..aduh penat teramat sangat..kalau lah boleh cuti lagi hari ni kan best..liat bukan main nak bangun pagi td tp gagahkan jua tuk mencari rezeki yg halal..poyo jekan..hihi..

Mood :: ngantuk + penat..

p/s--> nasib baik la keje kat sini rilek je..huhu..

.::BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA::.

p/s--> klik tuk join...

August 18, 2011

.::SAYA BLOGGER PRIHATIN::.


Segmen Abg Ben :: SAYA BLOGGER PRIHATIN..

SAYA SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA IRM


p/s--> klik link tersebut...hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan....

.::Yong Tau Foo::.

Rasa cam nak makan yong tau foo la arini???
Kalah orang mengidam...tepon sepupu suruh belikan...
amy nak belikan tapi ada buka puasa bersama presiden arini..
agak2 dapat makan tak???

Hopefully balik nanti ada kat rumah...insya Allah....

p/s--> entry sementara tunggu solat asar..hehe..

.::Happy Besday Abg Sayang::.

Hari nie 18.08.2011 merupakan besday tunang amy tersayang..
Happy besday sayang...

Selamat Ulang tahun yang ke 24 syg..semoga berjaya di dunia dan akhirat...
Mi sayang abg sangat2...luv u forver...



Al-kisah semalam...

Disebabkan arini ada buka puasa bersama presiden jadi amy pun tukar plan kuar degan fahmi semalam...

Fahmi dari setiu datang ambik amy dekat kuala berang dalam pukul 5.30 ptg...on de way nak g bandar tu kitorang singgah rumah kawan amy jap..g ambik kek coklat..amy tempah dengan kakak kawan amy...

Then kitaorang pun pergi terus ke giant..sebab plan nak bukak dekat chicken rice shop..sampai kat giant dalam pukul 7.00 malam..pergi kat kaunter akak tu kate meja dah penuh orang tempah..adoyai...

Last amy dengan fahmi pun pergi la jenjalan kat mydin mall..pusing2..beli air 2 botol tuk wat buka puasa...settle semua dalam pukul 8.00 malam tu baru pergi balik dekat chicken rice shop tu...memang sengaja tunggu chicken rice shop..sebab rasa cam nak makan nasi ayam jer..hehe..

Alik2 duk pusing kek tertinggal kat dalam kereta..malas nak pergi ambik jadi biar fahmi potong kat rumah dia jela...lagipun amy memang tak suka kek...hihi..

Lepas makan semua..pergi dekat mydin mall balik sebab fahmi nak beli henpon baru..lama jugak la duk g mari g mari kat mydin mall tu..last sekali fahmi ambik satu..pah beli handphone kitaorang pergi ambik baju melayu fahmi..mak amy dah siap jahitkan untuk menantunya tu...hehe..sambil2 tu pergi hantar kain nak wat baju kurung untuk mak mertua n adik ipar amy..mak offer diri tuk jahitkan..thanks mom..lepas tu balik rumah koberang..dalam kul 12 amy sampai rumah amy..fahmi lak sampai kat kul 1 pagi..kesiankan die..letih tp berbaloi..dapat hp baru kan..hehehe...

110611..sweet memories..luv u syg..

p/s--> nak masukkan gambar semalam tapi de dalam hp fahmi..huhu..

.::Duit Raya Giveaway AdanyaKauUntukku ::.


Join sini..

Syarat yang amat mudah..

1. Terbuka kepada semua followers
2. Sila tinggalkan jejak iaitu email untuk mudah dihubungi
3. Tagged tiga rakan anda (bagi memeriahkan majlis)


Hadiahnya:

Duit raya bernilai RM10 untuk 10 orang

Cara Pemilihan:

random..

org yang bertuah akan diumumkan pada 22 August 2011.

nanti duit raya akan teros di bank-in ke acc anda.....(yang ada Maybank lagi bagus..M2U saja) :)

TARIKH TUTUP: 21 AUGUST 2011

1. Follower :: Done..
2. Email :: amyliana8886@gmail.com
3 Tag 3 orang :: Sutera kasih..Cheqna..Kak Zura (merry go round)..

