Produk Terlaris..

March 31, 2011

.::KISAH DI SEBALIK APRIL FOOL.. RENUNGKANLAH.. KATAKAN TIDAK PADA APRIL FOOL::.

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

p/s--> di ambik dr fb..kredit pada nina's hubby...

.::OH TIDAK : SUBHANALLAH....SUNGAI DALAM LAUT::.

Td aku duk layan-layan facebook tiba2 ada sorg share menda ni kat facebook..aku pun bukak la website ni..aku pun baca la entry nie..
Sungai dalam Laut.....hebat bukan ciptaan-Nya....
Ia membuatkan aku berfikir sejenak.....

Korang boleh baca selanjutnya dan melihat lebih banyak lagi gambar di
Oh Tidak.Com..klik je..


Ya Allah Ya Tuhanku..indahnya ciptaan-Mu...
Allahu Akhbar...


p/s--> kredit pada ohtidak.com..

March 29, 2011

.::COLEK GULA MELAKA DGN PAUH @ BUAH MANGGA::.

Malam ni aku rasa macam nak makan buah pauh atau korang panggil mangga dicicah dengan colek gula melaka je..sedap jugak makan colek ujan2 nie..apa lagi,kakak ipar aku pun petik la buah ni dekat pokok belakang rumah aku..buahnya masih muda..tengah sedap orang kate..tempurung dia pun masih lembut jadi buahnya memanglah best tuk di makan..pergghhh.

Gambar di ambik dari encik google tp buahnya macam ginilah...
ehsan dr pakcik google jugak..lebih kurang macam ni la colek gula melaka..

Aku pun buat lah colek nisan @ gula melaka...ni aku sertakan resepi aku ek..aku belajar dengan uncle aku..dia tu terror masak tau..hehe..

Colek Gula Melaka..

Bahan-bahannyer..
Gula Melaka, Belacan, Garam, Kicap, Cuka, Lada Giling.

Cara-caranya ialah..
Tumbuk gula melaka sampai lumat, masukkan belacan,garam kemudian tumbuk sekali..masukkan sedikit kicap dengan cuka kemudian gaulkan..last sekali masukkan lada giling kemudian gaulkan..untuk rase lebih pedas campurkan sekali cili api..
cuka dengan kicap letak sikit je sebab takut colek tak pekat kalau letak banyak..ok,selamat mencuba yer....

p/s--> nak masukkan gambar colek tp bluetooth laptop ni xdetect..huhu..

.::FILEM OMBAK RINDU vs NOVEL OMBAK RINDU::.

Filem Ombak Rindu yang diadaptasikan daripada Novel Ombak Rindu..
Citer ni memang best..masa aku duk layan novel citer ni sampaikan nangis2..kalau dah dijadikan filem tak taula cammane jadinya..tp aku rasa filem takkan sama dengan novel sbnya novel terlalu panjang, banyak pergolakan dan kebiasaanya apabila dah dijadikan filem, banyak babak yang akan dipotong untuk memendekkan perjalanan cerita..tp aku harap jalan citer ni still lagi best sepertimana novelnya...filem ni akan ditayangkan pada 2011..tp bila ek? xsabar nak tengok nie..huhu..





p/s--> aku lagi suka kalau watak izzah diberikan pada Lisa..sebab lisa lagi muda kut..huhu..

.::Kejora dan Bintang (episod akhir)::.

Tak sabar2 aku nak tau ending dia..last2 aku pun layan kat you tube..so sekarang ni terlepas kat tv pun dah tak kisah..selamat menonton yer..



p/s--> thanks kepada penguploadnyer..endingnye memang best...tp sedikit kesian buat fitra..tp yg penting erlangga n kejora bersatu..

March 28, 2011

.:: Download Maher Zain - Baraka Allahuma Lakuma with Lyrics::.



We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

p/s-> tiba2 rasa nak layan maher zain..selamat mendownload yer..

March 27, 2011

.::Free Download lagu Kapilla - Biar Berjauhan::.




Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam

Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati memujuk hati ini
Dan bila ku berhadapan teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan lama terpendam
Rasanya sudah terlewat untuk ku terima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dgn caraku

Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Ulang..


Biarlah aku dengan caraku selama ini tidak kau peduli

Sedari dulu tidak sedikit pun aku terima kasih dan sayangmu

Biar menjauh dari menghampiri agar tak berulang kelukaan hati

Biarlah putus tak bersambung lagi andai diingati sedih pun kembali

p/s--> terdengar lagu ni kat radio..terus download...lama xlayan jiwang..hehe..sape berminat leh la download kat sini..

.::Konsert Hore-hore bersama Aznil::.

