Produk Terlaris..

July 31, 2011

Khairul Fahmi Che Mat putus tunang dengan Aimie Harmelia???



Berikut ulasan apek kepada harian metro...

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.” – MyMetro


Ya Allah mcm tak percaya je sebab fahmi dan elia baru je tunang 17 mei aritu..xsampai 3 bulan dah jadi mcam nie..amy dengan fahmi tunang 11 jun iaitu sebulan selepas diorang..takutnya bila dengar menda2 macam ni terjadi..harap2 hubungan amy dgn fahmi tiada masalah dan sekiranya ada salah faham kami boleh selesaikan dengan baik..ujian masa bertunang ni memang banyak sangatkan n harap2 amy dan fahmi boleh hadapinya dengan sabar...

Pengajaran buat kita, walau nak marah macammana sekalipun jangan sesekali burukkan tunang kita kat facebook sebab ini akan mengeruhkan lagi keadaan lagipun amy sendiri tak suka buat mcm tu..secara tak langsung jugak ia akan menjatuhkan maruah pasangan kita..fahmi sendiri selalu nasihatkan amy walau de masalah apa sekalipun jangan nak post kat facebook sb itu semua ibarat buka pekung didada..selesaikan dengan baik..face to face lagi baik n tak perlu tuk biar orang semua tahu masalah dalam perhubungan kita.

Ya Allah yang tuhanku..berkatilah dan restuilah hubungan Amy dan fahmi..permudahkanlah segalanya urusan kami dan izinkanlah kami sampai ke jinjang pelamin..aminyarabbilalamin.....

p/s---> kebetulan nama ktorang agak lebih kurangkan..hehe..
Khairul Fahmi & Aimie Hermelia = Fahmi Hijazi & Amy Liana....

July 27, 2011

.::D'QISTEE BEAUTY::.

Korang pernah dengar tak produk nie? orang kata iklan dia biasa keluar kat radio THR..actually amy baru je dengar..agak ketinggalankan..hehe..

Hari nie amy beli 2 set produk nie..harganya RM120.00 satu set, 3 in 1..satu untuk amy satu lagi adik amy..amy terdetik nak beli produk nie sebab tengok kawan2 amy pakai semua ok..dari muka kusam dah jadi berseri2..tu pun xsampai sebulan..tu jadi tertarik dgn produk nie..hehe..

3 minggu yang lepas kawan amy beli dulu then amy kata lah kalau dia pakai menjadi baru amy akan beli..tak sampai sebulan dah nampak hasilnya..amy pun apa lagi terus ambik produk..manela tau kan kut kut lepas nie kulit muka jadi macam pengasas nie..gebu n mantop..hehehe...

Ini dia produk2 nya..




SET LENGKAP

NORMAL SKIN SET

WM :RM120/Set
EM:RM135/set

Set terdiri daripada;
NIGHT CREAM 10gm (NOT100802185K)
DAY CREAM 10gm (NOT100802184K)
HONEY & VITAMIN E SOAP 65gm (NOT100802186K)

SENSITIVE SKIN SET

WM: RM120 + NEUTRALIZER RM89.90 (15ML) @ RM30 (5ML)
EM: RM135 + NEUTRALIZER RM99.90

Set terdiri daripada;
NIGHT CREAM 10gm
DAY CREAM 10gm
HONEY AND VITAMIN E SOAP 65gm
NEUTRALIZER CREAM 15ml @ 5ml

CARA PENGUNAAN

Siang Hari
Cuci muka dengan Honey Soap
Sapu day cream

Malam Hari
Cuci muka dengan Honey soap
Sapu night cream


klik untuk lanjutan..

p/s--> harap2 produk ni ok la dgn kulit amy..nak2 raya ni kan jd nak la nampak cantik sikit..sape taknak cantikkan..hikhikhik...

July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


Segmen Abg Ben..