Nak join klik gambar di atas yer..

p/s--> Sekali lagi kena tag oleh my twin..thanks yer lia..

August 16, 2011

.::Rosak plan::.

18.08.2011 :: perjumpaan staf-staf..bukak puasa bersama presiden...kehadiran adalah diwajibkan...adoyai sakitnya hati..nape ambik tarikh tu??? tu tarikh my fiancee's besday..dah plan nak g bukak puasa sama2..shoping n jalan2...arrggghhhh tensionnya...dalam banyak-banyak tarikh nape la pilih tarikh tu.aduh....geram geram geram.....

Memandangkan semua staf wajib buka puasa bersama presiden..amy pun terpaksa tukar plan amy..plan di awalkan sehari...lagipun esok cuti..aduh sungguh tak bestkan celebrate 1 hari before besday die...tapi takpe, tunggu detik 12 malam ok gak kan..hahaha..giler ke pe..takde maknanya nak tunggu sampai kul 12 malam..baik tidur...lagi best...hehe..

Apa ek plan esok??? masih terpikir2 nie..nak cari hadiah katner ek???nak bagi apa ek????..papepun selamat bercuti semua kawan2.....

p/s--> entry mengarut sambil tengok2 jam nak punch card..hehehe...

August 15, 2011

.::SEORANG IMAM DAN 20 SEN..

Assalamualaikum..Salam Ramadhan.

Perkongsian...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Syukran..Semoga setiap sesuatu yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada-Nya..Insyaallah.

p/s--> Sumber Email..

August 14, 2011

August 13, 2011

.::Jom pasang pelita & ketupat dekat blog kiter..mercun pun ada tau =)::.

Salam 1 Malaysia..

Amy nak tanya ni..macam mane dengan persiapan raya korang?? dah settle ke belum?? mesti dah sibuk beli persiapan raya kan..Amy tak settle apa pun lagi..tapi amy dah buat persiapan raya untuk blog kesayangan amy nie..cer korang tengok..nampak tak amy dah pasang pelita kat blog amy??...haaa baru meriah sikit kan blog amy nie..blog pun nak raya jugak bukan kiter jer..hehehe...

Sebenarnya, Tadi amy pasang pelita dengan ketupat ni tapi bila dah pasang tu nampak serabut je pasang 2 sekaligus..kena pasang salah satu je baru tak nampak serabut..tapi atas kesukaan masing-masing la kan..ada orang suka pasang 2 sekaligus...macam amy tak suka blog amy ni serabut..simple simple sudah..hehehe..

Korang apa lagi?? jom r pasang pelita dengan ketupat nie....meriahkan sikit blog kiter nie..mesti mud raya kuat giler bila blog walking...hihi..

Kalau nak pasang pelita macam amy ni korang boleh pergi sini...klik sini..
Kalau nak pasang ketupat korang boleh pergi kat sini...klik sini..
Kalau nak pasang mercun raya pun ada..klik sini..




p/s--> kredit pada pencipta pelita n ketupat nie..budak nakal..baguskan budak nakal nie..bila dah ada ilmu kongsi dengan kawan2..ada jugak yg jenis kedekut..hanya Allah boleh membalas atas kebaikan anda itu...tetibakan..hehehe..



.::Nak masak apa ek dengan menda alah ni???::.

Salam 1 Malaysia...

Cendawan..korang suka tak?? amy suka giler dengan cendawan nie...tadi ada sorang staff kat kerja amy nie bagi cendawan...akak tu tanam sendiri cendawan nie..kiranya akak ni usahawan cendawan la...

Citer dia macam nie..tadi amy tanya dia..ada tak cendawan..kalau ada amy nak beli RM5.00..sebab dia cakap 1kg rm10..banyak tu kalau 1 kg..lepas tu dia cakap ada sikit cendawan dia bawak..ingatkan nak bagi kat orang tapi orang tu tak datang..so dia pun bagi dekat amy..dia cakap free jer..hehehe..banyak lak tu cendawan nie..memang puas hati giler la leh makan sebanyak nie malam nie...

