Produk Terlaris..

December 31, 2011

.::Resipi Apam Polkadot versi Amy::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam amy buat apam polkadot..amy belajar pun dgn encik google ajer..hehe..jom kita buat sama2...senang jer..

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Mula2, masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang..



Seterusnya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan..


Pilihan warna amy..

Colorful...

Kemudian, masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag..picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja..letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan..



picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh..last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan..kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak..



Akhirnya, inilah hasilnya...jom makan..yummy2..

Inilah hasil tangan amy..Apam Polkadot..hehe..

***Nota*** --> masa amy baca ramuan dalam blog aritu amy tak tau apa tu ovelette..cari2 internet akhir jumpa la gambarnya..amy pun pergi la beli kat mydin mall.hehe...

Ovelett :: RM1.50 jer..

Ni lagi satu, nama dia lopang acuan..first amy buat tak letak dalam ni..dia jadi kembang yg amat sangat..memang tak lawa..amy pun pergila beli bekas ni..harganya murah jer..12 biji RM1.60 jer..hehe..

Lopang Acuan..

P/s--> nak tau amy belajar kat mane?? kat sini My Resipi.


December 22, 2011

.::Biar Mimpi Sampai Ke Bintang::.

Salam 1 Malaysia..
Jangan lupa saksikan telemovie baru malam nie..

Telemovie :: Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..
TV :: 104 (Astro Ria)..
Jam :: 9 Malam nie (22.12.2011)..
Lakonan :: Randy Panglila dan Elfira Loy..




Trailer Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..





p/s--> telemovie yang ditunggu2..xsabar nk tengok malam ni..harap2 citer die best la..mulai esok amy cuti sampai 01.01.2012..yes bercuti sakan sambil menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan...hooorayyyy.....

.::Kepada yg nak kawen time cuti sekolah tu cepat2 tempah pelamin yer::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar kawan2 semua..harap baik2 yer..al-kisah semalam amy pergi teman sepupu amy yang nak kawen bulan 3 ni tengok2 pelamin..cuma tinggal 2 bulan je lagi dia nak kawen tu kena cari awal2kan..last skali sepupu amy ambik yg tema korea..nanti penuh la dengan bunga2 sakura..harganya rm2700 full pakej..

Al-kisahnya, amy try la tanya2 kalau nak kawen cuti sekolah bulan 5 dengan 6 nanti camne..bila kena tempah pelamin??..last2 empunya butik tu cakap 2.6 dah tutup sb terlampau ramai nak kawen tarikh tu..mana tak nya, 2.6 nanti cuti sekolah tambah cuti umum (Hari Agong) tambah lak hari sabtu..sebab tu ramai orang berebut tarikh tu..2.6 tu jugak nanti majlis abg tunang amy a.k.a bakal abg ipar amy dgn kawan amy nak kawen..dah la 2 orang ni sekampung..nanti beratur la korang depan tok kadi yer..hehe..

Untuk tarikh amy lak dah ada jugak orang tempah..cuma tinggal 1 tempat je lagi..amy pun ambik jela..tempah pun sekadar booking tarikh jer..pelamin pun xtau lagi nk yg cmne..hehe..ingatkan tinggal sebulan nak kawen baru orang cari pelamin rupanya tak..nasib la amy g teman sepupu amy tu..hehe..

p/s--> walaupun lambat lagi tapi tak salah kita settlekan semua tu awal2..nanti tak la kalut sangat buat tu buat nie..padahal excited..hihi...

December 21, 2011

.::xde mud::.

sangat2 takde mud nak update blog..huhu...

December 6, 2011

.::6.12.2011 bersamaan 10 Muharram..Peristiwa di sebalik 10 Muharram::.


10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram

berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :


1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram


12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram

13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram

14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya
selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram

16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.

19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Sumber..


Kelebihan Berpuasa pada 10 Muharram..

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". Sumber..

p/s--> sharing is caring..semoga amalan kite diterima oleh Allah s.w.t..amiin.....

December 5, 2011

.::Obesiti!!!!!! Oh tidaaakk::.

Salam 1 Malaysia..

