Produk Terlaris Julai..

May 31, 2011

.::Kahwin sudah, akan berbulan madu ke China bersam 4 orang isteri.. wow hebat betul Salih Yaakob nie::.

Pakcik Salih akan berbulan madu ke china bersama keempat-empat isterinya....hebatkan..apa kate kalau bawak kesemua 11 anak-anak pergi sana..mesti lagi gempak..hehe..

Bersama2 isterinya Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama l lagi isteri barunya..
Isteri ke 4 - Emi

Ya, itu impian Salih Yaacob sebaik sahaja selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50, petang semalam.
Salih Yaacob & isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali atau lebih dikenali sebagai Emi diraikan dalam satu majlis resepsi berskala serdahana bersama keluarga sebelah isteri & rakan terapat, dengan anggaran lebih kurang 180 tetamu dijemput hadir.
Ekoran majlis diadakan secara tergesa-gesa, ramai tetamu seperti pihak media tidak dimaklumkan mengenai majlis perkahwinan ini, dan Salih Yaacob cuba menjelaskan situasi sebenar kepada pihak media.
“Diaorang tak macam kita dik. Diaorang bukan jenis macam kita. Diaorang rasa malu, masih tekanan daripada orang yang protes. Menang tergesa, bila dah keluar paper, banyak tentangan. Buat yang terbaik, yang mudah.”
Menurut Salih Yaacob, mereka berdua akan berbulan madu ke negara China, dan dia turut bercadang membawa ketiga-tiga isterinya bercuti bersama.
Ditanyakan alasan ketiadaan tiga lagi isterinya dalam majlis malam tadi, ini jawapan Salih :
“Tengah susut sekarang nak pergi China, semua sekali nak pergi. Sorang tak pergi, semua pakat tak pergi. Nak menjaga sebelah pihak sini, nak jaga hati. Pandangan tetamu lain, you all nak soal-soal dia lagi.”

p/s--> Kredit pada Ohbulan..

.::Selamat Pengantin Baru Salih Yaakob dan Emi::.

Selamat Pengantin Baru buat Salleh Yaacob dan Emi..tengok pakcik salih ni teringat lak zaman aku duk rumah sewa sekali dengan anak sulong beliau semasa kitaorang sama2 study kat uitm dulu..Namanya Kak Lyana..orangnya cantik dan kelakar persis papanya jugak..

Aku doakan, Semoga Bahagia ke akhir hayat......


p/s--> kredit pada ohbulan..

May 30, 2011

.::Syurga Cinta vs Syurga Makanan::.

Semalam aku balik duk rumah kat gong badak nie..aku sebenarnya takut nak balik rumah sini sebab terlalu banyak makanan..biasanya kalau aku duk rumah kuala berang, aku dengan adik aku diet..kitaorang rela tak masak sebab nak diet semata-mata..hehe..

Bangun je tido pagi tadi terus breakfast..Menunya, nasi minyak + Kayu keramat atau orang ganu panggil roti kamat...nasi minyak ni senang je nak dapat kat terengganu..kalau kat kl kena tunggu kenduri kahwin baru leh merasa..hihi..Nasi Minyak..
Kayu Keramat..cicah dengan air teh o best giler..

Lepas tu lunch pulak dengan nasi ayam..yummy2....

Nasi Ayam...

Untuk satapan petang pulak kuih butir nangka, bubur kacang, bubur pulut itam n bubur chacha.
Kuih Butir nangka..kalau bulan puasa wajib aku beli..
Bubur kacang hijau..

Bubur pulit hitam..
bubur chacha..

Ok, untuk makan malam ni pulak menunya adalah nasi dagang..

Nasi Dagang...

Baru aku perasan, semuanya makanan tradisional..dan tuk pengetahuan korang jugak semua makanan di atas mak aku beli kat pasar je dan gambar2 tu adalah ehsan dr pakcik google..haha..naik berapa kg la aku arini..huhu..

p/s--> Jom menjamu selera..yummy2.......

.::HOMEMADE CHOCOLATE::.

Homemade chocolate..sweetkan..actually hari ni aku duk usha2 kat facebook sape2 yg jual coklat online nie..kononnya nak tempah tuk wat hantran pertunangan aku nati..bila di usha2 jumpalah 2 3 orang yang buat menda alah nie...bila aku msg2 dorg ada yang dah xbuat pos laju dan bermacam2 masalah lagi..aku pun try tanya dalam fb dan thanks to myra sebab bgtau kak syuhada yg merupakan kawan aku jugak boleh buat coklat macam nie..so sekarang takyah fikir lagi dah settle tuk coklat nie..lagipun senang boleh ambik by hand je xyah nak pos2 nie..hehe..kak syu plez take note yer..hehe..

Tu dia,ini lah warna tema aku nanti..purple putih..tp ni cuma contoh warna yg aku nak je sb yg ni 24 piece tp kak syu akan buat nati 35 pieces harganya RM47..tak kisahlah harga sebab adik aku yang sponsor..hehe..katenya jangan lebih dari RM50 hinggit so sekarang ni ada balance lagi rm3..haha..

Ok, sekarang ni lah design yang aku nak nanti...comel tak..cuma warna je tukar ke warna purple putih n kat bawah nanti boleh tulis nama ktorg..hehe..

Sekarang ni duk usha kek pulak..kek cmnane ek? hmm..yg bestnyer untuk kek ni adik bongsu aku lak nak sponsor..bestnyer hidup...hehe...

p/s--> 12 days more to go......

May 22, 2011

.::Merisik::.

Assalamualaikum semua..lamanya aku tak update blog nie..bukan pe line broadband sekarang makin parah aku rasa..huhu..

Sebenarnya kat sini aku nak share 1 berita gembira buat aku..apa dia ek?? hehe..ok2 straight to the point ek..sebentar tadi family myluv datang tetapkan tarikh pertunangan aku dan si dia..selepas diperbincangan dan akhirnya dengan kate sepakat family aku dan si dia, kami akan bertunang pada bulan 6 nie...

Alhamdulillah..selamat sudah step pertama..tinggal kedua dan ketiga lagi.. Korang doakan semoga semuanya diberkati-Nya yer..


p/s--> lagi 3 minggu insya Allah aku akan bergelar tunangan org..hehe..

May 6, 2011

.::Sergio & Marimar's Lambada Dance::.

Marimar Auwwwwwwwwwww!!!!!!!!! Setiap Isnin hingga Khamis.. Jam 3-00 ptg hingga 4-00 petang..saksikan Marimar di TV3..

Saksikan kehebatan Sergio & Marimar atau nama betulnya Dingdong & Marian Rivera menari..



p/s--> Marimar memang comel tp Cruzita lagi comel..=)

May 5, 2011

.::Bosan::.

Bosannya sekarang nie..tak tau nak buat apa..memang bosan tahap cipan dah nie..huhu...

Iklan Berbayar