Actually blog ni dah lama wujud cuma amy dah lama tak aktif..geng2 blogger dah ramai jugak tak aktif..sekarang dah mula nak aktif balik..jadi sape yang nak tukar bloglist boleh la tukar dengan amy..comfirm amy akan singgah bloglist amy tiap2 entry baru mereka..nanti boleh masukkan kat Blogger Aktif 2011..

p/s--> abg ben kate yang penting jujur...segmen sebelum ni ada sorang mamat yg bernama *** coment cakap akan singgah tiap2 hari n juga dah folow blog korang tp pada hakikatnya tak..kalau nak suruh folow xyah r nak menipu kan..kejujuran itu penting dalam sebuah kehidupan...peace no war..senyum sokmo...

July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?


segmen abg ben..

Silalah kritik blog amy nie..sila bagi kritikan yang membina ok..hehe..thanks..

July 22, 2011

.::Falling In Love, Single Terbaru Datuk Siti Nurhaliza::.

Kate Siti Nurhaliza : Dont forget to share with your friends..

Meh sini amy share kat blog amy...layaaaaaaaaaaannnn..



Falling In Love - Siti Nurhaliza..

Once in a lifetime…
And your sweep took off your feet
And everything I’ve touched dissolve itself before my eyes

You’re taking me higher when I hear you speak to me
This is so familiar but I’m caught up in this fantasy

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

You’re taking me higher when I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you...


Bestkan..tak sangka siti boleh nyanyi lagu omputih sehebat macam nie..best sangat-sangat..nanti takyah dengar la lagu lady gaga yg banyak merapu tu.......hehehe

p/s--> kredit pada ohbulan.com..

July 21, 2011

.::Cuti-Cuti Cinta @ Air Terjun Sekayu::.

Semalam amy n fahmi bawak anak-anak buah pergi mandi kat air terjun sekayu..nak keluar lepak2 kat bandar dah tak tau nak pergi mane last sekali lepas kenyang isi perut kat rumah amy pun ajak fahmi pergi sekayu bawak effa n eddy..ramai giler orang kat sana semalam memandangkan semalam Terengganu cuti umum sepena hari Keputeraan Sultan Terengganu



Snap2..sebelum sampai sekayu..effa orang paling seronok..


snap snap snap.....

dah macam ayah orang dah..hehe..practice make perfect..

cian eddy kesejukan.........

syonoknya eddy n effa mandi.....

tak pasal2 eddy pun dimandikan fahmi..huhu..tp eddy suka air..

Eddy yang kesejukan lepas mandi..kesiannyer anak shekmie nie..

p/s--> cuti cuti cinta........thanks en.tunang...=)

July 19, 2011

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG..

Bila Buka Blog? :: Ditubuhkan pada Februari 2009.

Kenapa anda buat Blog? :: Amy buat blog sebab semua pelajar yang ambik kursus Spike@Trg iaitu program e-farm under kerajaan Terengganu diwajibkan buat blog..Kursus yang kitaorang ambik ni kursus it dan selepas habis kursus ni kami akan dihantar bekerja dengan syarikat membuat website dan portal di Kuala Lumpur..Syarikat Skali group..dan sampai sekarang amy masih gunakan blog nie walaupun dah tak kerja kat situ..

Siapa idola Blogger anda? :: RedMummy..Ben Ashaari..Cik Epal..Hanis Zalikha..(kenapa amy minat dengan blog2 nie sb diorang citer pasal kehidupan diorang dan bukan fully pasal dunia artis dan bukan juga entry yang dicopy paste..dari cerita2 kehidupan mereka juga kita boleh mengenali mereka denganl ebih dekat=) amy masukkan video2 bila xde idea nak update je..hehe..

Cuba bagitau kenapa blog anda patut dipilih sebagai blog yang patut di singgah setiap hari ? :: Kenapa ek? tak taula..xde yang special pun blog amy..cuma amy akan update tiap2 hari dan blog walking blog kawan2 tiap hari..blog walking boleh mengeratkan silaturahim walaupun di alam maya..

July 18, 2011

.::Wali Band - Tuhan::.


Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan


Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku


Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku


Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….


p/s--> sape yang suka lagu nie boleh download di 4shared download.klik sini..

July 17, 2011

.::Video : Pre Wedding Nurul Syuhada Nurul Ain & Raja Amir Shah::.