Tapi dalam dilema lagi nie..nak masak apa ek??? hmm dalam kepala mcam2 ada..antaranya::
  • Sup cendawan..
  • Cendawan Goreng..
  • Cendawan Ikan Masin..
  • Cendawan Goreng Tepung..
  • Tomyam Cendawan..

Nak masak apa ek?? korang ada idea tak?? pukul 6 jap g baru balik kerja..kita tengok jela mana yang sempat nak masak..redah je...hehehe.....


gambar ehsan incik google...

p/s--> entry sebab bosan kerja sorang2 sambil tunggu kul 6...selamat berbuka semua...

.::Mamat Sepah bercinta dengan Fida Ibrahim???::.

Salam 1 Malaysia..

Terkejut dengan berita ini..adakah mamat n fida betul2 bercinta??? kalau ikut statement dibawah macam bercinta jerkan..habis tu macam mane dengan kekasih mamat adda??? dah putus ke??? bila putus??? ingatkan mamat sepah still lagi dengan adda...xde dengar la pulak mamat ni putus dengan adda..tapi mereka bercinta ke?? macam wartawan la pulakkan..biarla dorang janji dorang happy....


Mamat & adda butterfly (adik rody kristal)

Bertuahnya si mamat nie..kalau ikutkan rupa paras takde la hensem mana pun tp dapat awek mantop2...comel n gebu2...bertuahnya badan..aritu dapat adda ni fida la pulak..apapun semoga bahagia selalu hendaknya...


Berikut adalah pengakuan mamat sepah dan fida ibrahim dalam ohbulan...



“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.

“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.

“Seorang kawan menghubungi saya mengenai kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam prank show tu. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, mungkin dia ada seseorang.” Bayangkan, ketika itu saya tengah shooting nak terjun dalam laut. Terasa sesuatu juga sebab tak tahu cerita, kan?”

“Kemudian saya kata pada kawan, “Nanti aku confim-kan balik dengan Fida”. Saya terus terjun dalam laut, dan terfikir, “andai kata betul Fida ada seseorang, tuhan akan balas juga”, kata Mamat dalam nada spontan melawak bersama OHBULAN! di rakaman Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi.

Mamat memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya apabila tiba masanya kelak.

“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya. sumber ohbulan..



Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, berkongsikan ciri-ciri peribadi Mamat yang membuatkannya tertarik hati kepada jejaka berkulit hitam manis itu.

“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.

“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.

OHBULAN! juga bertanya sama ada Fida & Mamat akan membawa hubungan mereka berdua ke arah seterusnya seperti pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza. - sumber ohbulan..


p/s--> pakcik amy pernah cakap muka tak hensem takpe janji ayat mau power ma..hehe..

August 12, 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"



Jom ramai2 join contest nie..
Mana la tau kut2 dapat rezeki ni kan...

Nak join boleh klik banner di atas..

Thanks pada Lia yg telah tag amy..amy xpernah ikut perkembangan blog Lia ni tp amy rasa bertuah sebab beliau sudi listkan amy dalam 3 orang tu..lepas ni boleh la selalu singgah blog lia ni..besday pulak sama dgn amy..kebetulan betulkan...

3 orang yang bertuah adalah :

Raudzah..
Mawar Berduri..
Sutera Kasih..

p/s-->join jgn tak join yer..hihi..

.::Shuib Sepah & Siti Sarah :: pilih nama Uwais Alqarni untuk anak sulongnya:.

Siti Sarah Raisuddin & Shuib daripada kumpulan lawak Sepah kini gembira dengan kehadiran anak lelaki yang dijangka akan dilahirkan sekitar bulan November 2011. Kehamilan yang kini berusia 6 bulan disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi Shuib sememangnya menginginkan anak lelaki.

“Saya terlalu gembira apabila doktor mengesahkan anak lelaki yang dikandung oleh isteri dalam keadaan sihat. Saya amat teruja menjadi seorang bapa, tak tahu nak gambarkan macam mana,” kata Shuib kepada pihak media.