Konsert Hore-hore bersama paknil di astro ria..

Aku terkilan sebab jam 11.00 mlm tu baru aku ingat nak tengok konsert nie..padahal dah lama tunggu konsert nie..konsert ni start kul 10 hingga kul 12 mlm td..nak tengok live punya jauh sangat..takkan la nak naik kl smata-mata nak tengok konsert..huhu..kalau kat Terengganu boleh jugak nak pergi..

Walaupun sempat tengok 1 jam je tp best sangat..best giler..memang betul2 menghiburkan..memang paknil betul2 power..paknil takde tandingannya buat masa nie..lawak dan telatah paknil bersahaja tp aku dengan adik aku duk gelak bagaikan orang kena sawan..haha..

Apa yang paling best hadiah2 yang ditawarkan..gila babung lumayan..yg aku sempat tengok ada yang dapat 4 bear, barangan kemas habib jewel bernilai rm50 000, tiket pernerbangan tuk mengerjakan umrah dan juga hadiah cabutan bertuah berupa sebuah perodua myvi premium bernilai rm50 000..wah hebatkan...apa yang paling aku respect kat pak nil..paknil telah menyumbangak wang daripada penjualan tiket kepada adik yang mengidap penyakit jantung (lupa nama) sebanyak rm30 000..sucinya hati paknil kan..ni lah contoh artis yg boleh dijadikan ikon...

Sekarang ni aku duk tunggu bila astro nak ulang balik konsert nie..1 jam aku permulaan aku tak tengok..betul2 rugila...pliz astro ulang balik konsert nie..mak aku lagi kesian..ingatkan konsert tu malam ni..lagi tak dapat tengok langsung..huhu..

p/s--> agak-agaknya bila paknil ni akan dapat gelaran Datuk ek?? Harap2 hari tu akan tiba..amiin...

March 25, 2011

.::Tsunami di Jepun bukti Kiamat semakin hampir;;.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

P/S--> Kredit pada Jeming Hassan..

March 22, 2011

.::Adik-Adikku Musim ke 2 (Final)::.

Jam menunjukkan 10.00 malam..aku terpacak depan tv tuk menyaksikan citer Trilogi Cinta..Last2 aku tengok citer tu takde sb ada siaran langsung pertandingan Adik-Adikku Musim ke 2..alang2 dah terpacak depan tv tu aku pun tengok jela...

Aku begitu kagum dgn peserta2 ni sebab betul2 hebat dalam berpidato..mengaji..berzanji..menyanyi..memang hebat giler la kate orang..baru je sekolah rendah tapi ilmu agama memang penuh di dada...memang menjadi kebanggaan ibu bapa..respect rancangan sebegini berbanding dengan idola kecil...

Tahniah ni ucapakan kepada Adik Munir selaku Juara..Adik Siha selaku Naib Juara dan Adik Zaid selaku tempat ke-3..korang semua memang mukmin dan mukminah sejatilah...syabas pada ibubapa mereka...

Ikut komen aku..aku lagi suka adik siha..lantang dan memang power..tp dah memang rezeki dik munir tuk menang malam ni..semoga adik-adik seperti ini akan jadi pemimpin kita satu hari nanti..amiin..

p/s--> cantik giler Siti Nurhaliza pakai tudung litup malam nie...

March 21, 2011

.::Buffered Earning dari Maxis Nokia E7 LB::.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah....
Aku dapat BE lagi....
Sebelum ni dari MAS MH Buddy LB dah masih lagi ada kat blog aku..

Klik Sini dan like fanpage nie..xde paksaan ek..huhu

Kali nie dari Maxis Nokia E7 LB...

Dah lama aku tengok maxis ni berlegar2 dekat blog aku..xtau lak yg ni BE..hehe..
Kalau korang de masa singgah lah kat website maxis nie..Klik sini..

Korang boleh tengok info2 yg berguna..antaranya model handphone..
Nokia E7 - RM1995.00
Nokia N8 - RM1565.00
Nokia E5 - RM705.00

Bestnyer kalau ada org belikan..lalala...hihi..

p/s--> Thanks nuffnang bg BE lagi kat saya..sekarang ni ada 2 BE dekat blog aku..Mas n Maxis..sayang kamu lebih la nuffnang....bagilah banyak lagi..hihi




March 19, 2011

.::Raja Lawak Musim Kelima (Final)::.

8.30 malam tadi aku dah terpacak depan tv bersama family aku..tak sabar nak tengok raja lawak..Memang gempak la pembukaan raja lawak tadi..mengalahkan akademi fantasia lagi..hihi..tp papepun Zizan n Johan memang best giler..terbaik wook..hehe..

