Produk Terlaris Ogos..

July 29, 2010

~ESQ165 Haram~

ESQ Haram!!!!!

Korang pernah dengar tak ESQ?..ESQ ni pernah jadi isu tergempar jugak la sebulan yang lepas sebab berlakunya perselisihan pendapat..yela pendapat masing-masingkan..macam2 yang keluar dalam TV dan juga surat khabar..berita lanjut di sini..

Pendapat aku..no komen la..boleh tak macam tu? hihi xdela..sebenarnya aku pernah pergi kursus ESQ ni..kalau tak silap aku 3 hari..aku pergi kat Flamingo Hotel,Ampang..masa tu company lama aku hantar smua staff2 dia..adalah la dalam 500 orang kut..kalau korang nak tau yuran nak masuk program ni rm1000 lebih setiap seorang..kalau pergi sendiri takde maknanya aku nak pergi tp kerana smua company tanggung pergi jela..hihi..

Selepas program tu,banyak jugaklah aku dengar spekulasi-spekulasi pasal program ni tu la ni la tp bg aku ok je..dia lebih mendekatkan diri kita dgn Allah dan nabi kita Muhammad S.A.W.yela sebelum ni kita terlalu kejar duniawi sampaikan kadang2 lupa pada pencipta kita n pesuruhnya..huhu...artis pun ramai pergi tau..

Tp alhamdulillah, sekarang ni program ini dilabelkan sah dan tidak haram..

Aku punya sijil ESQ, tak caya tgk nama la..hihi..

p/s--> keranamu esq airmata ku kering..huhu..

July 7, 2010

~Pokok Beracun~


Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

p/s--> ehsan daripada kotak email..hehe..

July 6, 2010

~Download lagu dan lirik Pujaan Hati - Kangen Band~

Aku selalu dengar lagu ni di Frenzy.Fm (radio online) kat aku punya blog..tp aku tak tau tajuk lagu n sape yang nyanyi lagu nie..mungkin lagi ni dah lama tp aku baru je alert..memang best giler lagunyer..yg ori lagi best dari versi dangdut tau..now, aku dah jumpa n nak share dgn korang yg xde lagi lagu nie..

Pujaan Hati - Kangen Band

Pujaan Hati - Kangen Band (Versi Dangdut)

Kangen Band – Pujaan Hati

hei pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

reff:

mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku

hei pujaan hati, pujaan hati

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

repeat *, reff

p/s--> Selamat Mendownload...=)

July 4, 2010

~ Siapakah Juara Mentor 4~


Siapakah yg akan berjaya membawa gelaran juara mentor musim ke 4???

Adakah Nani, adakah Mohd atau adakah Adi???

Siapakah Mentor yang akan bergelar juara malam ini???

Adakah Azmeer, adakah Ziana Zain atau adakah Dayang???

Sama-samalah kita menyaksikan mentor akhir musim ke 4 malam ni....

Live di TV3....

p/s--> First Mohd, Second Nani n Last Adi......andaian aku jek..hihi...

July 3, 2010

~Surat dari Perokok Tegar~

Nama saye dulu Din(bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, saye anak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas seduia dengan rekod 1.779 batang seminit.

Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal.

Namun, pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar kl anjuran malboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari batu pahat menuju ke baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru, jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.



Yang benar,

din nage..

p/s--> No Smoking....

~ Brazil Kalah~

Brazil kalah................

uwaaaaaaaaaaaaaaarggghhhhhhhh...................

Tamatlah bola tuk musim nie......................

Ingatkan brazil akan jadi juara tahun nie.......

Tp ternyata takde rezeki kali nie...............

xpe2, akan datang, Insya Allah..............

p/s--> xleh time kenyataan.huhu....

July 2, 2010

~ Brazil vs Netherlands~

Jom layan bola...aku xde astro..huhu..terpaksa layan online kat sini..Brazil vs Netherlands..live tau..sekarang dah 1-0..hoorayyyyyyyyyy..go brazil go..peteh brazil peteh..hihi..

p/s--> Brazil hebak sokmo..