Ahmad Didad atau Uwais Alqarni dipilih sebagai nama-nama pilihan untuk anak sulung mereka. Menurut Shuib, Ahmad Didad merupakan nama seorang pendebat Islam yang bijak, manakala nama Uwais Alqarni merupakan nama seorang lelaki yang amat taat pada ibunya sehinggakan semua doa dimakbulkan tuhan.

Setelah berbincang, Shuib & Siti Sarah memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung mereka.

“Kami berdua memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni kerana ketaatan lelaki tersebut terhadap ibunya sehingga setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan,” kata Siti Sarah yang ditemui di Melodi Raya, PWTC, Rabu.

kredit ohbulan..

p/s--> pandai dorang pilih nama..berdasrkan tokoh2 Islam..

.::Ketulusan Hati :: Marshanda::.

Salam 1 Malysia...

Hari ni hari jumaat..kena kerja sorang-sorang kat library nie..dari pagi tadi sampai la sekarang satu batang hidung pun tak nampak student nie..huhu..bosan yang amat sangat..duk blog walking & dengar lagu je dari tadi...

Lagu pilihan amy hari nie ialah lagu Ketulusan Hati dari Marshanda..Jom download n layan sama2..huhu..




Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah


p/s--> Tetiba teringat sejuta cinta marshanda...

August 11, 2011

.::6 Kerajaan Negeri Umum Bayar Bonus Raya::.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan enam kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta, menurut Bernama.

Di Kuantan, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.

Di Kota Bahru, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para persara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Langkah itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kerajaan negeri bagi membuat persediaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Rabu.

Husam berkata mesyuarat itu turut meluluskan cadangan menswastakan projek pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu sejauh 69 kilometer dengan kos RM1.4 bilion.

Di Ipoh, kerajaan negeri Perak hari ini juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

“Semua kakitangan termasuk yang berkhidmat dengan agensi milik kerajaan negeri akan menikmati bonus itu. Kita juga akan minta pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bonus kepada kakitangan mereka,” katanya.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula dalam pada itu berkata, kerajaan negeri yang dipimpin beliau menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3.2 juta untuk membayar bonus kepada penjawat awam negeri itu.

Baru-baru ini, kerajaan Persekutuan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

kredit --> mynewshub


p/s--> Bertuahlah pada semua yang kerja kerajaan tu..tp kami yang swasta ni nak jugak..huhu..


August 10, 2011

"Blog ku memang lawa di mata Lulu Caldina"



Lulu Caaldina..lawa ke blog amy di mata lulu??? huhu susah nak puaskan hati orang sebab masing2 ada kesukaan masing2kan ..macam amy suka warna pink..lulu pulak nampak macam suka warna biru..hopefully "blog ku memang lawa di mata Lulu Caldina"hehe..apa yang penting kita enjoy blogging..hehehe...

p/s--> nak join klik banner ek..

.::BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2 ::.


Segmen Abg Ben..

Latar blog amy nie..hmm dulu blog ni berwarna hitam merah sekarang ni dah tukar pada pink white..Tau segmen ni dari fanpage facebook Abg ben sendiri...

Actually amy bosan sangat2..takde kerja nak buat..so sekarang ni nak jenguk blog2 dalam segmen nie....Tunggu amy singgah yer....

1. Blog Nadh :: Mesti owner dia suka warna hijau..nice blog..
2. Blog Cik Kain Batik :: Simple blog....
3. Hajar :: apa sajer..tu tajuk blog dia..hijau putih..nice..
4. Cik Violet :: Blog pink..amy suker...
5. Dayah Jelita :: Jelita kah??? Memang jelita..tak caya singgah r tengok..sudu garfu pisau..lapar.
6. Blog Ourkizuna :: a simple blog...deco la sikit yer..juz bg cdgan..hehhe..
7. Mak Dara :: simple but nice blog....

.::EREN feat ROMI - PELENGKAP HIDUPKU::.

Salam 1 Malaysia..