Amir & Nurul Syuhada | Dating from cstproduction on Vimeo.

Best sangat tengok video nie..xde gedik2..Sweet sangat2...sama comel..sama padam..muka pun iras2..congrates to both of u..



p/s-->kredit pada ohbulan.....

July 16, 2011

.::Faliesha's Barbie Doll Cake::.

Selesai sudah majlis hari jadi faliesha malam tadi..ini dia kek yang faliesha idamkan..sekarang dah jadi realiti..hehehe..comel tak kek princess nie..cute sangatkan...kek ni adalah pilihan faliehsa sendiri..dia memang suka pinky pinky ni..

Actually ni first time amy tengok kek macam gini kat depan mata..sungguh jakunkan diri ini..hehehe...


Sweet..






Kek ni kitaorang tempah kat Ziq Bakery & Cake kat Terengganu..kalau korang nak tempah leh layari website dia di Ziq Bakery & Cake..dijamin halal..harga pun berpatutan...



Kek Princess 2 kilo RM 70.00



Kek Biasa 3 Kilo Rm120.00



Total 2 tingakat Rm190++...

p/s--> Faliesha dah eddy lak kek apa nanti ek? hmmmmm....

July 13, 2011

.::Memang menakutkan::.

Memang takut giler..takut tahap gaban..tu je yang boleh amy gambarkan macammana perasaan amy malam td..huhu..

Semalam,amy pergi kerja dengan motor..amy kena shif malam..masuk kul 1 tengahari balik kul 9 malam..

Mula2 tunang amy nak mai ambik amy kat tempat kerja sebab dah alang2 dia nak pergi rumah pahtu nak tinggal je motor kat rumah student ni tp last2 masa kul 9 tu call dia de kat bukit payung lagi..malas la nak tunggu kat library nie then suruh dia pergi rumah terus je..

Otw balik tu tiba2 motor tu mati tengah jalan..start punya start xhidup..mati pulak kat kawasan yang gelap..kiri kanan takde rumah..cuma ada pokok je..lampu jalan rosak..adoyai..paling menakutkan, ada 2 3 ekor bab1 a.k.a khinzir ada kat depan..memang dekat sangat dah khinzir tu dgn amy..nasib baik dia tak mai serang amy..huhu..Allah je tau camne perasaan masa tu..memang takut giler..

Last skali amy kol suruh spupu mai tunda motor..dekat je tempat kejadian dengan rumah amy..xsampai 500 meter pun tp malam punya pasal tambah lak dengan khinzir tu yang jadi takut tu..huhu...

p/s--> ya Allah ya tuhanku..thanks coz selamatkanku....lindungilah dimana jua kami berada..amiin...

July 12, 2011

.::Faliesha berbaju princess::.

Settle sudah pasal kek princess..malam tadi kitaorang pergi tempah kek princess ni dekat Ziq bakery & Kek dekat gong kapas sb ramai yang suggest kat situ..kitaorang tempah kek 2 tingkat..yang atas kek princess 2 kg n yang bawak kek biasa 3 kg..lama jugak la duk pilih design kat situ last2 suruh faliesha je pilih..tp seriusly memang lawa-lawa kek kat situ..nanti nak kahwin leh la tempah kat situ kan..hehehe...

Adryana Faliesha..

Lepas balik dari kedai kek tu, kitaorang pun singgah kat giant..nak pergi cari baju ala-ala princess la konon..hehe..cari punya cari jumpa la baju princess nie..actually memang dah takde pilihan..nak tak nak terpaksa la ambik yang nie..

Faliesha bergaya dengan baju princessnyer..dah tak sabar dia nak pakai jumaat nie..sabar yer sayang..hehe
p/s--> actually hari ni besday faliesha tapi hari jumaat ni baru nak sambut besday dia..papepun happy besday syg..smoga anak cikmie ni berjaya di dunia dan akhirat..amiin.....

July 11, 2011

.::KEK PRINCESS::.



