Produk Terlaris Ogos..

July 31, 2011

Khairul Fahmi Che Mat putus tunang dengan Aimie Harmelia???



Berikut ulasan apek kepada harian metro...

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.” – MyMetro


Ya Allah mcm tak percaya je sebab fahmi dan elia baru je tunang 17 mei aritu..xsampai 3 bulan dah jadi mcam nie..amy dengan fahmi tunang 11 jun iaitu sebulan selepas diorang..takutnya bila dengar menda2 macam ni terjadi..harap2 hubungan amy dgn fahmi tiada masalah dan sekiranya ada salah faham kami boleh selesaikan dengan baik..ujian masa bertunang ni memang banyak sangatkan n harap2 amy dan fahmi boleh hadapinya dengan sabar...

Pengajaran buat kita, walau nak marah macammana sekalipun jangan sesekali burukkan tunang kita kat facebook sebab ini akan mengeruhkan lagi keadaan lagipun amy sendiri tak suka buat mcm tu..secara tak langsung jugak ia akan menjatuhkan maruah pasangan kita..fahmi sendiri selalu nasihatkan amy walau de masalah apa sekalipun jangan nak post kat facebook sb itu semua ibarat buka pekung didada..selesaikan dengan baik..face to face lagi baik n tak perlu tuk biar orang semua tahu masalah dalam perhubungan kita.

Ya Allah yang tuhanku..berkatilah dan restuilah hubungan Amy dan fahmi..permudahkanlah segalanya urusan kami dan izinkanlah kami sampai ke jinjang pelamin..aminyarabbilalamin.....

p/s---> kebetulan nama ktorang agak lebih kurangkan..hehe..
Khairul Fahmi & Aimie Hermelia = Fahmi Hijazi & Amy Liana....

10 Orang Pengomen Tegar..:

  1. setuju.. dah banyak kes Facebook menjadi punca perpisahan..

    sebab itu saya kalau marah, tak pernah nak luahkan kat facebook secara direct.

    ReplyDelete
  2. owh..nama lebih kurang..konfius ak d
    buatnya..hahaa

    ReplyDelete
  3. aujinz--> tu la kan tp pempuan bila dah marah dah xleh pikir baik n buruk tu yg jd mcm tu...nasib amy leh kawan lagi....

    ReplyDelete
  4. azuan--> tula nama lebih kurangkan..jgn konfius lak..heheh

    ReplyDelete
  5. jgn risau... slu berdoa smg hubungan diberkati dan kekal ke jinjang pelamin... y ptg kena percaya satu sm lain...

    ReplyDelete
  6. sayang kannnn..

    baru jer bertunang..

    penat wat persiapan tak ilang lagi..

    haihhh..

    ooops..

    tumpang lalu yetuan belog.. ;p

    ReplyDelete
  7. tu semua penangan fb kan.....tapi sayang ler dorang potos tunang....

    ReplyDelete
  8. kalu nak berfacebook pun biar la berpada-pada... ade bnde kite bole cerita ade bnde kite xbole cerite...
    hmm....

    ReplyDelete
  9. a'ah lebih kurang je nama...harap amy smpai ke jinjang pelamin... :)

    ReplyDelete
  10. facebook mmg punca segalanya..baik positif mahupun negatif huhu

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia..
Terima Kasih coz sudi komen blog amy..
Lain kali komen la lagi..hehe..

Iklan Berbayar