Lama amy tak update blog..dalam seminggu lebih jugak la tak update..bila dah lama xupdate ni visitor pun jd kurang..huhu..tah nape tiba2 jadi xde mud nak update blog..padahal hari2 bukak..bukak pun sekadar bukak jer lepas tu blog walking kat blog2 kengkawan..sekurangnya tau aktiviti korang semua kan...

Obesiti aka gemuk berlebihan..sape yg tak takut obesiti kat sini?? sila angkat kening..hehe..gurau jer..mesti takutkan..nak2 pompuan..hehe..baru2 ni amy pergi farmasi..amy pun terpandang la alat penimbang berat tu..dalam keadaan takut2 nak timbang sebab dah tau comfirm berat naik..hehe..slow2 amy gerak arah tu amy pun timbang la..korang nak tau berapa berat amy sekarang??? cer teka.. cer teka..hihi.. berat amy 56 kg..uwaaarghh tidakkkkk!!! amy dah gemuk..camne nak pakai baju pengantin kalau badan macam tong ni..huhu..

1.12.2011 amy pun start diet..sekarang ni cara untuk elakkan makan banyak amy puasa tiap2 hari..sambil2 diet leh gak pahala kan..hihi..mula2 amy ingat xnak puasa cuma makan menda ringan2 je di siang hari..tp tak boleh..kalau amy tak pose, pagi-pagi lagi comfirm pergi cafe beli mee goreng dgn sosej 2 batang pahtu tea ais..tengah hari lak comfirm makan nasi lagi pahtu dgn ais lagi..petang pulak dgn pisang gorengnya, keropok goreng nyer..last skali malam pun makan nasi.. adoyai..mane tak gemuk kan..hehe..

Akhirnya, amy pun buat keputusan tuk puasa je di siang hari..bila puasa makan pun terhad..makan time berbuka jer..sekali je sehari..sekarang badan pun rase macam sedap jer mungkin sebab perut tak selalu penuh...mungkin jugak nikmat puasa kut..hihi..insya Allah slagi mampu amy akan usaha tuk kuruskan badan..baru senang cari baju pengantin nanti..hehe..


p/s--> Korang doakan amy cepat kurus yer..dapat 50kg pun dah syukur sgt2..hehehe...

November 26, 2011

.::Salam MAAL HIJRAH & Selamat Tahun Baru 1433::.

Salam 1 Malaysia...



Esok 27 November 2011 bersamaan dengan 1 Muharram 1433...Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru diucapkan untuk kawan2 semua...

Sambutan 1 Muharram tak se gah 1 Januari tapi kita sebagai umat Islam cukup la sekadar perbanyakkan amalan dan jadi insan yg lebih baik n terbaik dari tahun2 sebelumnya...amiin....

Esok dah awal Muharram tapi amy jarang dengar lagu ni berkumandang kat tv n radio..kalau dulu memang tiap2 masa menjelangnya awal Muharram ni la lagu yg sentiasa berkumandang..tak perlu hafal tapi akan ingat dengan sendirinya lirik lagu nie..sebabnya terlalu banyak kali di mainkan..tapi sekarang ni macam dah kurang..naper ek?? huhu..takpela, dengar je lagu ni kat blog amy yer..hihi..

Lagu Tema Awal Muharram..



Lirik lagu Sambutan MAAL HIJRAH ( 1 Muharram )

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman..

p/s--> teringat lak nyanyi lagu ni masa pertandingan nasyid kat sekolah..=)

November 23, 2011

.::Pelamin Anganku Musnah..eh silap2..Pelamin Impianku..hihi::.

Salam 1 Malaysia...

Cuti sekolah dah bermula..pe lagi musim org kawen la jawabnya..kawan2 amy ada jugak kawen cuti sekolah nie..tapi kalau kat Terengganu dengan Kelantan ni, masing-masing jarang pilih buat kenduri kawen cuti sekolah bulan 11 n 12 sebab kat kitaorang musim tengkujuh..kan tak pasal2 makan nasi dalam banjir..hehe..

Sekarang ni hari2 hujan..pagi petang siang malam hujan..dah banyak tempat banjir..syukur la rumah amy tu kawasan tinggi sikit dari sungai..kalau tak kena redah banjir la jawabnya...