Korang pernah dengar tak lagu nie.."pelengkap hidupku"..first time amy dengar lagu nie kat blog lyssa..best bangat lagu nie..amy pun tak kenal si Eren dan Romi nie..tapi siyesly memang best lagu nie..suara dia memang best sekali...sape yang suka bolehlah download lagu nie kat sinie...

Eren feat Romi - Pelengkap Hidupku..



Pelengkap Hidupku..

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karna hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkap ku di dunia

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karna hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkap ku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

P/S--> Kepada kawan2 yang pelengkap hidupnya tu tinggal berjauhan mesti sedih dengar lagu nie kan..nasibla pelengkap-pelengkap hidup amy tinggal bersama amy..alhamdulillah..tapi sejujurnya lagu2 indonesia lebih sesuai dengan jiwa amy...



August 8, 2011

.::Marc Jacobs @ Miu Miu...Akhirnya kau milikku::.

Salam 1 Malaysia..

Sape yg pernah baca entry amy kat sini Marc Jacob atau Miu Miu pasti akan tau pasal nie..

Korang tau tak,semalam penjual handbag tu cakap kedua-dua handbag tu kehabisan stok...huhu..sedih amat sangat sebab amy dah tangkap cintan dengan handbag marc jacobs tu...tapi takpelah, amy anggap je takde rezeki amy.....

Memandangkan semalam besday amy, tunang amy ajak berbuka puasa sama2 dekat bandar Kuala Terengganu..selesai berbuka semua kitaorang pun pergilah jenjalan..jalan punya jalan akhirnya terjumpa dengan sebuah handbeg nie..excited giler then amy terus ambik..amy nak bayar tp incik tunang ckp dia bayarkan sebagai hadiah tuk besday amy..yes yes suka suka...hadiah tak suprise langsungkan.. tapi takpe amy happy sangat-sangat...walaupun tak dapat yang tu tapi dapat yang baru nie..model yang sama tp warna je lain sikit..thanks God..

Nak tgk tak yg mane jd milik amy...




Tu dia..akhirnya kau jadi milikku Miu Miu...i like it..


Celebrate besday bertiga....


Papa & Ibu sementara eddy..hihi..

cayang eddy..
eddy pasha..

p/s--> thanks syg... i luv you damn much...besday amy settle sudah..18 ogos ni lak besday incik tunang nie..adoyai nak beli apa ek??? any suggestion?? huhuhu...

.::Dapat Hadiah Header daripada Mawar Berduri::.

Salam satu malaysia..

Korang perasan tak header kat blog amy tu??? hehehe..cer tengok cer tengok...actually ia hadiah daripada kawan blog amy nie..mawar berduri..comel sangat amy tengok...then terus tampal kat blog amy..terharu sebab sanggup buatkan header nie untuk amy....

Walaupun mawar cakap ia tak seberapa tapi bagi amy cukup bermakna..sebab bersusah payah buatkan ni untuk amy....mawar merupakan salah sorang blogger yang amy kenal dah lama dan masih lagi berhubung di alam maya nie...hopefully satu hari nanti akan jumpa..insya Allah...

Ni la 2 header yang mawar buatkan untuk amy...






Comel tak? comel kan..amy tak pandai buat header..bila tengok header ni macam terpegun sedikit..al-maklumlah amy tak se kreatif mawar...amy pilih yang warna pink sebab i like pinky2..hehehe..

p/s--> Thanks mawar..

.::Semakan daftar pemilih..Jom cek..

Semakan daftar pemilih boleh cek dekat website spr atau dengan lebih mudah boleh klik bawah.

Semakan Daftar Pemilih..


amy punya result..

Korang juz asukkan no ic je then klik semak terus dapt jawapan..kepada sesiapa yang belum daftar lagi tu pergi lah daftar yer..tp dengan syarat cukup umur...

p/s--> tetiba teringat lagu marilah mengundi..=)

.::Jom singgah blog Raudzah Aledruce::.

Salam 1 Malaysia..