Tahniah di ucapkan kepada Man yg telah menjadi juara dalam raja lawak musim ini..
Tahniah jugak tuk R2 selaku naib juara dan Balas di tempat ke tiga..tepat tekaan aku..
sebelum show aku bajet R2 akan jd juara tp lepas show aku tengok Man memang betul2 menyerlah..memang best giler..terus aku letak dia no 1..tp aku tak undi pun..syg kredit..haha..

Bestnya Man dapat wang tunai Rm100 ribu..dahlah takyah kongsi mcm R2 n Balas..kalau aku nak buat pe ek??..hmmm..mulalah nak berangan nie..haha..berakhirlah sudah raja lawak dan sekarang aku tak sabar2 nak tunggu Akedemi Fantasia musim terakhir..jangan lupa ye 4.2 ni konsert prelude..

p/s--> xsabar nak tengok pak nil mengacara AF tuk kali nie..

March 17, 2011

.::Musim Tengkujuh::.

Sejak kebelakangan ni hujan turun tak henti2..nak kate berkaitan dengan tsunami di Jepun tak jugak sebab sebelum ni pun dah memang hujan..kalau kat kampung aku kuala berang ni memang hari-hari hujan..kat bandar kuala terengganu takdek lak camtu..aku nak pergi mana2 pun sekarang ni susah kalau dengan motor..nak tak nak terpaksa naik kereata..huhu..hujan sekarang ni dah macam hujan musim tengkujuh yang selalu berlaku bulan 12 je...nak banjir pulak agaknya..huhu..

Sekarang ni memang musim orang kahwin..al-maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah..kesian lak aku tengok dekat kenduri-kenduri kahwin..terpaksa meredah hujan..macam aku aritu lah terpaksa makan nasi pun kaki berendam dengan air hujan..sejuk giler..aku bukan apa, musim-musim hujan ni pacat dengan lintah banyak..takut tu..aku berani lagi nak buang kalau pacat tp kalau lintah memang aku takut giler la..huhu..

p/s-->Harap2 hujan ni takde pencemaran nuklear seperti mana mesej yang kita dapat tu...

March 15, 2011

.::TSUNAMI DI JEPUN DI SEBALIK AL-QURAN::.

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

kdt to iskandar zulkarnain..

p/s--> renung2kanlah..

March 14, 2011

.:Macam2 Citer..Ce citer Ce citer =)::.

Seminggu tak dapat update blog...

Laptop aku buat hal..window tak boleh detect broadband..adoyai sakitnya hati...tak dapat nak online blog, facebook, email dan macam2 lagi..nasibla ada laptop adik aku nie..laptop aku punya dah bagi kat bf aku..baru je sebulan beli laptop tu tapi dah wat hal..padahal aku tak pandai jaga laptop..huhu..laptop adik aku ni lak dia tinggal sebab dia kena pergi praktikal kat Bentong, Pahang..so sekarang ni jadi milik aku la..hehe..


***************************************

Kenduri kahwin..

Ramainya orang kahwin musim cuti sekolah nie..siti situ sana sini aku tengok de bunga mangga..aku pun tak ketinggalan tuk pergi kenduri kahwin nie..hari sabtu baru ni aku pergi 2 tempat..kedua-dua tu rumah kawan bf dan spupu bf aku dekat besut..hari ahad lak ikut mak aku kenduri kat kemaman then kuantan..bestkan..hehe..aku ikut je..boleh pergi jalan-jalan makan angin..hehe..papepun aku ingin ucapkan selamat pengatin baru kepada smua dan juga kepada kawan2 aku yang melangsungkan pertunangannya aku ucapkan selamat bertunang..


****************************************

Dapat Buffered Earning lagi....

Yes2 Alhamdulillah..aku dapat BE lagi..walaupun nuffnang tak se gah dulu tp minggu ni aku dapat Earnings RM4.00..ok la tu kan sebab sebelum ni dapat RM0.50 je seminggu..bila di selidik tengok2 ada BE..wow BE lagi...sekarang ni dapat BE dari MAS MH Buddy LB..Thanks nuffnang..nati bagila BE lagi yer..hehe..papepun syukur Alhamdulillah....

p/s--> Encik Nuffnang, bagilah BE lagi..hehe..aku sayang sama kamu....

March 8, 2011

.::Sah! Aznil Hj.Nawawi Pengacara Akademi Fantasia ke 9::.

Td aku singgah2 kat gosip artis..aku tgk pages fevet aku..oh bulan n oh artis..tiba2 aku ternampak berita nie..waw bestnyer..pengacara yg paling aku minati akan jd pengacara AF9 nanti..wah xsabarnye nak tengok telatah pak nil lagi...beliau mmg hebat n memang best..