Berkenaan dengan tajuk di atas, sekarang ni Amy suka tengok butik2 pengantin online time takde kerja..tengok pelamin, make up n barang hantaran dorang..banyak yang cantik2 amy tengok..yg paling amy suka yang ada tiang tu..hehe..nampak unit n mewah je kan..alangkah bahagianya kalau dapat yg cam gini nanti..hehe..tp sekadar impian jer..nanti amy kawen nak buat ala kadar jer..hehe..

Cer tengok, comel tak?? Kalau korang suka leh la g kat fanpage dorang..

Butik Pengantin Irdina..(Terengganu)

Harga tak tanya lagi..


Butik Pengantin FidaErdy..(Terengganu)

Harga Pelamin : RM 1400
Harga Pakej : RM 2400

Butik Pengantin Anjung Rias (Terengganu)

Harga Pelamin : RM1000

p/s--> Dapat lagi 1 BE arini..BE yang ke 13 dari Adidas Neo..Alhamdulillah..

November 22, 2011

.::BE ke 12 & 13 dari Toyota Corolla Altis & U Mobile::.

Salam 1 Malaysia...

Hari ni ramai yang buat entry pasal bolakan..Tahniah pada pasukan Harimau Malaya sebab berjaya tewaskan pasukan Garuda..nasib baik dorang menang kalau tak mesti entry2 kutukan banyak keluar tuk pasukan Harimau Malaya kita nie..dah lumrah manusia bila menang di puji n bila kalah di keji...kesian..huhu..amy tak ambik port sangat pasal bola nie..memang amy tak minat bola..hehe..lagi-lagi la tunang amy pun tak minat bola...jejaka2 lain duk riuh rendah bersorak tengok bola tp dia duk rilex jer layan one piece..hehehe..

Ramai amy tengok blog2 yg amy singgah dapat BE dari Toyota nie..Hari ni amy pun buka akaun nuffnang..cek2 akaun tengok dapat 1 lagi BE yang tengah running.. U Mobile..BE Toyota Corolla Altis dah running dalam 1 minggu lebih kut..alhamdulillah rezeki..kalau de BE cepat sikit earning ni naik kan..hehe..thanks pada yang sudi singgah..






p/s--> Thanks nuffnang..luv u more la..hehe..

November 20, 2011

.::Pameran Arkeologi Terengganu di KIST Caw Terengganu bersama Anis Suraya::.

Salam 1 Malaysia...

Sekarang ni ada 1 pameran dari Muzium Negeri Terengganu berlangsung kat Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) Caw Terengganu selama seminggu..pameran ni mengenai Arkeologi di Terengganu..berkisarkan sejarah2 zaman dulu..Ekskavasi Gua Bidan, Ekskavasi Gua Taat, Gua Bewah dan macam2 lagi..ada jugak batu2 yg berabad2 lamanya..pameran ni bermula dari semalam sampai minggu depan..kepada warga KIST bolehla datang beramai2 kat library ni yer..

Orang ramai jugak boleh saksikan pameran Arkeologi Terengganu ni..

Tempat :: Kompleks Muzium Negeri Terengganu
Masa :: 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tarikh :: 25 september hingga 31 disember 2011.

(bolehlah datang beramai-ramai kalau nak jumpa Anis Suraya =))

Amy agak terkejut jugak la bila pihak Muzium datang semalam then bagitau ada artis datang..ingatkan gurau je rupanya betul2..hehe..sape lagi Anis Suraya la..Sebenarnya, Kak Anis datang sb beliau sekarang tengah praktikal kat Muzium Negeri Terengganu..Kak Anis sekarang tengah sambung belajar dekat PTPL dalam jurusan Hospitaliti & Tourism..so, sekarang ni semester akhir n jalani praktikal kat Muzium ni..sebab tu la beliau datang semalam..

Budak2 remaja sekarang mesti tak berapa familior dengan Anis Suraya kut sb kak anis ni glamer zaman amy sekolah dulu..sekarang nk kak anis dah bersara nyanyi kut tapi tak pasti la..hehe..tapi kak anis ni memang peramah n sporting habis..


Kak Anis Suraya n Amy..

Kak Anis yg sporting..

Tasya n Kak Anis yg praktikal kat Muzium..

Kenangan sebelum dorang balik..