Aspecially amy nak ucap thanks atas entry raudzah aledruce nie..
klik sini..



Nama diberi :: Raudzah..
Umur :: 19 Tahun
Asal :: Kuala Berang, Terengganu..
Kelulusan :: Matrikulasi pahang n 4.9 daftar kat UMP (Ijazah Kejuteraan Awam)
No tel :: 015-5151515 ada ke??..hehe

Hai kawan2 blogger semua..jom kita singgah blog raudzah nie..comelkan dia..masih single tu..hehe..actually raudzah nie memang giler sangat nak jadi pilot..dek kerana tengok kapal terbang sampaikan jatuh dalam longkang..excited punya pasal..hehehe....

Actually, aritu dia dah dapat offer pilot kat kistaa then dapat offer jugak UMP..pikir punya pikir last dia pilih UMP..pilot yuran mahal kut..lebih rm200k..mungkin rezeki dia kat UMP lagi kut..amy kenal raudzah ni sebab dia kawan dengan spupu amy..sebab tu la jd kenal budak comel nie...dia pun selalu datang umah n dah macam saudara mara sendiri dah..hehe..ok kengkawan kalau xde hal singgah n follow2 la blog raudzah nie yer...

p/s--> Raudzah Aledruce..


August 7, 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI


Segmen Abg Ben Ashaari..

1) Done..
2) Done..
3)
Latar belakang blog..dah lama tubuh blog ni cuma sekarang baru nak bergiat aktif balik...
4) Tau dari blog abg ben sendiri..sb blog ni ada dalam blog list amy..
5) Ok...

Yang telah dijejak:


1. http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/08/papa-ben-ajak-kenal-blog-ini.html

2. http://cthaslinda.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
3. http://inspirebunny.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
4. http://sitiumairahsaat.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
5. http://aenapit.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
6. http://ceriterahmad.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
7. http://kasihsuci-whh.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
8. http://umikasum.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
9. http://beehac.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
10. http://bbyuya.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
11.http://ceritasana-sini.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
12. http://ubibadok.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
13. http://missgaban.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
14. http://sayakongsicerita.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
15. http://mohdnaser.blogspot.com/2011/08/segmen-ben-ashaari-ben-ashaari-ajak.html
16. http://lurvelysweety.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
17. http://ceriteragadis87.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
18. http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
19. http://twinkeeisnabilah.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
20. http://kisahniniedora.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
21. http://thisisarin.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
22.http://aenapit.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
23. http://aimanayie.blogspot.com/2011/08/segmen-kenali-blog-ku.html
24.http://cintaqasehsuci.blogspot.com/2011/08/abg-beben-ajak-kenal-blog-nie.html
25. http://haryanies.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
26.http://prisonerone.blogspot.com/2011/08/follow-up-ben-ashaari-ajak-kenal-blog.html
27. http://thisisarin.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
28.http://azlinamuhammad.blogspot.com/2011/08/ben-ashaarikenali-blog-aku.html
29. http://storyalipapai.blogspot.com/2011/08/blog-anda-sudah-diterjah-part-1.html
30. http://kierasakura.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html

.::Puding Kastard Jagung::.

Salam 1 Malaysia..hari ni genap seminggu kita puasa..camne? harap semuanya berjalan dengan lancar yer...

Korang suka makan jagung tak? kalau kat daerah amy ni kuala berang memang pemes dengan jagung..atau orang tua-tua panggil jagaung..hehe..

Amy belajar dengan mak sedara amy kuih nie..kalau kita search dalam internet memang susah sikit cara buatnye tp mak saudara amy ajar cara senang jer..korang pun boleh try..rasenya pun sedap la..


Ni gambar yang amy buat aritu..

ni rupanya apabila di potong..( gambar ehsan incik google)..

Bahan-bahannya:
  • 1.5 cawan tepung kastard
  • 1.5 cawan gula..
  • 5 cawan santan
  • garam secubit..
  • pewarna kuning..
  • 1 tin jagung (kalau boleh jagung yang dah di blend separuh)..
Cara Masakan:

Campurkan semua barang di atas dalam kuali..kemudian baru panaskan kuali..kacau sampai dia pekat..lepas tu tuang ke dalam bekas..tunggu dia keras dan boleh dihidangkan...

p/s--> senangkan..selamat mencuba...