12.7.11 ni besday anak buah amy faliesha yang ke 3 tahun..besday dia nak sambut hari jumaat ni memandangkan besok semua orang kerja..tapi yang jadi masalahnya faliesha nak kek princess..kitaorang ingat nak tempah kek yang macam ni tapi korang tau tak kat mane leh tempah kek macam ni kat area terengganu ni..






Faliesha..

p/s-->mesti happy giler faliesha kalau dapat kek macam nie..hehe..

July 6, 2011

.::Ganu Kiter Online Shop::.

Salam semua..apa khabar..harap baik2 aja yer..sekarang ni amy sibuk duk buat blog tuk jual barang2 dalam katalog nie..semua barangan berjenama dan original..antara jenama yang ada adalah, NIKE, ADIDAS, LEVI'S, ARMANI EXCHANGE, CARVIN KLEIN (CK), LV ( LOUIS VUILTON), PAUL SMITH, PUMA, GUCCI, POLO, CONVERSE, CROCS, DOLCE & GABBANA (D&G), EMPORIO ARMANI, BURBERRY, PAUL & SHARK, BOSS, LE COQ SPORTIF,FRED PERRY..harganya murah dan barangan dijamin berkualiti..gambar-gambar barangan tu amy tak scan lagi..dalam proses menyiapkan blog nie..kalau ada masa sudilah singgah di sini yer..hihi..

|
|
|
v


Antara barang2 yang ada dalam katalog ni adalah :

Football man shoe
Jogging Man shoe
Hightcut Man Shoe
Outdoor & Indoor Man shoe
Man Slipper
Lady Slipper
Lady Shoe
Kid Shoe
Kid Shirt
Football Jersey
Man Collar Jersey & Shirt
Man Sport Jersey
Man T-Shirt
Man Long Sleeve
Man Jacket
Man Blouse
Man Pant
Man Jean
Lady Shirt
Lady Jacket
Lady Pant
Lady Jean
LV Bag
Lady Bag
Lady Underwear
Sling Bag
Small Sling Bag
Pouch Bag
Mini & Shoe Bag
Hiking Bag
School Bag
Traverlling Bag
Sock
Man Belt

p/s--> nati boleh la beli untuk pakai raya nanti..hehe

July 4, 2011

.::Meet Uncle Hussain ft. Hazama :: Pokok ::.

Meet Uncle Hussain ft. Hazama



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu k emana
Terlalu banyak alasannya

Duk terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya

Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

p/s--> like Hazama...kawtim...suka lagu ni? leh download kat sini...

July 2, 2011

.::saya dapat hadiah walaupun...........::.

Salam semua..pekabar..harini amy nak share something..amy dapat something dari ayah tercinta..apa tu ek??..menda ni xdela hebat mana tp rasa terharu sangat-sangat..actually amy start kerja 15 hb jun baru ni then amy pergi kerja ulang alik dengan motorsikal..kalau dari rumah ke tempat kerja ada la dalam 15 minit..takdela jauh mana..hari pertama kerja tu ayah amy pun call..

Ayah : Camne kerja

Amy : Ok je..best sebab rilek je...dok letih lasung..hehe

Ayah : ooo, lenguh dok bawok mutor? kena hujan dok??

Amy : dok pun...tp boleh tahan r...

Ayah : Mi nak kereta dok? ada orang nok jual kereta tapi kereta buruk je..kereta 2ndhand..

Amy : Kereta burok????? Huhu.. mi nok la kalau ayoh nok beli..hehe gelak jahat..

Ayah : Kereta Buruk je tapi boleh la wat g kerja...hihi..

Amy : Doh ikutla...dok kisoh burok pun..asalkan ada..hehe

Ayah : Ok r,nati ayah beli...

Amy : Hoorayyyyy.....

Keesokannya tu ayah amy pun beli la kereta ni untuk amy..cash n carry..hehehe..walaupun bukan kereta baru tapi hati amy senang sebab takyah fikir ansuran bulan-bulan..boleh simpan duit tuk kahwin jer..hehe...Thanks God, Thanks dad..Alhamdulillah..Merah tak? sama la dgn ego amy..hehe..

p/s--> Alhamdulillah Ya Allah, ku bersyukur dengan rezekimu..

Iklan Berbayar