Anis Suraya :: Cinta Tersimpul Rapi..


lagu feberet amy zaman dulu2...

p/s--> tetiba teringat kat abg kak Anis ni..kemana menghilangnya Shawn Baharin..lupa lak nak tanya kak anis semalam..huhu..

November 19, 2011

.::Maharaja Lawak Mega Minggu ke 4 :: 3 terbaikk::.

Sape yang belum tengok lagi Maharaja Lawak Mega malam tadi jom kita tengok 3 kumpulan terbaik pilihan amy..dorang memang gempak giler..best sangat2...terbaeeeikk...memang korang xkan henti gelak punya...saksikan..

Maharaja Lawak Mega Minggu ke 4

1 :: Kumpulan Osbon..



No 2 :: Kumpulan Boboi.



No 3 :: Kumpulan BP



p/s--> suka sangat gelagat budak kecik dr kumpulan Saehu..

November 16, 2011

.::Jom dapatkan tik tok wajah anda..free jer::.

Cer korang tengok Tik Tok Tik Tok kat sidebar amy..nampak tak?? ala korang tengok sebelah belah kiri bawah sekali lah senang..suker tak?? kalau ada yang berminat, korang boleh ambik widget2 cantik kat WidgetIndex.com..

Kalau jugak boleh mintak macam amy punya..letak gambar korang sendiri..camne nak mintak?? camni ek..korang cuma email detail korang kat bawah kat bawah ni..

Request widget tik tok anda!..

Service ini adalah free.. ok kalau berminat, sila hantar maklumat di bawah ke email tiktokmyface@gmail.com :

1) URL blog:
2) Cerita sikit- sebanyak tentang diri korang secara ringkas:
3) Nickname:
4) Attach image korang (gambar yang jelas, tidak blur, muka penuh (tidak terpotong pada mana-mana bahagian muka & kepala))

Bila widget anda dah siap, saya akan inform melalui email / blog..



Amy punya dia siapkan sehari jer..kejap je kan..tak ambik masa yang lama pun..ingtkan ada la dalam seminggu dua tapi sehari jer..biasanya menda-menda free nie susah sikit orang nak buatkan cepat-cepat tp ni kejap jer..mmg dia betul2 ikhlas la tu kan...hehe

Widgetindex--> thanks coz sudi buatkan TikTok amy..

p/s--> jangan lepaskan peluang request tik tok anda kat sini...tik tok..

November 14, 2011

.::Suke-suke hati mung je nok kutuk bahase ganu::.



Salam sedara Khairul Faizal Abdullah...sedak molek awok kutuk bahase ganu ork..awok orang mane gok yang sedak ngat duk kate2 ke bahase ganu gitu gini ow??? orang K.Lumpur ke mane yang agah ngat cakap ning?? barang nguh duk ngutuk2 bahase orang..Sape kate orang luo dok reti cakap ganu?? Mase saye belajo u aritu ramai je saing2 saye buleh cakap ganu..padahal awok ye anok jati kl..nok seribu daya takboh
seribu dalih...

Kita rakyat Malaysia yer..banyak negeri banyak daerah banyak loghat..so sedara janganlah duk ngutuk2 bahasa orang lain..sungguhpun xsuka dengan bahasa terengganu takyahla nak hina2 bahasa kami rakyat Terengganu nie...kami bangga jadi anak jati Terengganu..

Orang kate masuk kandang kambing ngembek, masuk kandang harimau mengaum..sedara takleh ke jadi cam gitu?? kalau sedara tak boleh, sedara xpayah la jejakkan kaki kat Terengganu..bukan apa, takut sedara sesat jalan nanti susah sebab tak faham apa kitaorang cakap...kesian..

Jangan sampai nanti Allah tetapkan jodoh sedara or jodoh anak2 sedara dengan org Terengganu suda..baru tau langit itu tinggi atau rendah...renung2kan...

p/s--> cintailah bahasa kita..bahasa jiwa bangsa....

November 13, 2011

.::Objek apakah itu???::.



Cuba korang perhatikan betul2?? korang tau tak apakah die objek nie?? haa kalau korang nak tau ni la perut lembu yang korang suka makan dengan mee sup tu..perut lembu yang belum dibersihkan "sisa-sisa toksinnyer"..hehe..sisa-sisa toksin yg masih fresh lagi..haha..sup perut best tp kalau korang tgk perut lembu ni sebelum dibersihkan comfirm korang fikir 2kali nak makan..hehe..