July 1, 2010

~ Usah syak pada rezeki Allah~

Ustaz pun membaca petikan dari kitab kuning bertulisan jawi, “Aku mengadu kepada guruku bahawa seribu kubur sudah aku gali. Aku dapati tiada satu pun yang menghadap kiblat. Maka guruku berkata itulah petanda orang yang syak pada rezeki.”


Ustaz menutup kitab itu dan mengulas lanjut, “Inilah balasan orang yang syak pada rezeki. Mayatnya nanti dipalingkan dari kiblat. Ini berlaku lebih seribu tiga ratus tahun dahulu.”
Ustaz berhenti sejenak sebelum menyambung cerita, “Mari kita lihat peristiwa yang berlaku tidak sampai sebulan di Batu Caves. Seorang budak lelaki umur 18 tahun pelajar Tahfiz. Mati dalam kemalangan.”


“Setelah dikebumikan, Imam bermimpi didatangi arwah memintanya mengubah mayat menghadap kiblat semula. Tiga malam berturut-turut Imam tersebut mendapat mimpi. Maka Imam itu bercerita kepada ayah arwah. Ayah budak itu pun mendapat mimpi yang sama. Kemudian ditanya pula orang yang memandikan mayat, mimpi yang sama juga.”


“Tetapi urusan menggali semula kubur bukanlah mudah. Ada prosedur seperti laporan polis. Diringkaskan cerita, perkara itu dimajukan kepada Pegawai Agama JAKIM. Pegawai Agama JAKIM kesal sebab sudah 15 hari berlalu.”


“Pada hari digali kubur, didapati kain kafan masih elok. Mayat masih wangi. Tiada ulat yang memakan daging mayat.”


Ustaz mengulas lagi, “Inilah petanda bahawa budak ini sepanjang hidupnya dia reda dengan rezeki Allah. Tidak pernah ragu jaminan rezeki di sisi Allah. Hari ini ramai kita lihat ibu bapa apabila mahu menghantar anak ke sekolah agama, akan mempersoal; Apa kerja nanti jika belajar agama?”


“Maka tunggulah mereka ini apabila mati nanti mayat mereka berkalih dari menghadap kiblat.”


Menurut ustaz lagi, mimpi berkaitan orang yang telah mati tidak perlu ditakwil sewenang-wenang melainkan dirujuk kepada orang yang alim. Kata ustaz, “Ada satu kes seorang anak bermimpi melihat ayahnya keluar dari kubur. Tanpa bertanya mana-mana guru agama, dia menggali semula kubur. Maka didapatinya keadaan mayat bapanya dalam keadaan yang menyedihkan. Jika bermimpi seperti ini, itulah petanda mayat diazab di dalam kubur.”


Kesimpulan, soal rezeki janganlah kita ragu. Yakinlah bahawa rezeki suatu hal yang dijamin Allah. Kita sepanjang hidup ini dianjurkan berusaha memperoleh rezeki. Sedikit atau banyak usah dipertikai kerana itu hak Allah. “Redakah kita dengan rezeki Allah ini? Mari sama-sama kita muhasabah.”

--------------------------------------
Diceritakan oleh Ustaz Abd. Aziz Arof, pengkuliah Kitab Muniatul Musholli, 27 Jun 2010, Masjid al-Hidayah, Sentul, KL.


p/s--> kredit to Mohd Hanapi..

~ sambungan entry semalam~

sambung citer ek..

Korang tau tak..sumpah aku mimpi mak aku pg td..huhu..mak aku cakap dalam mimpi tu "tak yah pergi la mi keje tu"..2 3 kali mak aku ulang ayat tu..last2 aku terjaga..terkejut dgn mimpi tu..mana mak aku tau sedangkan aku tak citer lagi pasal ni kat mak aku.xkan mak aku baca blog kut..hihi..takdelah tp aku nak jugak pergi tuk comfirmkan n puaskan hati aku..

Actually harini diorg cakap ada training dr kul 9 hingga kul 6..aku pun malas nk pergi awal2..baik aku tidur..hehe..Aku pun msg la manager aku cakap nak g kul 10 sb aku lewat bangun..tiba2 train lak wat hal then aku sampai opis dlm kul 10 lbh..aku ingatkan aku akan kena marah ke apa kan..maklumla tak tepat masa..lgpun aku memang xnak keje kat situ thats why aku wat rileks je..haha..last2 korang tau tak top manager aku sambut ketibaan aku dengan senyuman melebar lagi..kalau company yg betul2 jaga mutu keunggulan time2 tu jugak aku kena pecat..