August 6, 2011

.::Kailan + Cendawan Ikan Masin::.

Selamat berbuka puasa semua kepada umat islam..Malam ni korang berbuka makan apa??

Harini amy & adik amy rajin sikit..kitaorang tak pergi beli kat bazar..kitaorang masak je..
Adik amy masak daging masak kicap..Tugas amy lak hanya goreng sayur jer..Kailan+Cendawan ikan masin..Balik je kerja tadi..rehat kejap..kul 7 baru goreng sayur nie..hehehe..

Korang pernah makan tak?? ala rasa sama je dengan kailan ikan masin cuma sebab kitaorang suka dengan cendawan ni..kitaorang pun campur sekali..jadilah kailan+cendawan ikan masin..hahaha..bestnyer tak terkata..masuk bakul angkat sendiri la pulakkan..hihihi..



ni la yg amy masak td..jom makan..ada lagi tu simpan tuk sahur..hihi..

Bahan-bahannya:
  • Kailan..
  • Cendawan..
  • 10 biji cili padi (ikut suka)..
  • 5 ulas bwg merah..
  • 4 ulas bwg putih..
  • 2 kerat ikan tenggiri jeruk..
  • 2 sudu sos tiram..
Cara masakan:
  1. Tumbuk cili padi , bawang merah, bwg putih dan ikan jeruk...
  2. Panaskan kuali dan tuang minyak..Tumis bahan tumbuk tadi sehingga keluar bau..Kemudian masukkan sos tiram.Kacau.
  3. Masukkan kailan dan cendawan tadi..Lepas tu kacau dan padamkan api.
  4. Siap dihidang....


Daging masak kicap yang adik amy masak.

p/s--> nanti try la masak sayur tu ek...

.::Anak-anak shekmie::.

Untuk tahun ni saja, amy dapat 2 orang anak buah.. eddy & alisya...makin berseri2 la raya taun nie..sekarang ni dah jadi 3 anak2 shekmie..hehe..duit raya pun berseri2 la jugak..huhuhu...papepun cukup bahagia dengan kehadiran dorang..syukur padamu Ya Allah....



Nur Adryana Faliesha
12.07.2008


Muhammad Adry Fasha
22.01.2011


Nur Alisya Sofea
3.08.2011

p/s--> bila la dpt anak sendiri lak kan..huhu..

.::Kuih Butir Nangka::.

Salam 1 malaysia...pagi2 tadi blog walking..then terbaca pasal khairul fahmi che mat kantai berpegang tangan dengan dahlia teck dekat blog cik epal..klik sini..

Lepas tu blog walking kat relevan sokmo..cerita lak pasal ally iskandar sah putus tunang..klik sini..

Macam-macam hal kan..dah la bulan puasa nie..tapi biarlah dorang..no komen..taknak menilai orang sebab kita sendiri pun tak tahu apa kebenarannya dan tak tahu hujung pangkal masalah mereka....jadi, kita hanya mampu berdoa yang terbaik buat mereka...


*********************

.::Kuih Butir Nangka::.



gambar ehsan incik google..

Korang pernah makan kuih butir nangka tak?? amy suka giler kuih butir nangka..semalam amy dengan adik amy buat kuih butir nangka nie..belajar dengan internet je..nak wat cammane, sekarangkan dengan hujung jari je kita boleh tahu semua info...hehe..

Cara buatnya...

untuk adunannya..

1. Tepung beras pulut..
2. Sedikit Kapur ( yg orang makan sireh tu..tak letak pun xpe)..
3. Pewarna (ikut suka warna apa, campur lagi menarik)..
4. Air..
5. Garam..