Masa ni hari raja haji aritu, mak ayah amy buat korban sekor lembu jadi amy n sanak sedara pergi la bersihkan perut lembu ni kat sungai depan rumah amy..ni first time amy join makcik2 amy buat menda alah nie..mula2 pergi cuma nak tengok gelagak dorg je..bila dah tengok dorang duk dlm air tu macam best je dan tetiba jd rasa nak join..amy pun join la..lagi pun bila kita bersih kat sungai, bau tu tak melekat pada kita..orang paling semangat dlm hal ni sape lagi kalau tak ayah amy..huhu..


Ayah amy dgn spupu2 amy memulakan operasi..

tu dia perut lembu..

acara membuat sisa-sisa toksin aka tahi lembu..

kalau nak bersih perut lembu boleh guna kapur..

Tengok tu, budak2 smua sepupu sepapat amy..dorang pergi juz nk mandi sungai jer..hehe..

Walaupun bergelumbang dengan "sisa-sisa toksin ni tapi best bila buat ramai2 cmnie..enjoy sangat2..first time amy join dorang, raya haji taun depan leh join lagi..hehehe...

p/s--> Selamat Hari Raya Korban..



November 11, 2011

.::11.06.11 - 11.11.11::.

Salam 1 Malaysia...

Apa khabar semua rakyat Malaysia..Hari ni hari Jumaat bersamaan 11.11.11..cantik nombor ni kan...ramai giler pasangan yang pilih tarikh ni tuk tunang n kahwin..mesti habis baju2 pengantin kat butik tu..kerana tarikh canteek punya pasal..semua duk pakat nak ambik tarikh nie..beratur la korang depan tok kadi nanti..hehehe...papepun tahniah la untuk korang..hehe..



Amy pun suka tarikh 11.11.11 nie..cantik sangat2...macam amy punya besday 08.08..kalau la jodoh amy jatuh 08.08.08 aritukan best..cantik jugak tarikh ni kan..hehe..tapi nak wat camne mase tu amy belajar lagi n jodoh tuhan tak bg sampai lagi..hehe..

Hari ni 11.11.11, maknanya genap 5 bulan amy dah jadi tunangan fahmi..perasaan amy sekarang alhamdulillah..bahagia sangat2 sekarang..thanks God..thanks Cinta..harap2 bila Tuhan tetap tarikh amy kahwin ek?? adakah 12.06.12?? adakah 12.12.12..?? hikhik...saje je buat andaian..apapun harap Tuhan bg yg terbaik untuk amy n fahmi..tarikh cantik tu semua tak penting..apa yang penting selamat diijabkabulkan dan jgn terlalu obses dgn nombor..hehe

p/s--> Tahniah buat kawan2 semua yg nikah n tunang hari nie...semoga majlis korang diberkati-Nya n berjalan dengan lancar...amiin....

November 9, 2011

.::11 Manusia yang didoakan Oleh Malaikat::.

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2.Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3.Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5.Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6.Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7.Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8.Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9.Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10.Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

.::Di Sebalik Hari Halloween :: Halloween hari raya agama Katolik::.


Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober terutamanya di negara-negara barat, dan ia dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau."

Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan singkatan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow). Hari raya Agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.

Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara.

Simbol Halloween dikaitkan dengan musim luruh dan watak-watak terkenal dan menyeramkan dari filem Amerika dan ahli pereka grafik. Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos.

Watak yang sering dikaitkan dengan Halloween misalnya ialah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asing, ahli sihir, kelawar, burung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombi, mumia, tengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween biasanya turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik dari Drakula hinggalah Frankenstein.

Hitam dan oren dianggap sebagai warna tradisional Halloween, walaupun sekarang banyak juga barang-barang Halloween yang berwarna ungu, hijau dan merah.

Labu yang merupakan hasil tuaian musim gugur di hemisfera beriklim sejuk sering dijadikan simbol Halloween, begitu pula orang-orang sawah sebagai penjaga hasil tuai. Simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang diberi nama Jack-o'-lantern. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern biasanya diletakkan di tempat gelap, kerana di dalam labu diletakkan lilin yang menyala atau lampu.