Masuk je dalam bilik tu aku tengok partner yang dapat keje sama dengan aku dah ada..Chinese gire n nama dia Ng..Ng ni graduate dr Universiti Singapore dlm degree business admin..aku tgk dia dah duk sibuk2 kira graf untung rugi forex tu..then, top manager aku tu ajar la aku pulak(buy new / sell close /sew new / buy close)..apa ke benda tah..aku tengok je dia ajar tp aku wat2 faham je..last2 dia keluar bilik tinggal la aku dgn Ng..

Aku pun apa lg, terus tanya Ng..ada baca x blog pasal company nie..Ng cakap dah baca n dia datang pun tuk comfirmkan semua benda sb family Ng cakap company ni tipu..mana nak cari org nak invest 120 000 usd bersamaan rm450 000 dalam pelaburan di luar negara(New Zealand)..sedangkan tak tau pun kat mana company tu..sorang 2 tu adalah kut...

Tetiba top manager aku panggil aku personally then citer pasal kerja ni la..last aku pun terus terang je..aku tanya dia betul ke ada basic salary? betul ke xkena buat sales? dia still mengelak n jawab base on ur performance..aku tanya nak tau standard dalam berapa basic tu? dia pun jawab base on ur performance..lg better performance lg banyak basic dia cakap..aku jd bengang jugak la dgn jawapan dia..at last aku cakap aku xpercaya n xyakin dgn company nie..sb kawan2 aku ramai yang dah kena tipu..cakap ada basic salery tp lepas trainning 6 hari dapat offer letter cakap xde basic salery then kena cari investor..boleh pulak dia cakap ni first time dengar xdapat basic salary..tp siyes muka dia memang dah lain dah waktu tu..then dia cakap xpe balik dulu fikir selama 2 hari nak teruskan ke tak..aku pun belah dgn puas hati...sejam je aku pergi sana td..

Aku pun msg Ng bgtau aku dah odw balik..Ng pun dah belah jugak tp time lunch..actually,top manager tu nak lunch skali dengan Ng cakap dah janji nak lunch dgn kawan2 dia n time tu la Ng belah..haha..nak tipu olang tp olang tipu u la..(top manager aku ni chinese)..

Geram punya pasal nak je aku tulis besar2 nama company nie tp aku tak nak la sebut nama syarikat nie..nati susah lak diorang nak cari makan..cuma ketidak puas hatian aku ada la sikit-sikit..

Nasihat aku tuk pekerja2 kat sana :-

-->Kepada perempuan2 melayu (yg nampak ala2 menantu pilihan tu )yang kerja kat sana tu..tolong r cari rezeki dengan cara yang betul..jangan mainkan orang mcam nie..nampak baik pakai tudung tutup dada siap baju kurung lg tp dalaman tahle...jgn kerana susah cari keje sekarang ni korang main tangkap muat je keje..harap muka baik tp hampeh....

--> Be profesional la sikit..ada ke training nak kena citer hal korang dengan pakwe n bekas2 pakwe u ol..tolongla...macam korg je ada pakwe n bekas2 pakwe..uweeeks..Tak perlu la korang menyibuk tanya sape bagi cincin, gelang, handbag n dll kat aku, pakwe aku keje apa, pakwe aku pakai kete apa..stupid la semua tu...(tak berkaitan langsung dgn keje ok)...busybody la..boleh belah..

-->udah2 le tipu orang..korang nak cari client bukan macam tu..terus terang jela cakap takde basic salary..kena buat sales..kan senang..kalau orang nak keje dia keje kalau taknak dia belah..ni tertanya2 n tak perlu orang berulang alik g training last2 dapat offer letter xde basic..kami ni bukan anak datuk yg pergi cari kerja kat situ..kalau lah bapak aku ada duit sampai setengah juta tu xde lak aku nak pergi cari keje kat korang..baik aku duk umah goyang kaki jek..


p/s--> last entry tuk pasal keje 2 hari ni..hehe..bukak buku baru pahni.. senyum sokmo..........

Iklan Berbayar