1. Uli kesemua adunan di atah biar adunan tu tak melekit pada tangan kemudian getel jadi bujur2..

2. Rebus air panas biar mendidih..lepas tu masuk adunan tadi dlm air yg tengah mendidih..bila dia dah terapung tu angkat dan masukkan kedalam bekas yg berisi air..kena letak dalam bekas yang berisi air sebab takut ia melekat antara satu sama lain..

Untuk kuahnya..

1. Santan..
2. Daun pandan..
3. Garam
4. Gula (kalau nak kuah jd warna lain sikit boleh letak brown sugar) ..

1. Masukkan kesemua barang di atas dan kacau sampai mendidih..
2. Lepas tu masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah dan gaulkan..
3. Siap dihidang...

p/s--> senangkan..cuba la..memang sedap...


August 4, 2011

.::Anak buah yang ke-3::.

Alhamdulillah..semalam 3.8.2011 jam 6.30 petang kakak ipar amy selamat melahirkan seorang bayi perempuan dekat HSNZ Kuala Terengganu..operation dan berat baby 2.5 kg..nama tak daftar lagi tp kalau ikut plan mama dia nak letak Nur Altisya Natalia...tak kisahlah nama apa pun yang penting syukur sebab keduanya selamat.......

.

Bertambah sorang lagi besday bulan ogos nie...

1 ogos = Ayah amy
3 ogos = baby nie..
8 ogos = amy
18 ogos = tunang amy (fahmi)..
17 ogos = adik amy (nieyja)..
19 ogos = adik amy (fakri)..

p/s--> kami anak merdeka...=)

.::MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS::.


join sini..

Jom pakat tambah follower..kalau sudi follow la blog amy nie..=)

.::Thanks to Sutera Kasih Yann::.

Salam semua....actually entry ni khas buat kawan blog amy yang bernama Yann yg juga dikenali nama blognya Sutera Kasih..Malam tadi yann dah tolong editkan blog amy nie..tambah scoll tuk bloglist dan jugak letak icon cute dekat tepi bloglist....wah makin bersemangat nak blogging...thanks yann....



Actually amy dah cuba buat sendiri tapi tak jadi..rasanya de masalah template kut..then, mintak orang lain buat pun tak jadi...last skali yann buat pun tak jadi tp bila yann duk try & error hasilnya menjadi...wah happy tahap gaban rasenya...dah la time tu jam 1 pagi..thanks yer yann sudi bersengkang mata untuk blog amy nie...fyi jugak, blog amy ni 95% si yann ni yang edit..baik tak si yann ni..hihihi..sedar tak sedar dah 2 tahun kut amy kenal si yann nie..tu pun melalui alam maya ni je..insya Allah satu hari kita akan jumpa yer...

Korang boleh buat jugak menda nie...
Tutorial cute icon tepi bloglist..
Tutorial buat scroll pada bloglist..

p/s--> cuba jangan tak cuba yer & gud luck....

August 3, 2011

.::Ally Iskandar putus tunang??? Biar betul....

Ally iskandar putus tunang?? berita selanjutnya klik sini..
Biar betul..memang musim ke apa nie??? kisah fahmi & elia pun tak habis lagi...



Orang kate kalau nak lagi mengeratkan kasih sayang antara pasangan baca surah al-imran ayat 31..amy pun tak pasti tapi amy ada terbaca dalam blog...



p/s--> Ya Allah ya tuhanku....peliharakanlah hubungan amy & fahmi.....

.::Semoga selamat semuanya::.

Salam semua...harini 3.8.2011 jam 1 tengah hari kakak ipar amy a.k.a siti akan bersalin..actually due siti nie 30.8 jatuh hari raya nanti tapi dicepatkan sebab anak dia songsang..doktor scan pulak jantung anak tak berapa nak ok..takut anak lemas dan takut jadi pape doktor kata kena bedah awal...jadi harini siti akan dibedah...mesti takut giler siti ni sebab ni anak pertama die..tolong doakan moga2 selamat semuanya yer...


siti..

majlis bertunang feb 2010..

majlis akad nikah mei 2010..

majlis sambut menantu..

p/s--> Xsabar menunggu anak buah baru (Altisya)..hehe..

Iklan Berbayar