Di Amerika Syarikat, pelita Jack-o'-lantern sering diletakkan di depan pintu masuk rumah apabila hari mula gelap. Tradisi membuat pelita Jack-o'-lantern berasal dari Amerika Utara yang banyak menghasilkan labu berukuran besar yang mudah diukir.

Di hemisfera utara, perayaan Halloween berlangsung ketika musim epal sehingga Candy Apple atau caramel apple (epal yang dicelup ke dalam cairan gula) terkenal sebagai makanan Halloween.

Selain itu, hidangan lain sebagai tradisi Halloween ialah pai labu, sari buah epal (minuman cider), gula-gula jagung, tofi bonfire, Tofi epal, dan gula-gula yang dibungkus dengan warna Halloween (oren, coklat, atau hitam). sumber :: apa sajer..

Gambar: Al Lucky Laki, anak Ahmad Dhani & Maia di Parti Sambut Halloween.

Gambar: Nabila Huda sambit Halloween di Pulau Tioman, Kantoi dalam Galaksi??

Permasalah sekarang kenapa orang Islam sekarang ni asyik leka dengan sambutan halloween nie..??? Nauzubillah..moga2 kita semua jauh dari tu semua.

November 8, 2011

.::takziah buat keluarga si kembar ahmad & muhammad di atas pemergian ibunda tercinta.. al-fatihah.. :( :.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua?? Harap semua kengkawan blogger sihat semuanya...amy cuti kerja 5 hari then arini baru masuk kerja..adoyai tak puas lagi cuti..huhu..actually amy nak ucapkan takziah buat pasangan kembar Ahmad & Muhammad di atas kematian ibunda tercinta...aritu amy pernah buat entry pasal mereka kat sini Ahmad & Muhammad tut tut malam tadi tgk berita kematian ibu mereka..sedih tapi apa boleh buat, Allah lebih menyayanginya dan harap keluarga mereka tabah hadapi dugaan ni semua...

Masa amy buat entry Ahmad & Muhammad balas jasa ibu tu ada seorang commenter yang mengaku dia anak saudara pada mak Ahmad & Muhammad komen dekat entry tu..siap bg no phone lagi..rasenya kalau kita nak ucap takziah boleh la hantar ke nombor nie..thanks CikPuanLawa..

salam kak,

mereka sepupu saya...mak dia mak usu saya ..
ahad lepas baru g melawat dia...
sekarang mak usu tak bole jalan sebab kaki dia dah mula sakit...

kalau nak no contect mak usu saya ni no dia

aisah kanda : 012 9260695 @ 019 2590883

Petikan dari Harian Metro..


SUNGAI BESAR: “Arwah adalah isteri dan ibu yang terbaik,” kata ayah pasangan kembar Ahmad dan Muhammad, 13, Rosli Abdul Rahim, 40.

Isterinya, Aisah Kanda, 35, meninggal dunia kira-kira 4 pagi semalam di Hospital Putrajaya selepas menderita kanser payudara hampir setahun.


Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor, selepas solat Zuhur, semalam.

Sebelum bacaan talkin dibaca diketuai oleh Imam Masjid Nurdiniah Parit 2 Sungai Haji Dorani, Husin Yusuf, hadirin turut mengalunkan bertakbir kerana jenazah meninggal dunia ketika umat Islam menyambut Aidiladha.


Rosli ketika ditemui menyifatkan isterinya adalah terbaik bagi dia sebagai suami serta ibu kepada lima anak iaitu kembar Ahmad dan Muhammad, Muhammad Iman, 9, Ammar Safiy, 6, dan Nurbadrisa yang berusia tiga tahun.


“Arwah isteri saya sangat tabah, tidak pernah pun mengeluh walaupun membesarkan lima anak termasuk OKU.

“Ketika isteri sakit pun, dia tak pernah nak menunjukkan kepada anak-anak supaya mereka tak susah hati. Malah, sejak dua bulan lalu arwah tak boleh bergerak dan hanya duduk di katil pun tiada keluhan didengari.


“Semalam (kelmarin) saya katakan padanya ‘Ayang, awak kena kuat, namun arwah pula yang meminta saya supaya tabah,” katanya ketika ditemui di rumah mentua di Kampung Sungai Limau, di sini, semalam.