Dulu aku memang suka AF ni tp bila pak nil dah berhenti dari AF aku pun berhenti sama layan AF yang seterus-seterusnya..so sekarang ni aku tak sabar2 tunggu AF9.....

Kredit tuk OhBulan..

Aznil amat sinonim dengan Akademi Fantasia. Walaupun beberapa selebriti lain seperti AC Mizal, Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley pernah memegang posisi yang sama, namun impak yang ditinggalkan oleh Aznil tetap melekat dalam hati peminat AF.

Umum sudah tahu, Akademi Fantasia 9 (AF9) merupakan siri rancangan realiti yang terakhir, penutup tirai setelah 8 musim berkeudara di tv. Musim terakhir dikatakan lebih bermakna kerana segala memori bekas pelajar-pelajar akan dipaparkan semula. Bukan itu sahaja, individu serta pengkritik luar terutamanya blogger-blogger turut dirancang untuk muncul dalam AF9 kerana mereka juga penyumbang utama kepada kejayaan AF ini. Kalau tak silap, di saat kemunculan awal AF, SultanMuzaffar yang kini merupakan editor Gua adalah pengkritik blogger yang kerap memberikan ulasan-ulasan bernas mengenai perkembangan pelajar AF.

Sebagai penutup tirai, Aznil sekali lagi diberikan kepercayaan oleh pihak Astro untuk mengendalikan Akademi Fantasia 9. Adakah kedatangan Aznil akan mengembalikan aura AF9 sehingga berjaya menarik jutaan penonton? Kita nantikan sahaja.

p/s--> Aku layan je Af ni tp tak pernah sekali pun aku afundi..hahaha....apa yang penting layan..

March 6, 2011

.::DONT BE SAD!!!::.

Di kala ini, di saat ini..
Hatiku teramat sedih..
Pikiranku tah kemana..
Jiwaku kosong...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Tabahkan hatiku tuk hadapi ujian2 Mu..
Sesungguhnya Kau yg maha penyayang..
Ku dambakan Kasih-Mu Tuhan..


p/s--> luahan hati..


March 5, 2011

.::RYOYA LUCKY DRAW::.

Assalamualaikun dan salam sejahtera semuanyer....
Harini aku dah di tag oleh Kawan blog aku nie..orangnya adalah Cik Mawar Berduri..
Adoyai, aku dah lah tak berapa suka join contest montest ni..
Memandangkan aku taknak menghampakan kawan aku ni, aku pun layan la jugak...
Mana tau tetiba de rezekikan...hehehe...
Contest ni diberi nama RYOYA LUCKY DRAW..

First round,
No.1 & 2, buat boleh, tak buat pun ok..

1. Post entry of this 'Ryoya Lucky Draw' - Done !!

2. Tagged - Minimum = 3 persons..Maximum =Unlimited
yeaahh..kita tengok sapa yang kena...huhu

1. Mira
2. Nina
3. Pieya
4. Kamu yg baca entry ni..jgn malu jgn segan yer..

Yang no.3 ni wajib..
3. Give your blog URL & email address kat komen ni or email at

dream_ryoya@yahoo.com

Due date : on 8 March 2011...
Limit to 100 contestants/guests only..Campur yang komen + bagi email sekali ye..

There are prizes/free gifts will be given....
Ada topi,shawl,souvenir from Aussie,exclusive pen,cermin Vietnam & lain-lain lagi... Siapa yang beri details seperti dikatakan pada no.3 layak ke next round....(limit:100orang sahaja)

Last round,
" I will tell you all after the due date ya..What to do....Stay tune !!!
Then, baru tau result Lucky Draw.. "

Bonus part,
"After the last round settle, whoever take part in this GA, I will 'Follow' your blog..."

p/s--> semoga berjaya semua..

March 4, 2011

.::RAHSIA BULAN KELAHIRAN::.

Dalam fb skrang ni sibuk duk tag rahsia bulan2 kelahiran masing2...aku pun nak jugak la..hihi..ni dia rahsia bulan kelahiran aku..OGOS...sape lagi bulan ogos boleh tgk kat sini ek..hehe..tp bukan nak kate..aku setuju sifat2 tersebut..memang banyak ada pada kami semua...

Antara yg tersayang yang lahir bulan ogos..
1 ogos = Ayah tercinta Ramlan..
8 ogos = aku amyliana..
17 ogos = beloved sister nija..
18 ogos = insan tercinta fahmi hijazi
19 ogos = beloved brother fakri..

p/s--> kalau hari merdeka kan best..blh jd anak merdeka..hihi..korang jgn lupa try ek..juz 4 fun..

Iklan Berbayar