Ditanya bagaimana penerimaan anak-anak apabila mengetahui kematian ibu mereka, Rosli berkata semua anaknya boleh menerima takdir itu namun hanya anak ketiga iaitu Muhammad Iman yang masih sukar untuk menerimanya.


“Semua boleh reda kecuali anak yang ketiga. Mereka selalu bertanyakan khabar ketika arwah dirawat di hospital. Kira-kira 1 pagi tadi (semalam) Ahmad ada menghantar SMS bertanyakan mengenai Aisah.


“Saya jawab emak dah tenat, Along (Ahmad) bacalah Yasin banyak-banyak dan dia jawab Along dengan Angah dan adik baca Yasin untuk emak,” katanya.


Rosli yang bekerja sendiri dengan membuka bengkel besi berkata, dia berazam untuk menjaga anak-anaknya sendiri lebih-lebih lagi sudah biasa dengan cubaan ketika arwah sedang sakit dia mengambil alih hampir semua urusan anak-anak. Sementara itu, Ahmad berkata, dia sebagai anak yang tua akan selalu mengingati pesan ibunya supaya jaga adik dan selalu diingatkan mengenai kerja rumah.


Ahmad dan Muhammad yang lahir bercantum menjalani pembedahan pemisahan hampir 23 jam di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002, ketika ini bersekolah dalam tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya.

kredit pada harian metro..

p/s--> semoga arwah di tempatkan di kalangan hamba-hambanya yg solehah...


November 2, 2011

.::Maksud surah Al-Fatihah::.



p/s--> sharing is caring...

.::Doa Pendekat Jodoh::.



**DOA PENDEKAT JODOH**
Ya Allah, jadikan dirinya "nama orang' kekasihku didalam hati yang tenang dan berikan kabar gembira kepadanya dan sampaikan 110 kebaikan kepadanya..Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjagaan.dan Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang..

p/s--> Ya Allah, jadikan dirinya Mohd Fahmi Hijazi tunangku didalam hati yang tenang dan berikan kabar gembira kepadanya dan sampaikan 110 kebaikan kepadanya..Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjagaan.dan Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang..

.::Kelebihan Puasa Arafah dan Amal Soleh dalam Bulan Zulhijjah::.

1. Mukaddimah

a. Salah satu rukun dari ibadah haji adalah wukuf di padang Arafah. rasulullah Muhammad saw mnyatakan bahwa wukuf di padang Arafah merupakan puncak dari pelaksanaan ibadah haji.

b. Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah, seiring dengan dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat muslim yang melaksanakan ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat islam yang tidak melaksanakan ibadah haji.

c. Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

d. Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

e. Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

2. Kelebihan 10 hari Zulhijjah

a. Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

b. Selain itu, memang pada hari-hari pada sepersepuluh bulan Dzulhijjah adalah hari-hari yang istimewa untuk menjalankan ibadah seperti puasa. Abnu Abbas RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:


مَا مِنْ أيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِيْ أَياَّمُ اْلعُشْرِ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهُ فَلَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ.

Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah SWT, dari pada perbuatan baik yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya atau menjadi syahid. (HR Bukhari)

3. Kelebihan puasa hari Tarwiyah

a. Puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun. Dikatakan bahwa hadits ini dloif (tidak kuat riwayatnya) namun para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dloif sekalipun sebatas hadits itu diamalkan dalam kerangka fadla'ilul a’mal (untuk memperoleh keutamaan), dan hadits yang dimaksud tidak berkaitan dengan masalah aqidah dan hukum.

4. Kelebihan Puasa Afarah/puasa 9 zulhijjah

a. Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

b. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”.(Riwayat Imam Muslim)

c. Daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

d. Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Dosa yang dimaksud (untuk dihapuskan) bukanlah dosa besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim

e. Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)


صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

f. Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

g. Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

h. Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.

Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

5. Pengharaman puasa pada 10 zuljhijjah dan hari tasyriq

a. Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

b. Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan

6. Puasa itu sendiri mempunyai kelebihan yang banyak:

a. Disebutkan dalam hadist Qudsi: Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.

b. Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun. (HR Bukhari Muslim)

p/s--> Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda..

sharing is caring..

Dipetik dari email...

Iklan Berbayar